Jumaat, September 16, 2011

Selamat Pengantin Baru Hasrul

​السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari ini berakhirnya zaman bujang sahabat karib aku sejak sekolah rendah lagi dan dia adalah yang terakhir sekali bernikah dikalangan geng-geng kami dan yang paling jauh sekali.

Mersing, itulah kampung asal isterinya dan yang menyedihkan tak ramai sahabat karibnya dapat menghantar beliau kerana mempunyai urusan masing-masing. Aku sendiri pada ketika ini sedang berada di wad 2C Hospital Putrajaya kerana heroku terpaksa dimasukkan ke wad hari ini kerana cirit-birit yang agak teruk (akan dicoretkan kemudian).

Maaf Hasrul kerana tak dapat turut serta kerana perancangan asal memang aku akan berada di Mersing hari ini. Namun Allah SWT telah membuat ketetapan maka tiada satu kuasa pun yang dapat menghalangnya.

Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia selalu dan kekal hingga disatukan kembali dalam syurga Allah SWT. InsyaAllah minggu depan aku dah lapangkan waktu utk bertungkus lumus pada majlis yg akan diadakan disini pula nanti. ‎​اِ نْ شَآ ءَ اللّه

http://azwandengkil.blogspot.com

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...