Rabu, Februari 23, 2011

Haruan Makan Anak

Assalamualaikum WBT,

Satu perkara yang menjadi penyakit yang sangat serius dalam masyarakat kita adalah kes Haruan Makan Anak.Seorang bapa sebagai pelindung kepada keluarga sanggup menodai anak sendiri. Perkara ini bukanlah asing dan baru dinegara kita, tetapi telah lama dan saya yakin masih berleluasa.

Perihal dalam rumahtangga keluarga lain sudah tentu menjadi rahsia. Tidak kiralah apa juga yang terjadi didalam rumah tersebut jika boleh disorok dalam pengetahuan umum sudah pasti akan disorok dan dikunci dari pengetahuan orang ramai. Tetapi adalah sangat mendukacitakan jika kes Haruan Makan Anak ini turut dirahsiakan. Lebih-lebih lagi ianya dirahsiakan oleh ibu mangsa ataupun isteri si Binatang ini tadi.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkara yang ditakuti ini dirahsiakan kerana, si isteri masih bergantung harap pada suaminya. Hutang piutang yang banyak membuatkan si isteri takut jika suaminya diseret masuk kedalam penjara. Dibebani dengan hutang 'Ah-Long', pinjaman kereta, rumah sewa, serta kerana ingin menjaga maruah keluarga telah menjadi penghalang perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimana dengan masa depan anak terbabit? Mungkin ketiadaan tindakan yang diambil keatas Binatang yang bertanggungjawab merosakkannya akan menyebabkan dirinya merasa tertekan dan perkara buruk yang lain bakal terjadi. Inilah yang membimbangkan kita. Mungkin rakan-rakan pembaca boleh berkongsi apa yang harus dilakukan oleh isteri Binatang ini sebenarnya?

Pada yang berani tampil membuat laporan polis satu penghargaan harus diberikan. Kerana Binatang ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana dia telah merosakkan masa depan anaknya sendiri. Dan lebih mengharukan mangsa akan terus dihantui peristiwa hitam ini sehinggalah dia mati.

Tetapi bagaimana pula dengan yang tidak mahu membuat laporan polis? Faktor-faktor yang saya sebutkan tadi menjadi penghalangnya. Mungkin pendapat rakan pembaca mampu menyedarkan ibu mangsa ataupun isteri Binatang ini tampil membuat laporan polis. Silalah kemukakan pendapat yang bernas dan bukan lahir dari emosi. Cuba letak diri kita ditempat ibu mangsa dan apa yang harus kita lakukan.

7 ulasan:

  1. Aik, macam berjanji je kita ni. Entri hampir sama.

    Apa2 pun selagi pemerintah tutup mata pada hukuman yang Allah perintahkan, selagi itu maksiat akan berleluasa.

    BalasPadam
  2. Ibu Runsing23/2/11 2:19 PTG

    Laporkan sahaja pada pihak berkuasa. Rezeki semua ditangan Allah. Jikalau masih mengharap pada pemusnah anak sendiri tidak mustahil akan berulang lagi di kemudian hari.

    BalasPadam
  3. Dunia kini dah di hujung2 kot,dah pelbagai perkara berlaku,
    sana-sini huru-hara....

    BalasPadam
  4. Salam sdr Azwan,
    saya dah banyak kali nak post hal ini dalam blog saya tapi tak sampai hati kerana anak - anak saya...

    mereka selalu menangis dan tanya saya kenapa haruan durjana itu sanggup makan anak sendiri...bila mereka terbaca berita di akhbar..

    anak saua peminat setia blog saya, kalau saya postkan hal ini sure saya kena marah dan kena soal dengan mereka..

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama24/2/11 8:53 PG

    Elok potong anunya bagi anjing makan. Abis crita

    BalasPadam
  6. Setiasakor26/2/11 8:29 PG

    Assalamualaikum wbt.

    Saudara, perkara seperti ini, pada pandangan saya, kita harus kembali kepada asal (back to basic).

    Maksud saya, sebagai orang Islam, kita telah diajar segala adab dalam melakukan rutin harian kehidupan kita bahkan nak pakai seluar pun ada adab-adab yang disyariatkan dan masing-masing ada hikmahnya tersendiri.
    Dalam rumahtangga juga ada adabnya lebih-lebih ketika hubungan kelamin. Cuma kita tak sedar tentang hikmah disebalik adab-adab Islam yang disyariatkan ini.
    Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
    Saya berani jamin sekiranya kita sentiasa bermuhasabah, menjaga adab, perkara seperti ini pasti tidak akan terjadi dalam masyarakat kita.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama27/2/11 2:24 PG

    Mengedar dadah..hukuman MATI ke tali gantung semua org tau..pun diaorg x ambil kisah..ini pulak haruan makan anak..bila "Nafsu dah mengatasi Akal"

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...