Assalamualaikum WBT,
Rakan-rakan blogger yang dihormati, mohon maaf banyak-banyak jika tiada kunjungan balas dari saya sepanjang minggu ini. Kesempatan untuk berjalan-jalan diblog tuan/puan amat terbatas kerana ruang waktu yang agak terhad untuk berada di depan PC mahupun laptop.
Banyak kerja-kerja yang perlu dibereskan dengan segera dan hanya dapat menjenguk blog, email mahupun facebook sesekali dan untuk tempoh yang agak singkat. Maaf jika kunjungan tuan/puan tak dapat saya balas kembali dan insya Allah jika ada ruang waktu yang sesuai saya pasti akan kembali berblogwalking seperti biasa. Namun begitu, saya masih setia mengikuti rakan-rakan blogger tersohor yang ada dalam senarai blog saya. Kerana dengan membaca tulisan-tulisan mereka ini akan dapat serba sedikit menghilangkan pening di kepala. Namun pesanan untuk diri sendiri dan semua, jika ingin mencari ketenangan, perbanyakkanlah berzikir.
oke berzikir
BalasPadamhehehe