Rabu, Februari 09, 2011

Daun kucai


Salam...

Isteri aku baru je update kat wall FB dia "sambil tergelak sendiri....daun kucai= daun bawang...". Hehehehe.. Siapa la punya keje tu ye.

Siapa lagi kalau tak laki dia ni. Siapa laki dia? Siapa lagi kalau bukan aku. Hehehe. Macam mana aku boleh tersilap beli daun bawang dengan daun kucai. Mungkin aku tension semalam masa kat pasar malam.

Sebab yang pertama - aku tension pasal ikan dah habis licin. Hanya seorang apek je yang jual ikan semalam. Tak abis beraya lagi apek-apek ni.

Sebab yang kedua - harga barang mahal betul.. Selalu sayur 3 ikat 2 hengget. Sekarang dah jadi seikat sehengget. Pulak tu, ciput.. je. Nak kena ambik 2 ikat utk keluarga besar macam aku ni bagi sekali makan. Barang lain toksah citer la.

Sebab yang ketiga - aku nak buktikan yang orang lelaki kalau ke pasar takkan lebih dari 20 minit berbanding perempuan yang akan habiskan masa hampir sejam di pasar. Hehehe.

Jadi, jawapan2 ni untuk isteri tersayang yang semalam memang membebel lepas tgk barang2 yang aku beli dipasar sendirian. Dia pun tak berapa sihat memandangkan kandungannya dah masuk minggu yg ke-32. Dia tulis kat FB aku jawab kat blog. Hehehe.

8 ulasan:

  1. hahaha.. kalau daun sup n daun ketumbar tuh bole caya ler jugak, tp daun bawang n daun kucai jauh beza tuh

    BalasPadam
  2. Kalau daun sup sgn daun ketumbar saya yg mengajar isteri saya pula. hehehe

    BalasPadam
  3. Betul... harga barang-barang mahal benar. Sekarang RM50.00 sekejap aje habis dalamasa 2-3 hari.

    Bab lama di pasar tu sebab banyak fikir... Orang perempuan tengok benda secara detail dan menyeluruh. Nak masak apa, kena ke dengan selera suami, anak-anak dan diri sendiri... di samping itu, kena tengok segar ke tidak barang yang dijual, harga di gerai sini dan situ sama ke... bla... bla...

    BalasPadam
  4. Betul... harga barang-barang mahal benar. Sekarang RM50.00 sekejap aje habis dalamasa 2-3 hari.

    Bab lama di pasar tu sebab banyak fikir... Orang perempuan tengok benda secara detail dan menyeluruh. Nak masak apa, kena ke dengan selera suami, anak-anak dan diri sendiri... di samping itu, kena tengok segar ke tidak barang yang dijual, harga di gerai sini dan situ sama ke... bla... bla...

    BalasPadam
  5. hahaha..

    sama dengan en hubby saya.suruh beli daun bawang dia beli kucai..tapi saya senyap je.

    sebab saya yang suruh dia belikan. jadi salah saya juga

    BalasPadam
  6. BG - ... yg akhirnya semua gerai jual brg yg sama je kan. Hehehe. Pandai kaum hawa menghabiskan masa ;)

    BalasPadam
  7. Uik... jangan silap tengok. Cuba try tengok gerai di Pasar Tani Stadium Shah Alam. Produk : Carrot

    Gerai A : RM6.00/kg
    Gerai B : RM5.40/kg
    Gerai C : RM3.50/kg

    Hari ini punya paper, pasaraya 'peneraju harga terendah' : RM3.96/kg

    Belum senarai harga barang2 lain... nnti tak muat kotak komen... :)

    BalasPadam
  8. guhmuk:hubby saya pn cmtu :)hehe

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...