Rabu, Mac 16, 2011

Penyamun ada hikmat bau duit

Gambar hiasan

Assalamualaikum WBT,

Semalam satu lagi siri kejadian samun melibatkan individu yang baru sahaja mengeluarkan wang di bank berlaku. Telah banyak kali berita ini dipaparkan. Namun kes semalam antara yang paling dramatik. 

Dalam banyak kes yang berlalu timbul tanda tanya, bagaimana si penyamun boleh mengetahui si mangsa membawa wang yang banyak hingga boleh bertindak sehingga sedemikan rupa? Penyamun hanya mencari individu yang mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar. Kalau setakat bawah 10 ribu memang jarang penyamun ni nak layan. 

Pada pendapat saya :
  1. Penyamun ada informer dari dalam bank
  2. Penyamun ada informer daripada rakan/pekerja/saudara mangsa.
  3. Penyamun ada hikmat bau duit
Penyamun ada informer dari dalam bank adalah sesuatu yang boleh dielakkan. Sebab itu penggunaan telefon bimbit didalam bank adalah dilarang. Mungkin juga mangsa tidak alert yang si penyamun duduk dibangku menunggu dan terus mengekori mangsa apabila keluar dari bank. Apa yang biasa saya lakukan ialah apabila ingin keluar dari bank saya akan berhenti dipintu dan memerhati belakang saya kemudian keadaan persekitaran luar bank sebelum meneruskan perjalanan.

Penyamun ada informer daripada rakan atau pekerja atau saudara si mangsa. Atau lebih tepat ada duri dalam daging. Rakan atau pekerja atau saudara mangsa yang mengetahui bahawa si mangsa akan mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak dari bank akan memaklumkan perkara ini terus kepada rakan-rakan penyamunnya. Si penyamun hanya perlu menunggu di laluan biasa yang akan digunakan oleh mangsa dan terus mengekori mangsa. Sebab itu, jika ingin mengeluarkan wang yang banyak dari bank jadikan ianya rahsia sulit. Kalau boleh isteri pun jangan bagitau.

Penyamun ada hikmat bau duit. Ada ke? Ada kawan-kawan bagitau ada kalangan penyamun ni ada ilmu hitam yang boleh mengetahui si mangsa mengeluarkan duit dalam jumlah yang banyak. Dia seperti boleh bau duit yang dibawa oleh mangsa dari jarak jauh. Bukan seperti dalam gambar. Dalam gambar tu orang yang kemaruk nak kaya cepat dengan melabur entah dalam skim apa-apa entah. Sebagai pendinding diri, amalkanlah zikir dan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Kita juga telah diajar membaca doa tawakal sebelum keluar untuk kemana-mana. Allah lah pelindung terbaik kita dan selainNya tidak menjamin apa-apa perlindungan pada kita.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...