Ahad, Oktober 02, 2011

Dedah aurat dorong wanita jadi perosak rumahtangga

Assalamualaikum WBT,

Tajuknya agak keras, namun inilah hakikatnya dan saya petik artikel ini dari penulisan Ustaz Zahazan di Berita Harian. Marilah kita berlapang dada membacanya dan semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kepada kita semua.

Ibadah seperti solat dan puasa Ramadhan adalah wajib. Begitu juga menutup aurat. Menurut Syeikh Mutawalli as-Sya'rawi dalam kitab beliau Anta Tas'al wal Islamu Yujiib iaitu: "Ada sebahagian wanita Muslimah yang menganggap pakaian menutup aurat mengekang kebebasannya dalam berdandan, bahkan dalam pergaulannya".

Sebenarnya banyak hikmah disebalik perintah menutup aurat. Sebagai contoh, bertujuan melindungi dan memelihara diri mereka ketika memasuki usia tua. Tanda usia tua bagi wanita iaitu berhentinya haid (menopaus).

Ketika itu kecantikan wanita beransur pudar, tubuh tidak lagi padat dan kulit mula kendur. Ketika ini wanita banyak merenung dan berasa putus asa kerana tidak lagi mampu melakukan hubungan seksual secara optimum untuk memuaskan keperluan suami.

Dia memerlukan kesetiaan, pengertian dan kasih sayang suami. Islam dengan ajaran yg sempurna melindungi diri & memelihara tubuhnya yg tidak lagi cantik dan menarik dengan mencipta kebahagiaan dan ketenteraman bagi rumah tangga.

Seseorang gadis perlu menyedari dia tidak dapat mempertahankan kecantikan dan daya tarikannya. Jika suaminya keluar rumah dan melihat ramai wanita muda cantik dan berdandan menarik dengan mempamerkan rambut, lengan dan betis yang menawan, pasti suami tergoda dan membandingkan dengan isterinya yang tua di rumah.

Setiap hari suami melihat keadaan itu dan setiap kali itulah dia membandingkan dengan isterinya di rumah. Keadaan ini membuatkan cinta terhadap isteri makin berkurang kerana perwatakkannya itu selalu menggoda nafsu seksnya. Ini menyebabkan kurangnya keharmonian keluarga, serta cinta dan kasih sayang semakin pudar.

Justeru, Islam melarang wanitanya terutama yang masih muda untuk mempamerkan kecantikan dan keindahan tubuh agar dia dilindungi daripada perbuatan wanita muda lain yg akan mengganggu rumahtangganya.

Wanita cantik yg selalu mengganggu lelaki dan disukai ramai pemuda, kelak tiba masanya banyak lelaki membencinya. Tidak ada lagi lelaki yang memandangnya, bahkan mereka akan menjauhinya sambil mencemuhnya.

Kesimpulannya, wanita yg tidak menutup aurat menjadi pendorong berlakunya kerosakan rumahtangga orang lain. Oleh sebab itu, kembalilah kepada Islam yang sebenar. Tutuplah aurat dengan sempurna agar kesejahteraan umat terjaga dan terjamin serta diredhai oleh Allah SWT.

Wallahua'lam.
Sent from Blackberry device

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...