Selasa, Oktober 04, 2011

Apa yang tak kena dengan billboard ini?



Assalamualaikum WBT,

Apa silapnya? 
Kononnya nak mengikut arus teknologi masa kini. Tapi sayang, diletakkan ditempat yang tidak kena. Mungkin sesuatu perlu dilakukan sebelum pelancong asing akan mentertawakan kita kerana secara tidak langsung ianya mencerminkan 'kecerdikkan' rakyat Malaysia.

Semacode ataupun QR Code (quick respone code) adalah sejenis kod bar generasi kedua.  Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alam mobil. (Wikipedia).

Bagi yang belum jelas apa itu QR Code inilah dia.


Bagi yang mempunyai blackberry dan ingin menambah saya sebagai rakan BBM, tidak perlu kepada nombor pin saya. Hanya perlu scan gambar QR Code diatas, dan secara automatik permintaan anda untuk menjadi rakan BBM saya akan saya terima. 

QR Code ini banyak sekali kegunaannya.  Boleh digunakan untuk scan harga barang, check-in dilapangan terbang, sebagai link untuk menggantikan url, dan lain-lain lagi.  Jika QR Code diletak di billboard seperti yang tertera dalam gambar di atas, agak-agaknya logik ke orang nak scan dan lihat apa hasilnya. Pakar ICT Malaysia, En. Azli Paat, turut mentertawakan penggunaan kod tersebut di billboard kerana tidak kena pada tempatnya.

Adalah diharapkan mereka-mereka yang ingin mengiklankan sesuatu melalui billboard (sudah semestinya syarikat yang besar), supaya lebih berhati-hati agar 'kecerdikkan' seperti di atas tidak berulang. Tidak mustahil jika satu hari nanti kita akan terima email bertajuk "Gambar pelik tapi benar" dan dari Malaysia tertera gambar seperti di atas. Kan memalukan tu. 



9 ulasan:

  1. Saya rasa tak lah pelik sangat sebab masih boleh di scan oleh pengguna, cuma inconvenience sbb kena berentikan kereta.

    BalasPadam
  2. Sbb itu saya kata tak kena pada tempatnya.

    BalasPadam
  3. nk tnya tentang rumah sewa di Kg. Dato Ahmad Razali, Dengkil (sebelah Presint 20, Putrajaya). masih ada lg ke x?

    BalasPadam
  4. Maaf. Dah ada penyewa. :). Jauh tempat nak bertanya ye :)

    BalasPadam
  5. barangkalai ini strategi pemasaran..gimik saja untuk menarik perhatian..wallahualam..

    BalasPadam
  6. Oh... gitu ke...

    Pada saya, yang peliknya billboard menghadap traffic bertentangan, bukan menghadap traffic di sebelahnya...

    Ker... memang billboard memang diletakkan cenggitu...?

    BalasPadam
  7. ini utk penguna sebelah sini utk dbaca...xpelik lah....

    BalasPadam
  8. tak pelik pun..nampak comel pa

    BalasPadam
  9. pihak yg berkenaan kene la alert. buat sesuatu biarlah kene pd tempatnya :-)

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...