Assalamualaikum WBT,
Berbagai-bagai kaedah orang mendengar khutbah. Ada yang mendengar dengan penuh khusyuk, ada yang mendengar sambil memejamkan mata, ada yang mendengar sambil berborak dan ada pula yang mendengar dalam mimpi.
Itu semua kaedah-kaedah yang biasa kita lihat. Kini kaedah terbaru orang mendengar khutbah ialah mendengar khutbah Jumaat sambil membaca surat khabar.
Aduhhh.. Apehal la diorang ni. Tengah-tengah khatib sibuk berkhutbah, dia sibuk menelaah surat khabar. Masalahnya surat khabar tu yang dibaca tu disediakan disetiap pintu masuk masjid. Mungkin AJK masjid berkenaan memang nak menggalakkan orang membaca sambil mendengar khutbah kot..
Kalau surat khabar yang ada jual kat kedai mungkin orang tak ambil port. Tapi surat khabar keluaran khas, diedarkan secara percuma (tak tau ada permit KDN atau tak) dan tentunya bermotifkan politik. Jangan satu masa nanti orang datang masjid sebab nak baca surat khabar dan khatib di atas mimbar berkhutbah sorang-sorang sudah la..
Ada orang dengar khutbah sambil berjual beli...
BalasPadamTerdapat juga yg sambil makan...