Khamis, September 22, 2011

Soalan Cepumas

Assalamualaikum WBT,

"Lama dah kau kahwin. Tak teringin ke nak menimang cahaya mata?"


"Sorang je anak kau. Dah besar pun. Tak teringin ke nak menambah?"


"Semua anak ko perempuan. Bila nak dapat lelaki?"


"Semua anak ko lelaki. Bila nak dapat perempuan?"


"Ramainya anak ko.. Tak menyusahkan ke?"

Inilah antara bentuk soalan cepumas yang sering kita dengar. Malah mungkin ada antara kita yang pernah diajukan dengan soalan ini.

Sekarang kita letak diri kita ditempat orang yang bertanya soalan tersebut. Mungkin ini satu cara kita nak memulakan perbualan. Tapi, tidakkah kita sedar, apa yang ditanya itu mungkin akan mengguris hati orang yang ditanya. Dan tidakkah kita sedar bahawa pertanyaan kita itu seumpama menidakkan kuasa Allah SWT.

Jadi, pesanan untuk saya dan anda semua. Mulai sekarang, berhati-hati bila ingin memulakan perbualan dengan soalan-soalan berbentuk cepumas. Kerana mungkin niat baik kita nak bertanya akan menyebabkan satu hati terluka.

1 ulasan:

  1. modal berbicara mereka, sbb tu sblm berbicara digalakkan baca basmalah, insyaallah stp kata2 yg dilafazkan itu bermanfat pd diri dan org lain, insyaallah :-)

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...