Khamis, Julai 28, 2011

Jangan letakkan diri dalam kebinasaan kerana sehelai rambut.

Assalamualaikum WBT,

Mari kita ikuti perbualan 2 orang wanita. Seorang yang taat pada perintah Allah dan menutup aurat dengan sempurna (A) dan seorang lagi seorang yang tidak menutup aurat (B).

B : Semua yang tutup aurat dijamin masuk kedalam syurga ke?
A : Yang pasti, yang tidak menutup aurat pasti Allah letak dalam neraka.

B : Mmmm.. Pakai tudung labuh pun bukannya baik sangat. Mengumpat orang sana sini..
A : Bila Iblis tidak mahu mengikut perintah Allah untuk sujud pada Adam a.s, dia menyalahkan perintah yang Allah SWT beri padanya "Kenapa pula aku mesti sujud pada Adam sedangkan Adam dari tanah, dan Iblis dari api? Ternyata aku lebih mulia ".. Begitulah halnya, apabila perintah memakai tudung untuk menutup aurat, tudung yang disalahkan...

B : Macamlah awak tu bagus tu bagus sangat. Entah-entah awak dulu lagi teruk dari saya.
A : Rasulullah SAW tidak melarangnya malah menggalakkan seseorang yang baru masuk Islam untuk berdakwah kepada kaumnya. Kerana dakwah itu adalah tuntutan dan perlu dilakukan oleh setiap umat Islam.

B : Walaupun kami berpakaian seksi tapi hati kami baik.
A : Adakah mendakwa mempunyai hati yang suci dan berilmu tinggi sudah cukup untuk membuktikan tahap ketaqwaan yang teguh pada Allah SWT? Dengan taqwa akan lahirlah iman yang sejati yang mana, kunci syurga adalah Iman.

B : Pakai jarang ke, ketat ke, kalau tak suka jangan tengok.
A : Bukan masalah suka atau tidak. Tapi yakinkah semua lelaki mampu menahan godaan yang akhirnya akan menyebabkan maruah diri tercemar. Dan walaupun hanya menayangkan sehelai rambut sahajapun sudah cukup untuk datangkan kemurkaan Allah SWT.

B : Walaupun kami tak bertudung, kami tetap solat dan berpuasa.
A : Bagaimana kamu begitu yakin Allah menerima amalan kamu sedangkan sepanjang siang dan malam kamu melanggar perintahNya.

B : Suka hatilah kami nak pakai macam mana pun. Kami tak susahkan orang lain.
A : Sebenarnya, kamu telah susahkan suami, bapa, abang dan adik lelaki kamu kerana disebabkan kamu akan menarik mereka sama kedalam neraka jahanam nanti. Na'uzubillahhiminzalik.

B : Apa yang kami pakai ini, adalah antara kami dengan Tuhan.
A : Di dunia sememangnya mulut petah berbicara, akan tetapi diakhirat, mulut akan terkunci rapi dan mampukah kita untuk berkata sedemikian rupa?

B : Bukan kami tak mahu menutup aurat, tapi kami belum sampai seru.
A : Mati tidak mengenal usia. Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa dan dikhuatiri saat itu kita berada dalam keadaan yang Allah murka.

B : Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow lah.
A : Boleh ke masa Malaikat Izrail datang nak ambil nyawa nanti bagitau kat dia, relax la dulu, bagi saya peluang pakai tudung dulu. Boleh ke?

B : Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
A : Kalau begitu kamu sememangnya hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

Sekadar renungan kita bersama dan pesanan untuk isteri, anak-anak dan adik-adikku, tutup aurat dengan sempurna. Kerana sehelai rambut pun sudah dikira sebagai mendedahkan aurat.

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...