Isnin, Ogos 22, 2011

Mohon doakan kesejahteraan Aliff


Assalamualaikum WBT,

Aliff Safiuddin kini berada di Wad 5B Hospital Serdang. Dia sedang menerima rawatan kerana ada jangkitan pada paru-parunya. Mengikut doktor keadaannya biasa dan doktor hanya menjalankan rawatan biasa dengan memberikan antibiotik untuk melawan jangkitan tersebut.

Alhamdulillah, berkat doa kawan-kawan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, keadaannya beransur baik walaupun baru sehari semalam di wad. Harap Aliff segera sembuh seperti  biasa dan jika dilihat selera minum susunya telah mula ada. Jumaat lepas, dia hanya minum 2oz susu dalam sehari. 

Kalau orang-orang tua kata, nak ringankan badan. Namun bagi saya ini semua dari Allah. Moga ada hikmah atas apa yang Allah berikan ini dan semoga akan menjadikan diri saya lebih dekat dengan Allah dan sentiasa yakin bahawa Allah yang memberi penyakit dan Allah jualah yang menyembuhkannya. Kerana Allah, sebaik-baik pemelihara seluruh makhluk yang ada dari sebesar-besar malaikat hinggalah kuman sekecil zarah. 

9 ulasan:

  1. Semoga cepat sembuh ya...! Amiin...

    BalasPadam
  2. Insyallah, dia anak yang kuat.. insyallah akan sembuh.. amin..

    BalasPadam
  3. InsyaAllah baby akan segera sembuh.. Anak saya pernah 2 kali admit kat spital kerana jangkitan kuman di paru2, pneumonia..

    BalasPadam
  4. Salam..

    Semoga beliau cepat sembuh..

    BalasPadam
  5. As-salam Ya Abu Aliff...

    Allah Allah Allah...hari ni terima khabar kesihatan anak2 kecil yg Allah ambil semula dan yg kurang sihat. :(

    Syafakallah...

    BalasPadam
  6. bagaimana keadaan alif bro..?

    BalasPadam
  7. smg aliff cepat sembuh...

    BalasPadam
  8. Salam Ukhwah..
    moga adik Aliff dah sembuh dan dapat bersama keluarga tercinta beraya.. amin

    BalasPadam
  9. Terima kasih semua atas doa. Aliff kini kembali ceria untuk menyambut lebaran buat pertama kalinya :)

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...