Sabtu, Disember 03, 2011

Banjir melanda Dengkil

Assalamualaikum WBT,

Setelah kita dikejutkan dengan banjir kilat ala tsunami yang melanda Bandar Kajang petang semalam, bermula lewat tengah malam tadi, air mula menaiki kawasan2 penempatan tepi sungai sekitar Dengkil. Difahamkan, air sungai ini melimpah kesan dari air sungai yang terlalu banyak datang dari Kajang.

Apabila mendapat berita tentang banjir yang melanda Kajang petang semalam, orang-orang 'lama' di Dengkil ada menasihatkan supaya berjaga-jaga kerana air itu akan menuju ke Dengkil. Nah, terbukti benar telahannya kerana kadar hujan di Dengkil tidaklah selebat di Kajang.

Setakat ini 20 keluarga berada di pusat pemindahan sementara di SRJK Tamil Dengkil yang terletak berhampiran dengan kampung yang dilanda banjir. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Sedih melihat rumah dimasuki air

Petugas Bencana BN menghulurkan bantuan segera
Kawasan Tadika Kemas Kg Cemperai



Sebuah Kereta Kancil yang tidak sempat diselamatkan



Jalan putus

Air hingga keparas pinggang

Keseluruhan rumah PPRT Kg Cemperai tenggelam

Jalan di Revolusi Hijau dinaiki air sehingga 1 meter


Penduduk di pusat pemindahan sementara 

Pasukan penyelamat yang telah bersiap sedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...