Selasa, April 26, 2011
Ditikam kerana kejut solat subuh
Assalamualaikum WBT,
Dunia semakin pelik. Seorang isteri cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal apabila ditikam oleh suaminya sendiri kerana mengejutkan suaminya untuk solat subuh.
Entah apa yang merasuk suaminya itu hingga dia sanggup berbuat demikian. Bukan mahu berterima kasih kerana dikejutkan untuk solat subuh, sebaliknya si isteri menerima satu perbuatan yang paling kejam dari suaminya hanya kerana dia mengejutkan suaminya untuk bangun dari tidur.
Lelaki tersebut nyata tidak berperikemanusiaan dan semoga dia mendapat hidayah dan tidak tergolong seperti Firman Allah SWT dalam surat Al-A'raf ayat 179 - Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Berita Penuh sila lihat disini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jenis laki yang tidak mempunyai jenis ni..
BalasPadam