Assalamualaikum WBT,
Malam ini akan berlangsung perlawanan akhir piala FA antara Terengganu vs Kelantan.
Jadi, sudah tentu sokongan tak berbelah bagi mengiringi pasukan Terengganu walaupun tidak ke stadium. Bukan anti Kelantan, tapi sememangnya Terengganu adalah negeri asal kelahiran ayahandaku. Maka darah Terengganu ada mengalir dalam tubuh badan ni walaupun sejak lahir hingga kini di Selangor.
Nak cakap loghat ganu pun dok berapa nak reti. Tapi masih bole pahang ape yang orang dok kater. Jadi, jangang mengata kiter dalam loghat tenganu ah. Waris rama kat tenganu tu. Adik beradik aboh tujuh ore dua je termasuk aboh yg merantau. Pokli kat Sabah, aboh kat sini. Yang laing seme ada kat ganu kiter..
Entah apa-apa la aku tulis atas tu. Silap haribulan orang Terengganu sendiri pun tak faham. Hahahaha. Apa pun malam ini diharapkan Terengganu berjaya membedal pasukan Kelate yg bukan main eksyen tu. Ikutkan sekarang ni aku berjiran dengan Kelantan. Eh, kenapa lak berjiran? Yelah sebelah Putrajaya. Putrajaya kan Darul Kelantan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com