Jumaat, Mei 20, 2011

Kilauan Emas - Kepala hotak dia...


Assalamualaikum WBT,

Sedang syok2 layan Maharajalawak tiba-tiba ada pulak iklan yang di namakan Kilauan Emas. Sebuah program terbaru dari Astro berbentuk nyanyian ala-ala AF kot, khusus untuk mereka yang berusia 45 (EMPAT PULUH LIMA) TAHUN KE ATAS.

Ya.. mandatori 45 tahun ke atas.

Usia 45 tahun ke atas ni, bukan masa nak tunjuk bakat dah. Apa yang mereka patut buat adalah mempersembahkan amal ibadat mereka yang terbaik kepada Allah SWT. Sudahlah golongan-golongan yang sebaya dengan anak-anak mereka disogokkan dengan program hiburan melampau. Kini yang lebih merisaukan apabila ibu bapa kepada remaja-remaja ini turut dilibatkan sama.

Remaja kalau rosak akhlak mungkin ada golongan-golongan dewasa datang untuk menegur. Tapi bila golongan dewasa dan telah berumur 45 tahun ke atas rosak akhlak, siapakah yang berani menegur? Kalau nak rasa sumpah seranah dari mereka silakan.

Kematian tidak mengenal kepada usia. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tidak kira muda mahupun yang tua. Namun kalau nak dibandingkan usia 20 dengan 45 tahun ke atas, kebarangkalian untuk 45 tahun ke atas ni mati dulu adalah lebih tinggi.

Namun begitu, ajal maut ditangan Allah. Jika Allah mengkehendaki yang muda remaja lebih awal matinya dari yang berusia 45 tahun ke atas tiada siapa boleh menghalangnya. Tetapi jika usia 45 tahun ke atas sudah mula mencari pentas, agaknya-agaknya golongan yang mana yang akan menceriakan masjid?

Jika anda benci akan program ini sila nyatakannya disini

Kami Benci & Boikot Kilauan Emas Astro Prima

Promote Your Page Too

5 ulasan:

  1. seju sangat dengan pendapat tuan Azwan...dorang buat nie tak fikir jauh ker...dok fikir duit jer...yang organize nie pun satu...apa la...

    Kubur dah kata, meh le sini meh le sini...emm apa nak jadi pon taktau...

    Sama2 kita ingat mengingatkan...

    BalasPadam
  2. Setuju dengan Bro..

    Dunia dah akhir zaman..

    Bila umur meningkat.. sebaik-baiknya.. banyakkan ibadah..

    Lagi besar angka umur kita.. lagi kurang baki masa kita di dunia ni..

    Sebaik-baiknya.. ingatlah 5 perkara.. sebelum 5 perkara..

    Sekadar peringatan kepada diri sendiri..

    BalasPadam
  3. Siapalah yg punya idea nih...Yg bintang kecil pun akak k-poh tak setuju..inikan pulak yg ni..

    BalasPadam
  4. Inilah zamannya di mana manusia dilekakan dgn perkara2 duniawi dan hiburan...
    Kaca TV dan hiburan lebih nampak jelas berbanding masjid, surau dan kuliah2 pengajian...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...