Assalamualaikum WBT,
Dalam 3-4 hari yang lepas ada buat jalan-jalan mengunjungi blog-blog yang jumlahnya semakin bertambah berbanding sewaktu aku mula membuka blog yang tak popular ini. Kegilaan remaja-remaja menulis diblog meningkat mendadak dan majoritinya adalah pelajar-pelajar IPTA mahupun IPTS. Kreativiti mereka terserlah dengan blog yang berbagai gaya dan penulisan yang tidak kurang menariknya.
Akan tetapi yang agak menducitakan apabila kebanyakkan dari mereka ini juga telah dengan sengaja merosakkan bahasa. Sehingga adakalanya sukar untuk difahami apa yang ditulis. Penggunaan ayat-ayat ringkas (ayat sms) terus digunapakai walaupun untuk menulis diblog. Sedangkan tiada had perkataan pun jika hendak menulis sesuatu 'posting' . Jika mesej yang disampaikan melalui SMS, penggunaan ayat ringkas mungkin sesuai kerana ada hadnya. Lebih had akan dicaj 2 atau 3 atau bergantung pada kandungan SMS yang ingin dihantar. Contohnya jika menulis dibawah 160 huruf termasuk space dan dihantar kepada seorang pengirim caj RM0.10 sen akan dikenakan. Tetapi jika terlebih 1 huruf pun selepas 160 huruf (161 keatas) akan dicaj RM0.20 sen pula. Dan jumlah ini mungkin bertambah lagi dengan kenaikan RM0.10 sen bergantung kepada panjangnya SMS yang dihantar. Jumlah yang dinyatakan ini bukanlah jumlah yang tepat kerana ia bergantung kepada Syarikat Komunikasi yang berkenaan.
Jadi, kenapa perlu menggunakan ayat-ayat ringkas?
Penggunaan ayat dan bahasa yang betul juga akan memudahkan bangsa dan warganegara lain untuk membaca tulisan diblog kita. Walaupun peratusannya kecil, tetapi jika kita cuba untuk membuat pengalihan bahasa (translate) untuk blog kita ini, kita tidak akan tergelak dan bangsa asing akan mudah untuk memahaminya. Sebagai contoh "Saya tidak suka kamu" jika dibuat pengalihan bahasa melalui Google kepada bahasa English akan memberi makna "I do not like you". Tetapi jika kita gunakan "Sy x suka kamu" akan menjadi "Sy x like you".
Bahasa jiwa bangsa. Oleh itu, marilah kita sama-sama menggunakan bahasa yang betul. Pencampuran bahasa tidak menjadi masalah. Selagi orang yang ingin membacanya memahami kandungan tulisan kita adalah sudah memadai. Kerana dunia blog ini adalah tanpa sempadan. Dimana sahaja selagi mereka mempunyai capaian internet selagi itulah mereka boleh melihat kandungan diblog kita. Mari gunakan bahasa yang betul dan selamat menulis.
Salam Hormat;
BalasPadamSangat-sangat setuju.
Abang sering juga singgah di blog anak remaja kita.
Yang memanjangkan perkataan pun ada.
Contohnya enjin menjadi henjen, menokok jadi monoque
Mungkin keunikan yang dicari, tapi tak kena dengan caranya.
Assalamualaikum Inche Azwan,
BalasPadamTerima kasih kerana menyokong usaha para pendidik Bahasa Melayu! Melihat kecenderungan pelajar merosakkan bahasa memang boleh melelahkan. Bukan sahaja bahasa Melayu dirosakkan, bahasa Inggerisnya pun serupa sahaja. Kadangkala terfikir, bahasa apa yang mereka gunakan sebenarnya? Hehehee...