Jumaat, Mac 18, 2011

Kiamat Kecil - Sudah bersediakah kita?


Assalamualaikum WBT,

Kiamat pasti akan berlaku. Bila? Tiada siapa mampu menjawabnya. Bahkan Nabi Muhammad SAW sendiri hanya diberikan oleh Allah SWT tanda-tanda akan berlakunya kiamat. Dan setiap kali berlaku satu kejadian besar yang manusia anggap mirip kepada kiamat maka kebanyakkan akan kembali mengingati Allah SWT.

Namun, tidakkah kita semua sedar bahawa kiamat kecil untuk diri kita akan berlaku bila-bila masa sahaja. Mungkin esok atau mungkin selepas sahaja selepas anda selesai membaca blog ini. Tiada siapa boleh meneka dan tahu bila dia akan mati. Inilah hakikatnya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Bila dan dimana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Banyak peristiwa tentang kematian yang terjadi depan mata kita. Seorang pemain bola yang sihat berlari kesana kemari tiba-tiba sahaja rebah dan disahkan mati. Seorang hamba Allah yang baru selesai solat tiba-tiba sahaja diambil nyawanya. Ini bermakna apa juga keadaan kita samaada sihat mahupun sakit, jika waktunya telah tiba seperti yang ditetapkan oleh Allah SWT, tidak sesaat pun malaikat pencabut nyawa terlewat untuk melaksanakan kewajipannya.

Jadi, sebagai peringatan untuk diri sendiri dan ingin berkongsi dengan anda semua, sejauh mana persediaan yang telah kita buat untuk menghadapi mati? Bukan mencari mati, tetapi apa bekal yang mampu mengiringi kita kesana. Untuk persediaan menghadapi hari esok yang kita tidak pasti samaada masih hidup atau sebaliknya, kita semua memang cukup bersedia. Tetapi untuk satu perkara yang kita tidak nampak adakah amalan dan perbuatan kita hari ini mencerminkan kita sudah bersedia?

Bersedia atau tidak, malaikat maut pasti tiba. Dunia juga sudah semakin tenat. Kembalilah kepada apa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita dan jadilah orang yang bijak.

4 ulasan:

  1. as salam mari lah sama2 kita berdoa semoga kita semua mati dlm keadaan dapat mengucap dua kalimah syahadah.dan termasuk dlm golongan org2 yg beriman,,,.amin

    BalasPadam
  2. Insyaalah, selagi ada kawan-kawan dan manusia yang saling mengingatkan sesama manusia

    BalasPadam
  3. sama2 la kte ingat mengingati.. Pada yg terlupa,berubah la demi kebaikan.. ape yang penting "Janji Allah Itu Pasti"

    BalasPadam
  4. insyaAllah kt eberdoa sesama utk kita lebih bersedia dlm menempuh dugaan alam dr NYA..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...