Rabu, Mei 04, 2011

Jersi dah keluar dari almari


Assalamualaikum WBT,

Hampir 2 bulan aku tak ke stadium. Malam ini aku kembali mengeluarkan jersi aku dari almari dan kembali menonton pasukan kesayangan aku beraksi. Walaupun jersi yang aku sarung tu jersi tahun lepas dan kini Selangor dah ada jersi baru namun tak kuasa aku nak membelinya.

Sebab utama aku taknak beli pasal brand Kappa. Letih nak pakai jersi brand tah apa-apa ni. Bukan menyombong tapi Kappa tu sendiri logonya tah apa-apa tah. Lantak la aku pakai jersi tahun lepas. Lawa lagi pun jersi aku ni. So, lepas ni aku akan rajin ke Shah Alam kembali utk setiap game Selangor disana dan rakan-rakan yang rajin ke stadium boleh la kita lepak sama-sama. Pintu 9 sebelah atas sekali sebaris dgn team gendang SSFC. Jumpa disana.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...