Ahad, Julai 03, 2011

Bila budak main futsal

Assalamualaikum WBT,

Hari ini ialah Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Peringkat Parlimen Sepang yang diadakan di Kg. Endah, Morib, Banting. Seluruh tadika Kemas yang berada di Parlimen Sepang berhimpun disini.

Banyak acara menarik yang diadakan. Bola jaring, kriket, silat, gimrama, galah panjang dan futsal. Dan sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah futsal. Teringat kembali zaman kecil-kecil sewaktu baru belajar menyepak bola. Beginilah agaknya.

Gerakan yang menghiburkan tanpa perlu membuat hantaran hanya bermain sepak-sepak hingga dan bola hanya berlegar-legar disitu sahaja. Berkeremun nak menyepak bola adalah strategi terbaik. Hasilnya, pengadil pening kepala. Manakan tidak, tendangan gol di sepak oleh pasukan lawan untuk menjaringkan gol.

Adui... Berdekah-dekah dibuatnya. Sungguh terhibur. Nantikan gambar-gambar menarik yang akan saya upload di laman buku saya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...