Rabu, Ogos 31, 2011

Salam Aidilfitri 1432H


Assalamualaikum WBT,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ingin memohon jutaan kemaafan jika sepanjang penulisan saya diblog ini ada menyebabkan perasaan tidak senang hati, sakit hati, marah, benci, menyampah, tersinggung, bengang, meluat, dan semua perasaan yang tidak disukai. Saya sebagai manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Jadi maafkanlah saya insan yang lemah ini.

Bermula dari awal Ramadhan lagi saya sudah tidak aktif menulis dan hanya 5 entri sahaja (termasuk yg ini) yang berjaya saya buat sepanjang bulan Ogos ini. Saya tidak bercadang untuk berhenti menulis tetapi saya akan menulis jika ada perkara yang penting dan yang paling sesuai untuk saya kongsikan disini. Semoga apa yang ingin saya kongsikan selepas ini akan lebih memanfaatkan kepada saya dan moga Allah turut kurniakan manfaat tersebut kepada anda semua yang membaca.

Sekali lagi permohonan maaf saya kepada pembaca setia blog ini kerana sering datang kesini dengan entri tidak diupdate. Bukan kerana kekurangan masa mahupun idea, tetapi saya akan menulis selepas ini sesuatu perkara yang tidak akan menyentuh hati sesiapa. Kerana saya sedar ada segelintir pembaca yang kurang senang dengan cara penulisan saya. Mohon maaf zahir dan batin. Semoga Allah SWT menerima semua amalan kita di bulan Ramadhan yang lepas. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum... Jemputlah datang kerumah :)

3 ulasan:

  1. Salam..

    Minal 'Aidin Wal Faizin, Kullu 'Aam Wa Antum Bikhair, Taqabbalallahu minna wa minkum..

    Eid Mubarak ;)

    BalasPadam
  2. lah.. tak update lagi ke..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...