Sedang menikmati makan malam disebuah hotel, terlihat kelibat seorang pelayan lelaki melayu Islam sedang membawa sebotol arak untuk dihidangkan pada seorang lelaki Inggeris. Tersentap dan tertanya-tanya, kenapalah perkara ini terjadi.
Saya sedia maklum, walaupun hotel tersebut mempunyai pengiktirafan halal dari JAKIM, tetapi arak bagai tidak dapat dipisahkan dalam menu minumannya. Namun, tidak adakah pelayan yang bukan beragama Islam sebagai pembawa minuman haram itu. Pekerja yang beragama Islam tersebut walaupun niatnya bekerja mencari rezeki yang halal, tetapi perkara tersebut telah merosakkan niatnya kerana membawa arak untuk dihidangkan kepada peminumnya sama saja berdosa seperti orang yang meminum arak.
10 perkara yang bersangkutan dengan arak :-
- Orang yang memerah arak
- Orang yang diminta arak diperah untuknya
- Orang yang meminumnya
- Orang yang membawanya
- Orang yang meminta arak dibawa kepadanya
- Orang yang menjual arak
- Orang yang mendapat hasil daripada arak
- Orang yang membeli arak
- Orang yang menjual arak
- Orang yang meminta dibelikan arak untuknya
smti...
BalasPadamustaz ada pesan masa kuliah zohor, arak ni ibu segala kejahatan
BalasPadamdari arak akan timbul susulan perkara kemungkaran lain
Sama kes dengan mereka yang kerja di 7-11...
BalasPadamsemoga pelayan yang menghidangkan arak itu sedar akan kerjanya itu..
BalasPadamanak muda sekarang nampak duit saja..dosa pahala tolak tepi
rasenye ade tertinggal satu golongan lagi, sebab no 6 dan no 9 berulang.
BalasPadamArak memang terlarang...dah jauhi diri kita dari terlibat dengan arak..
BalasPadamSMS provokasi
Fenomena langit merah
Masyallah.. saya pernah bawa arak ni.. bukan unutk saya, tapi ada funtion kat office.. satu tong dalam kereta.. emm.. susah kan... saya kesal.. seolah olah saya lebih takut kan boss dari tuhan.. thanks.. for the info
BalasPadam