Selasa, Januari 03, 2012

Amalina : Bukti kejayaan akademik bukan pengukur kejayaan hakiki.

Assalamualaikum WBT,

Setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan berita mengatakan pelajar cemerlang yang memperolehi 17A dalam SPM pada tahun 2005 dikaitkan dengan kejutan budaya hingga tampil berbeza sewaktu namanya dijulang di Malaysia. Identitinya yang bertudung pada ketika itu kini sudah tidak kelihatan seperti apa yang saya lihat didalam kebanyakkan blog yang menampilkan cerita yang sama.

Sungguh saya sedikit pun tidak berasa terkejut kerana ini perkara yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang tidak berusaha untuk sentiasa memperbaiki dan memperbaharui imannya sendiri. Siapalah kita semua dizaman yang penuh dengan godaan ini berbanding dengan Sahabat2 Nabi SAW pada ketika Islam dikemuncaknya. Pada ketika itu walaupun tahap iman mereka sangat tinggi, namun, mereka tetap diberi peringatan oleh Nabi SAW agar memperbaharui iman mereka.

Saya pernah menulis dalam catatan saya yang lepas-lepas, iman adalah perkara paling asas yang utama dalam kehidupan seorang muslim. Setiap masa dan keadaan iman menjadi tunjang dan benteng dari segala ancaman kejahatan dan godaan nafsu. Maka, cemerlang bagaimana sekalipun namun perihal iman tidak diambil endah, syaitan akan mudah menguasai kita.

Mudah-mudahan Allah beri kekuatan pada saya dan kita semua untuk terus berusaha memperbaiki dan memperbaharui iman kita semua kerana semua kita sangat berharap kepada iman yang kuat dan mantap untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan persekitaran yang tidak sihat ini.

Kejayaan hakiki kita semua bukan diukur dengan setinggi mana tahap kejayaan akademik kita, tetapi sejauh mana tahap iman dan taqwa yang ada dalam diri kita.


Sent from Blackberry device

3 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...