Selasa, Mac 22, 2011
Bangladesh + Indonesia = Malaysia?
Assalamualaikum WBT,
Masuk hari kedua isteri dihospital tidak sakit, tidak apa pun. Sejak semalam terpaksa ditahan kerana air mentuban didapati kurang. Masuk minggu ke-38 doktor akan pastikan baby kena dikeluarkan juga kerana dikhuatiri lemas. Baru 2 cm laluan baby keluar terbuka. Mungkin esok pagi akan keluarlah anak kelima saya insya Allah..
Sepanjang 2 hari isteri dihospital sebagai orang sihat, puas la dia merayau-rayau sebab bosan. Dan dapatlah satu berita sensasi dimana seorang wanita Indonesia yang tidak dibenarkan keluar dari wad walaupun keadaan zahir dirinya dan baby ok. Kisahnya begini.
Wanita Indonesia yang tidak mempunyai dokumen sah telah berkahwin dengan seorang lelaki Bangladesh. Pada asalnya wanita ini tidak mahu melahirkan anak di hospital. Tetapi apabila berlaku tumpah darah sewaktu melahirkan anaknya warganegara Malaysia, maka jirannya panik dan terus menghubungi ambulans. Bila sudah selamat semuanya, maka didapati wanita ini tidak ada dokumen yang sah (PATI) dan tiada surat nikah @ pendaftaran perkahwinan. Maka, pihak hospital telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tindakan untuk menyelamatkan anak warganegara Malaysia ini terpaksa dilakukan. Saya difahamkan oleh isteri saya, selagi tiada dokumen perkahwinan yang sah, maka anak ini tidak akan diserahkan kepada pasangan ini. Kesian bayi ini menjadi mangsa seawal kelahirannya lagi.
Tidak pasti apa tindakan lanjut yang bakal diambil kerana isteri telah angkat kaki mendengar bayi itu didapati positif ujian darah hepatitis B dan berkemungkinan positif HIV. Kasihan sungguh nasibnya. Begitulah kisah Bangladesh + Indonesia = Malaysia.
TERKINI : Jabatan Kebajikan Masyarakat mengesahkan, anak tersebut bukan boleh terus mendapat taraf warganegara. Jadi, anak tersebut bukan Warganegara Malaysia selagi tiada permohonan dibuat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
apa-apa pun selamat menyambut cahaya mata yang baru..
BalasPadamTerima kasih :)
BalasPadam