Jumaat, September 23, 2011

Terima Kasih ...


Assalamualaikum WBT,

Semalam, genap hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-32. Ya, baru 32 tahun saya ni. Muda remaja lagi :). Jadi seperti tahun-tahun sebelum ini, ucapan selamat dari rakan-rakan melalui Facebook, email, Yahoo Messengger dan SMS banyak saya terima.

Untuk itu, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana masih mengingati saya sebagai rakan dan sudi untuk mengucapkan selamat. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya dan semoga kalian semua sentiasa beroleh rahmat dari Allah SWT. Saya juga menganggap anak kecil saya Aliff yang baru keluar dari hospital sebagai hadiah dari Allah SWT yang mengurniakan kesihatan kepadanya. Juga satu kad ucapan istimewa dari anak kedua saya untuk saya kongsikan disini. Terima kasih semua...

4 ulasan:

  1. selamat hari lahir

    semoga sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan akhirat :-)

    BalasPadam
  2. selamat ulang tahun kelahiran tuan rumah.. semoga ALLAH memelihara dan merahmati seluruh kehidupan anda sekeluarga.. insyaallah... amin

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Ulang Tahun ke 32..

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir... lah muda lagi tu

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...