Assalamualaikum WBT,
Setelah saya menyiarkan gambar minuman yang dikatakan Bir Halal yang diharamkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ), banyak respon yang saya terima. Untuk memuaskan hati dan tidak terikut-ikut dengan dakwaan yang dikatakan dibuat tanpa usul periksa saya menghubungi sendiri pihak yang bertanggungjawab.
Mulanya saya menghubungi Bahagian Hab Halal JAKIM dan dijawab oleh seorang pegawai disitu. Mendukacitakan kerana jawapannya, mereka tidak tahu. Sedangkan kenyataan telah keluar dari JAKIM dalam Buletin Utama (30 Mei 2011). Bagaimana jawapan tak tahu yang boleh saya terima? Akhirnya saya diberi nombor pejabat JAKIM untuk rujukan lanjut.
Setelah berjaya menghubungi JAKIM, mereka juga tidak dapat memberikan jawapan. Jawapannya, sila rujuk dengan Hab Halal JAKIM (Halal). Saya marah kerana dari Halal saya ditendang kesini, kemudian JAKIM nak tendang saya ke Halal semula. Apa cerita...?? Belum habis cakap talian saya disambungkan ke pejabat menteri.
Juga mengecewakan kerana tiada jawapan disini. Huh.. Akhirnya, saya terus sahaja menghubungi Jabatan Agama Johor (Bhgn Penyelidikan), agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan asal. Kerani yang menjawab telefon mengatakan semua pegawai sedang bermesyuarat. Dia tak boleh mengulas lanjut. Saya kemudiannya bertanyakan tentang jenama Bir Halal yang dimaksudkan. Dia menjawab Barbican. Siap ejakan lagi untuk saya B.A.R.B.I.C.A.N.
Namun sikap tidak bertanggungjawab HALAL dan JAKIM sendiri setelah kenyataan dikeluarkan di televisyen adalah sangat mendukacitakan. Kami sebagai pengguna berhak untuk tahu apakah yang dimaksudkan dengan sebenarnya dan mohon JAKIM sendiri keluarkan kenyataan rasmi berserta jenama produk secepat mungkin. Perkara sebegini pun boleh main 'tarik tali' lagi ke?
wow sgt efisyen dlm berusaha nak tahu maklumat
BalasPadamDalam banyak2 air yang halal...
BalasPadamkenapa mesti bir juga yg jadi pilihan???
Beer tu sekadar nama sahaja, yg penting sini dia haram ke halal. Fokus kat isu please! A&W Root Beer tu haram ke ??
BalasPadam-Amir