Sabtu, April 16, 2011

Video terkini Maharaja Lawak minggu 3.

Assalamualaikum WBT,

Masuk minggu ke-3 rancangan Maharaja Lawak dan hanya boleh disaksikan secara langsung melalui Astro Warna. Persembahan minggu ini semakin mantap dengan peserta-peserta fevret seperti Nabil, Jozan dan Sepah semakin menunjukkan taring mereka.

Dan untuk episod kali ini berlaku 3 penyingkiran. 2 penyingkiran diawal rancangan dan 1 penyingkiran di akhir rancangan. Dan adalah sangat mengecewakan, Amir masih kekal di Maharaja Lawak. Entah apa la yang menyebabkan orang boleh mengundi si Amir ni. Persembahan yang menyaikitkan hati dan sepatutnya Astro sedar yang penonton membayar untuk pakej Mustika bukan nak tengok persembahan taraf budak 3 tahun yang dipersembahkan oleh Amir.

Namun, kuasa pengundi masih membenarkan Amir ada disitu, dan aku merayu la pada orang-orang yang mengundi Amir, tolong lah... Jangan habiskan prepaid anda mengundi orang yang ternyata tak layak dan tak patut ada pun dalam rancangan ni. Kalau nak dibandingkan dengan persembahan Nabil bukan bagai langit dan bumi lagi dah. Macam langit dengan kerak bumi kot...



Credit Video utk http://www.youtube.com/user/guatvcom

2 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...