Sabtu, Disember 10, 2011

Kaedah Solat Sunat Gerhana Bulan

Assalamualaikum WBT,

Hari ini insyaAllah akan berlaku gerhana bulan bermula dari jam 7.30 malam hingga 11.00 malam. Gerhana bulan penuh ini bakal disaksikan oleh kita yang tinggal di Malaysia. Sebagai umat Islam, gerhana bulan ini menunjukkan bukti Allah itu Maha Hebat dan jika Dia berkehendak tiada satu kuasa pun mampu menghalang kehendakNya. Kejadian ini juga dapat menambahkan tahap keyakinan dan keimanan kita pada Allah SWT.

Oleh yang demikian, kita disunatkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana bulan.Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah (Solat berjemaah)
Niatnya: "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" – (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala" – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut:

Rakaat pertama
Niat solat Gerhana,
Takbir
Baca Surah Al-Fatihah dan surah
Rukuk
I'tidal
Baca Al-Fatihah dan surah
Rukuk.
I'tidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua
Baca Al-Fatihah dan surah.
Rukuk.
I'tidal,
Baca Al-Fatihah dan surah.
Rukuk.
I'tidal.
Sujud
Tahiyyat Akhir
Salam.

Jadi, janganlah kita terlepas untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan ini kerana ianya adalah sesuatu yang dituntut untuk dikerjakan. Semoga kita semua dapat amal dan sampaikan pada yang lain.
Sent from Blackberry device

3 ulasan:

  1. Azizul..
    As salam Tn, Nak Tanye....Rakaat ke 2 ade niat lgi ke?

    BalasPadam
  2. nice info...bukan selalu gerhana.better buat solat sunat kal sempat....

    BalasPadam
  3. tumpang tulis di sini yaaa..http://effa-k-poh.blogspot.com/2011/12/pasti-andalah-bloggers-yang-direview.html#links

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...