Isnin, Februari 07, 2011

Resam pasangan bercinta


Salam...

Pada satu malam di hari Selasa (tarikh tak ingat) selepas maghrib aku seperti biasa menjadi pemandu peribadi isteri aku untuk membawanya ke pasar malam. Biasanya anak aku yg paling kecil akan menemankan aku didalam kereta sementara aku menunggu isteri aku membeli barangan di pasar utk makan minum kami sekeluarga bagi tempoh seminggu.

Dah duduk dalam kereta aku pun dengar la radio. Selalu dengar Sinar FM. Tapi semenjak dua menjak ni layan Suria FM macam best pulak. Lagu lama dan baru diselangselikan. Terdengar ada beberapa orang pemanggil buat panggilan meluahkan rasa. Ada la seorang pemanggil tu buat panggilan dan luahkan rasa kecewanya pada makwenya kerana tidak menjawab panggilan telefonnya. "B, abang tgh kecewa ni" . Lebih kurang begitu lah ayatnya. Aku yg tak pernah2 nak buat panggilan ke radio terus je pantas mendail kerana telinga aku dah geli dengar ayat mamat tadi tu.

Jadi, nak menghilangkan rasa geli dan gatal di telinga, aku call la. Dapat pulak tu. DJ yg bertugas menjawab dan terus tanya apa yang aku nak luahkan. Aku pun cakap "Sebenarnya aku geli la bro dengar pasangan yang bercouple sebelum kawin ni panggil B, Ma, Pa, Baby, dan macam2 lagi lah. Geli telinga ni". Dan akhirnya terus jadi topik hangat untuk malam tu. Buat pendengar setia Suria FM dan ada yg mendengar malam tu ttg topik ni, inilah orangnya yg mencetuskan topik yg hangat diperbincangkan malam tu. Ada yang setuju dan ada yang tak bersetuju.

Yang tak bersetuju dengan pendapat aku sudah tentulah pasangan2 couple yg belum berkahwin dan memilih cara yang sama. Bukan apa, couple tu satu masalah. Tambah lak masalah lain dengan panggilan2 manja yang akhirnya lebih menjurus kepada benda-benda yang tak baik. Kalau dah berdua-dua mmg takkan ada yang baiknya sebab yang ketiga adalah syaitan. Mana ada syaitan suruh buat benda baik. Jadi sendiri mau fikirlah. Tak salah aku kata masalah pembuangan bayi di tong sampah bermula dengan panggilan ala-ala manja yang buat telinga aku menanah mendengornya.

5 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/2/11 2:03 PTG

    mmg geli geleman pun.....ayah..baba...mama..mumy...
    belum kawin pun dh panggil camtu...x yah nikah pun x pelah dah dpt title ayah..mama..baba.. jgn2 babi pun ada kot. sbb panggil B je. nak ringkas.

    BalasPadam
  2. alah masa bercouple romantik mcm tu lah bila dah kawin panggil awak awak aje....

    essh zaman skrg...

    BalasPadam
  3. saya setuju bro.

    panggilan macam tu la kdg2 membawa kpd yang tak elok.

    bagi saya, syg..abg atau ayg tu boleh lagi diterima.

    tapi kalau dah melarat ke b, pa ma tu...apakejadahnya..

    BalasPadam
  4. masa kapel masa tengah hangat.. kentut pun bau wangi. hehehehe..

    BalasPadam
  5. salam bro...aku ada dgr time awak call suria fm tempoh hari..aku pun sgt stuju ngan komen awak tu...geli nak muntah bila yg blum kawin panggil papa...mama...uwekk

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...