Selasa, Oktober 11, 2011

Surat Kepada Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.

Assalamulaikum WBT,

YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim,

Lambakan filem dan drama seram yang satu ketika dulu pernah diharamkan penayangannya dan kini setelah kembali 'dihalalkan' agaknya, penerbit drama dan filem berlumba-lumba mengeluarkan modal bagi menghasilkan cerita bercorak seram. Tak kiralah seram serius mahupun seram komedi. Yang penting ada tema seram.

Hasilnya, anak saya yang berusia 5 tahun kini jadi terlalu penakut untuk ke tandas. Bukan kerana dia melihat cerita sebegitu kerana anak-anak saya dikawal oleh mama mereka apabila ingin menonton televisyen. Tetapi saban hari mendengar cerita-cerita tentang apa yang ditonton oleh kawan-kawannya di tadika. Huh! Itu baru mendengar cerita. Bagaimana agaknya jika dia sendiri yang menonton.

Tahap penakutnya bukan setakat nak ke tandas, disuruh masuk ke dalam bilik yang tidak dipasangkan lampu (tapi masih terang ada cahaya luar) untuk mengambil barang, sedangkan saya hanya berada diluar bilik pun dia tak berani. Terbaru, sejak dari bulan puasa cikgunya dah bagitau nak buat rombongan ke Sungai Klah Hot Spring hujung bulan ini. Maka dia pun beria-ia nak pergi. Semalam dia mengubah fikirannya dan berkata, "Kita tak payah pergilah ayah. Jimat duit ayah". Dan saya pun jadi hairan. Bila ditanya mamanya dia menceritakan yang kawannya bagitau dekat kolam mandi tu ada tangan ghaib akan tarik kaki budak-budak masuk tempat dalam. Bila disiasat rupanya kawannya itu tidak pergi dan mungkin ibu atau bapanya telah menakut-nakutkannya dengan bercerita hal sebegitu.

Alahai.... Ada juga kes mak bapak yang agak senteng fikirannya dengan menakut-nakutkan anak sebegitu. Kenapalah minda anak-anak yang masih kecil ini perlu disogokkan dengan perkara-perkara sebegini. Penggiat filem dan drama tempatan, dah takde cerita lain ke? Dan yang paling penting, kementerian yang bertanggungjawab meng'halal'kan semula cerita-cerita sebegini yang banyak merosakkan minda dan secara peribadi saya tak nampak apa pun kebaikannya. Kenapa dulu tak boleh sekarang dah boleh yang kerananya anak saya dulu berani kini jadi penakut.

Jangan pula nanti disebabkan ini orang terus membenci dan tidak percaya lagi dengan kerajaan sedia ada kerana pendirian yang tidak tetap ini. Sebab orang akan kata, hari ni janji A, tak mustahil esok akan bagi yang B. Jadi, timbang-timbanglah untuk mengharamkan semula cerita-cerita sebegini.

Sekian. Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...