Sabtu, Mac 19, 2011

Jom boikot bolasepak Malaysia

Assalamualaikum WBT,

Malam ni ada perlawanan suku akhir kedua piala FA untuk bolasepak Malaysia. Tapi yang sangat mengecewakan ialah tiada satu pun TV yang menyiarkan siaran langsung perlawanan bolasepak berkenaan. Aku yakin, sejak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, peminat bolasepak tempatan dah kembali 'berselera' nak tengok aksi bolasepak tempatan.

Jika setakat perlawanan awal ataupun kelayakan, tidaklah menjadi masalah. Tetapi ini perlawanan suku akhir. Kalau perlawanan suku akhir pun dah takde live tak kira la untuk mana-mana team pun, buat apa kita nak sokong bolasepak tempatan kalau itu yang FAM harapkan.

Harga tiket main suka-suka je naik. Kesannya, peratusan penonton merosot untuk hadir ke stadium. Jumlah penonton yang masuk free dengan yang bayar sama banyak aku rasa. Mungkin FAM kena kaji balik perkara ini. Hak penyiaran adalah milik Astro. Astro adalah sebuah syarikat swasta. Dia nak siar atau tidak mungkin ikut dia punya suka. Tapi FAM kena la ada garis panduan perlawanan yang mana perlu disiarkan. Jika perlawanan suku akhir pun takde live, memang hampeh la jawabnya. Jom kita boikot bolasepak Malaysia. Tengok EPL lagi best la camni. Dah tentu ada je live.

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...