Ahad, November 13, 2011

Subhanallah....

Assalamualaikum WBT,

Maha suci Allah. Itulah ungkapan yg perlu dilafazkan tatkala melihat keagungan & kehebatan Allah SWT. Allah yg menghamparkan sebuah lautan yg dengannya memberi manfaat kepada semua makhlukNya dan pada ketika yg lain ia mendatangkan mudharat pula dengan perintahNya.

Setiap kejadian adalah dibawah takluk dan ditadbir oleh Allah SWT tanpa sia-sia. Semua yg berlaku adalah dibawah pengetahuan dan izinNya kerana tanpa izin dari Allah, takkan bergerak walaupun sebutir pasir dilautan dan kemana halatuju sebutir pasir tadi pun adalah dibawah ketentuan Allah SWT.

Jadi, jika sebutir pasir pun ditadbir oleh Allah SWT, apetah lagi kita, makhluk terbaik ciptaanNya yang diberikan akal utk berfikir akan setiap apa yang Allah SWT telah anugerahkan. Apa yg bakal berlaku kepada kita semua Allah sangat mengetahuinya dan untung nasib kita hanya kita sendiri yg mampu mengubahkan berpandukan apa yg telah Allah turunkan melalui kekasihNya dan pesuruhNya, Muhammad SAW.

Oleh yang demikian, tiada alasan lagi untuk kita mencari sesuatu yg lain dan baru dan tidak bertepatan dgn apa yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Justeru itu, marilah kita semua mencintai dan mengamalkan seluruh sunnah Baginda SAW dalam semua aspek kehidupan kita. Mudah-mudahan kita akan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. ‎​اِ نْ شَآ ءَ اللّه

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...