Ahad, Mac 13, 2011
Siapa Sabotaj Saya?
Assalamualaikum WBT,
Pagi ni saya terkejut apabila melihat cermin kereta saya seperti mempunyai kesan ketukan menggunakan objek keras seperti hammer atau yang seumpamanya. Mujur cermin yang cukup keras hanya meninggalkan lekukan yang boleh dirasa dengan tangan dibahagian luar.
Nak kata ada benda terpelanting jatuh tepat atas cermin rasanya takde pulak. Sebab puas saya mencari disekitar kawasan kalau-kalau ada objek berkenaan. Kalau terkena batu takkan boleh meninggalkan kesan sebegitu. Jadi mungkin ada orang nak sabotaj saya.
Siapa nak sabotaj saya? Apa salah saya? Mungkin marah saya siarkan entri ini. Ataupun ada rasa tak puashati yang saya sendiri pun tak tau kenapa. Takpelah.. Andai ada yang cuba nak sabotaj saya, saya maafkan mereka dan seluruh keturunan mereka. Sayalah yang bersalah sehingga menyebabkan anda berbuat demikian walaupun saya tak tau apa salah saya. Maafkan saya dan harap anda berpuashati atas perlakuan anda.
Nota : Mungkin juga objek dari letupan loji nuklear yang meletup di Jepun tu kot..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sabarlah.. anggaplah ini semua ujian dari Allah Taala..
BalasPadam