Ahad, April 24, 2011

Bila budak-budak ada Facebook


Assalamualaikum WBT,

Sebelum tidur sempat membelek-belek akaun Facebook anak-anak. Kalau ikut umur memang tak layak budak-budak ni ada akaun FB sebab tak cukup umur. Tapi fenomena FB ni dah melanda ke semua peringkat usia hinggakan budak 5 tahun pun dah ada FB aku turutkan juga kehendak mereka dengan buat akaun FB sorang satu.

Nurin Nadhirah dan Nurin Zulaikha masing-masing ada akaun FB. Tapi mereka hanya dibenarkan buka FB pada waktu-waktu yang dibenarkan sahaja. Budak-budak bila ada FB macam-macam benda dibuatnya. Sebab itu pemantauan perlu dibuat. Tujuan aku bagi mereka bebas menggunakan internet adalah untuk memahirkan mereka dengan komputer dan IT.

Sedang asyik membelek-belek gambar-gambar dan komen-komen yang mereka tulis, terjumpa satu komen yang menggelikan hati. Guru Bahasa Inggeris mereka telah memaparkan gambar mukanya yang berdarah akibat kemalangan jalanraya. Ramai anak murid bertanya apa yang telah terjadi dengan muka teacher tu. Agaknya lambat sangat teachernya menjawab seorang murid telah tolong bagi jawapan "oh . mungkin jerawat ticer tekan pastu keluar la darah tu nnti pun korg akan jadi mcm tu kalo ade jerawatla ye


Terbahak-bahak aku ketawa dengan gelagat budak-budak ni. Begitulah bila budak-budak ada Facebook. Ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Yang paling penting sebagai ibubapa kawalan berterusan perlu dilakukan agar mereka tidak terlalu khayal dengan dunia Facebook ni.

2 ulasan:

  1. yup pemantauan....kena rapat dan berkawan dengan anak jugak...iva pernah terpikir..kalaulah iva dikurniakan anak nanti..iva kalau boleh takmau dedahkan dengan HP sangat....

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...