Pada satu ketika dahulu, seorang tuan guru yang mursyid, dengan mengamalkan keseluruhan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan sehariannya dan mempunyai ramai anak murid, mempunyai seekor burung yang boleh mengucapkan kalimah Laailahaillallah..
Kemampuan burung tersebut mengucapkan kalimah toyyibah tersebut kerana hari2 diajar oleh tuan guru tersebut. Jadi, setiap ketika burung tersebut sering mengucapkan kalimah Laailahaillallah dan memukau sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Pada satu hari, burung tersebut berada diluar sangkar telah disambar oleh seekor kucing betul-betul didepan tuannya Tuan Guru tersebut. Akibat terkaman yang cukup kuat burung tersebut telah mati dan sebelum matinya burung tersebut, burung tersebut hanya mengerang 'kiok, kiok, kiok' dan terus mati. Maka berdukacitalah tuan guru itu.
Kesedihan tuan guru itu berlanjutan sehingga 2 minggu dan ini membimbangkan anak2 muridnya kerana tuan guru mereka tidak turun untuk mengajar mereka. Akhirnya mereka bersetuju untuk memujuk turun guru mereka dan ada yang telah bercadang untuk menggantikan burung yang telah mati itu dengan burung yang lebih baik lagi. Mereka berjanji akan mencari burung yang boleh bercakap lebih hebat.
Akan tetapi tuan guru menolak dan berkata kesedihannya bukanlah disebabkan kehilangan burung tersebut. Tetapi dia risau apa keadaan matinya esok kerana burung yang sering mengucapkan kalimah Laailahaillallah telah mati dalam keadaan tidak mampu mengucapkan kalimah tersebut. Apakah jaminan yang ada untuk dirinya akan mampukah mengucapkan kalimah Laailahaillallah...
Begitulah hebatnya fikir seorang hamba Allah yang begitu mencintai sunnah Rasulullah SAW. Hanya kerana seekor burung telah membuatkan dirinya berada dalam kerisauan yang amat sangat.
Hari ini, berapa ramai umat Nabi Muhammad SAW yang telah mati tanpa kalimah ini. Apa tindakan kita? Sejauh mana risau bimbang dan fikir kita terhadap diri kita dan umat ini? Marilah kita sama-sama istighfar dan memohon ampun pada Allah SWT. Semoga Allah matikan kita semua dengan kalimah toyyibah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com