Rabu, April 06, 2011

Lucah jadi pilihan


Assalamualaikum WBT,

Sejak kembali aktif berblog dan setiap hari saya pasti update blog saya jumlah pengunjung blog ini semakin meningkat. Kalau dulu nak capai 100 pageview dan 50 unique visitor pun payah, hasil keaktifan saya mengupdatekan blog ini setiap hari mula membuah hasil. Dengan purata pageview setiap hari 1500 dan unique visitor 460 orang setiap hari (untuk rekod bulan Mac) dan jumlah returning visitor pun semakin meningkat setiap hari.

Walaupun tak setaraf dengan blog-blog yang besar dan mempunyai ramai pengikut, namun saya sangat berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung tetap blog ini yang sudi meluangkan masa setiap hari membaca catatan merapu disini.

Setelah saya semak kembali catatan-catatan saya yang terdahulu, entri saya dengan tajuk yang ada kaitan dengan sesuatu yang boleh dianggap lucah, mencapai hits yang sangat tinggi berbanding entri yang lain. Hinggakan pernah pada satu hari jumlah pageview mencecah 5000 dan unique visitor mencecah 1450 orang.

Kenapa ye, walaupun isinya biasa sahaja tetapi tajuknya sudah cukup mendorong pembaca menerjah ingin tahu apa yang terkandung didalamnya. Dan kebanyakkan mereka yang telah menerjah masuk ke tajuk tersebut akan berada kurang dari 10 saat bila mungkin mendapati tiada yang diharapkan pun. Namun itulah hakikatnya.

Ramai pelayar-pelayar didunia maya ini suka mencari sesuatu yang ditegah. Namun bukanlah kesemuanya. Hanya segelintir sahaja. Dan anda semua yang sedang membaca entri ini bukanlah tergolong dalam golongan seperti itu. Kerana golongan yang menjadikan internet sebagai medium untuk mencari bahan lucah takkan mungkin membaca entri merapu begini. Syabas kepada anda semua dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa disini.

3 ulasan:

  1. sgt setuju !!
    HAHA..
    nak wat camner..
    mmg org suke bab tu..

    BalasPadam
  2. Keywords sangat memainkan peranan..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...