Selasa, September 27, 2011

Perlukan bantuan anda semua.

Assalamualaikum WBT,


Hari ini saya menerima satu komen berbentuk permintaan bantuan dari segi khidmat nasihat dari seorang pengirim tanpa nama. Bukan ditujukan pada saya sahaja, tetapi pada anda sidang pengikut yang dihormati dan semua yang membaca blog yang tak seberapanya ini. Untuk itu saya kongsikannya disini. (tulisan berwarna merah)


salam....saudara dr dengkil...
disebabkan blog saudara mempunyai followers yg bernas2 ideanya...ingin sy mendapatkan info tentang satu perkara ni..
sy..tlh berkahwin di sempadan dp awal tahun ini..dan kini sedang mengandung anak pertama..
suami sy telah meninggalkan beban pd diri sy seorg dengan pindah ke rumah keluarganya. dan kini sy buntu utk. mencari jalan mendaftarkan pernikahan sy. masalah utama adalah masalah kewangan utk melantik peguam.atas pandangan pihak JAIS sy cuba mendapatkan bantuan biro guaman, tetapi tiada yg mahu membantu...
harap..saudara dan followers yg lain dpt memberikan pandangan pd sy.. 



Untuk itu marilah kita sama-sama berkongsi sedikit maklumat yang kita tahu dan mungkin ada bantuan yang boleh dihulurkan boleh ditulis diruangan komen dibawah ini. Semoga masalah yang membelenggu pengirim tanpa nama tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin. 

12 ulasan:

  1. peguam ape tu tamao tolong orang camtu. laki die pun satu hal la. tak baik buat bini die gitu. dah try jumpe family?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum bro....tuk masalah dia nie kira berat gak la sebab jadi macam2 da sebelum daftar nikah. yang akan menjadi masalah besar adalah kepada bayi dalam kandungan tu. cara terbaik adalah berbincang dengan pihak atau keluarga suami kerana ini melibatkan undang2 negara kita. kalau ikut syarak dah sah. kalau dah taknak isteri atau bayi dalam kandungan tu pun at least selesaikan dengan mahkamah dulu. nak berpisah ke ape pikir selepas bayi dilahirkan. itu yang sebaiknya. tapi kita disini tak tau ape sebenarnya masalah yg terjadi, so pendapat adalah berpandukan keadaan semasa.

    BalasPadam
  3. Saya kurang arif bab spt ini. Melalui pemahaman saya, masalah beliau adalah pernikahan yang tidak didaftarkan di negara kita yang menjadi punca timbulnya masalah2 lain.

    Sebaiknya berbincanglah secara baik dengan suami untuk daftar perkahwinan. Cubalah tackle semula hati suami agar menjadi lembut & lebih bertanggung jawab. Jangan cuba sesekali mengungkit atau membangkitkan kemarahan suami semasa berbincang. InsyaAllah suami akan bersikap lebih rasional.

    Berdoalah banyak2 kepada Allah agar di permudahkan segala urusannya.

    Mintak maaf kalau saya tersilap.

    BalasPadam
  4. prgi shj ke mhkmh syariah utk bt pengesahan nikah. hkim akn bg thu apa yg prlu di buat. kemungkinan peg biro x nk tolong mgkin sbb kes pengesahan nikah mrek x handle atau individu tersebut x lyak dpt khidmt bantuan guamn peg biro.wallahualam.n nikah. hkim akn bg thu apa yg prlu di buat. kemungkinan peg biro x nk tolong mgkin sbb kes pengesahan nikah mrek x handle atau individu tersebut x lyak dpt khidmt bantuan guamn peg biro.wallahualam.

    BalasPadam
  5. Salam, pernikahan di sempadan sekiranya tidak didaftarkan adalah berisiko tinggi. Bagaimana Biro Guaman mahu membantu sekiranya tiada bukti-bukti yang cukup. Dan satu lagi masalah untuk mendaftar perkahwianan dinegara ini(sekiranya perempuan belum pernah berkahwin) kedua ibu bapa perlu hadhir, tanpa kedua ibu bapa agak sukar. Pasangan juga akan dikenakan denda.Juga ada masanya mengambil masa uang panjang untuk diselesaikan masalah ini kerana pehak mahkamah syariah akan menyiasat dan hubungi tempat pernikahan di sempadan. Walau apa pun yang penting pendaftaran dilakukan terlebih dahulu. Masalah ini perlu diselesaikan dengan suami secepat mungkin demi status anak yang akan lahir. (Perkara begini pernah terjadi pada adik kawan saya, syukur alhamdulillah semuanya telah selesai anak pun telah dilahirkan)saya doakan Allah akan mempermudahkan jalanan hidup anda---Fairlady.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    nak cakap apa lagi,benda dah berlaku,nak tak nak kena terus menghadapinya juga.Senanglah jika ada dokumen yg lengkap,bolehlah daftar pernikahan di sini utk sekolah anak tu nanti tapi kena dendalah.Kalau nak buat report polis,nak report on what ground? serba salah...
    Jalan terakhir,mungkin boleh menghubungi kembali suami tu untuk mendapatkan dokumen..Demi anak yg dlm kandungan tu.
    Sekian.

    BalasPadam
  7. Assakamualaikum,
    Kesilapan dah berlaku memang sukar untuk kita memperbetulkan apatahlagi yang berkaitan dengan hukum Agama dan undang2 negara. Apapun percayalah..setiap musibah ada hikmah dan setiap masalah ada jalan penyelesaian. Marilah kita sama2 mendoakan akan tampil seorang hamba Allah yang arif untuk turut membantu masalah beliau. AMIN.

    BalasPadam
  8. Cuba hubungi talian di bawah :-

    Talian Nur : 15999

    Semuga Allah permudahkan urusan Puan ..

    BalasPadam
  9. Salam..
    Alhamdulillah,sudah berkahwin..
    Daftar dengan Jab Agama Islam..sudah sah pendaftran,itu lebih memudahkan..sudah tertentu puan ada menyimpan maklumat2 suami..

    Bagaimana hal dengan keluarga? berbncang di atr kedua2 belah pihak..berbincang utk cr penyelesaian n bkn perbalahan.

    Semoga Allah permudahkan..
    Pesanan sy, redho ibu bapa diiringi dengan keredhoan Allah S.W.T.Buang yg keruh,ambil yg jernih..sama2 kita jadikan Allah dan Rasul sbgi rujukan utama.

    BalasPadam
  10. Assalaamu’alaikum.

    Suruh penanya hubungi adik saya Dr Noraini di UIA. (norainim@iium.edu.my).

    UIA ada legal clinic percuma untuk kes-kes macam ini.

    -abdwahabishari@gmail.com

    BalasPadam
  11. Saudara Azwan... saya pernah surfing website SIS... diorg ada sediakan bantuan khidmat guaman....

    -azmanamymcsb@gmail.com

    BalasPadam
  12. Sudah berkali kali kita diberitahu agar jangan nikah disempadan kerana beban yang menimpa jika suami buat pasal. Kenapa kita sanggup kahwin dengan orang yang kita tidak pasti helahnya?Kita tahu kahwin di sempadan tidak menjamin kesejahteraan hidup, kenapa akal terlalu pendek. Kalau lelaki ajak kita kahwin disempadan bererti adalah yang dia nak perdayakan kita. Dalam dunia ini, hanya diri dan naluri hati kita saja yang patut dipercayai, insyallah selamat. Kira sampai sepuluh sebelum membuat apa-apa keputusan. Selalunya keputusan on impulse selalu saja salah -rhirowati -

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...