Assalamualaikum WBT,
Akhir-akhir ini kita sering mendengar pertikaian tentang hukum hakam Islam. Cara hidup orang-orang terdahulu juga bagai jadi senda gurau. Cara kehidupan Rasulullah SAW dan sahabatnya pula dikatakan tidak sesuai kerana berlainan zamannya.
Satu soalan. Adakah Allah pada zaman dulu dan zaman kini lain?
Jika sama adakah Allah dulu lemah dan tak mampu nak bagi teknologi yang ada pada zaman ini, pada zaman Rasulullah SAW? Sudah tentu Allah mampu dan tiada yang mustahil bagi Nya. Namun jika ada sesuatu mengapa kita menyalahkan zaman yang berubah maka kita juga perlu berubah? Mengapa cara kehidupan Nabi SAW tidak sesuai dizaman ini?
Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang perlu dijadikan idola dari segala segi. Jadi mengikut apa yang telah Nabi SAW tinggalkan pada kita iaitu Al-Quran dan Sunnahnya sudah cukup memadai untuk memberi kejayaan kita didunia dan akhirat. Jika kita tidak mahu mengikutnya dan suka mengikut acuan yang bertepatan dengan selera kita, mungkin kita akan berjaya dunia, tetapi adakah kita akan berjaya di akhirat juga?
Sesungguhnya Allah SWT sekali-kali tidak pernah lemah dan sangat mampu untuk mengurniakan apa yang ada pada zaman ini, di zaman terdahulu. Dan adalah tidak adil untuk kita menyalahkan teknologi pada zaman ini untuk mengatakan kehidupan manusia zaman dahulu tidak berjaya kerana mereka adalah manusia yang paling berjaya dan telah mendapat tempat di dalam syurga Allah SWT. Jadi, sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, jadikanlah apa yang ada pada zaman ini sebagai satu kemudahan untuk mencontohi para sahabat Nabi Muhammad SAW dan sebagai satu cara untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Walaupun zaman sering berubah, namun Allah tetap sama dari sebelum bumi ini dicipta lagi dan tiada penghujungnya. Dan kehebatan Allah sedikit pun tidak berubah mengikut peredaran masa tersebut.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang kecil dari orang-orang yang datang kemudian seperti yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Waqiah..
SMTI
BalasPadamsy suka entry ni
BalasPadamstp kali sy berckp, kwn2 pasti kata jgn nak samakan zmn nabi dgn zmn kita
byk bezanya
menyedihkan
thanks for the sharing
BalasPadamazhar.
BalasPadammanusia ja yang suka nk brubah... nk tolak hukum islam