Isnin, Februari 14, 2011
Bagaimana cara hidup kita?
Assalamualaikum WBT,
Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, idola seluruh umat Islam diseluruh dunia, marilah kita sama-sama semak kembali berapa banyak cara hidup kita yang telah jauh dari cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Kita semua sedia maklum, bahawa hanya dengan mengamalkan cara hidup seperti yang Baginda SAW telah tunjukkan, kejayaan pasti datang. Walaupun nampak kuno dan tak sesuai pada pandangan sesetengah pihak, namun percayalah apa juga cara hidup yang tidak bertepatan dengan sunnah Baginda SAW adalah ciptaan Yahudi yang sememangnya tidak mahu kita mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.
Antara sifat Nabi Muhammad SAW ialah Baginda selalu memulakan salam dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.
Kita?
Kebiasaan Nabi Muhammad SAW pula seperti orang yang selalu bersedih, sentiasa banyak berfikir, tidak pernah rehat dalam waktu yang panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya dari banyak cakapnya, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Kita?
Bukan itu sahaja, cara kehidupan harian daripada kita bangun dari tidur hingga saat kita nak tidur kembali pun telah Nabi SAW tunjukkan. Jika tidak tahu, carilah alim ulama dan belajarlah dengan mereka. Indah sungguh kehidupan ini jika dapatkan mengamalkan seluruh sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan kita.
Bolehkan kita?
Ada juga suara-suara sinis yang berkata
"Itu Nabi... Kita ni siapa..."
Hallo kawan, Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan sehinggalah hari kiamat. Semua sahabat-sahabatnya telah ikut cara yang sama. Jadi, jika kita juga ingin menuju ketempat yang mereka tuju iaitu Syurga, kita kena ikutlah. Jangan lah kita pandai-pandai nak ubah sunnah Nabi SAW mengikut cara dan selera kita. Kalau tak kena gaya .... Na'uzubillahhiminzalik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum wbk.,
BalasPadamIf our knowledge of Islam is shallow, it's good to keep our mouth shut. Let those who know do the talking.
Do not say something which you do not know.For, you will add more confusion of things which are already confused as it were - ummah's and religously-speaking.
Little knowledge is dangerous says the sage.
Unless you want to say something for POLITICAL reasons/convenience to gain political milage. Or, you believe, that you too have the "right" to say whatever you want to say in a democratic Malaysia.
The rule, silent is golden, is apt for those who know.
Prophet Muhammad s.a.w. reminded us that: "There are those who know, follow them; those who know they do not know, but want to know, follow them (because they want to know). But, There are those who do not know they do not know, shun and do not follow them. Because they can mislead you."
Ya, saya setuju. Kita ikut cara Nabi SAW secara sedikit-sedikit dahulu, dan semakin hari semakin bertambah. Jangan tak ikut langsung.
BalasPadamMulakan dengan memberi salam, sentiasa senyum kepada orang lain, dan sembahyang di awal waktu..
Kemudian sehari demi sehari, tambahkan lagi amalan-amalan lain, InsyaAlah lama kelamaan kita akan berjaya mengikut segala sunnah Nabi SAW..
Sekadar pendapat sekupang saya..
W,salam Uncle Mansaldamha,
BalasPadamSalahkah saya berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu? Perlukah seseorang itu menjadi mufti baru layak nak berkongsi perihal keagamaan sedangkan Nabi SAW sendiri pernah berpesan "Sampaikan dariku walau sepotong ayat". Wallahhua'lam.
As Salam bro,
BalasPadamDon't be disheartened by what 1.27 pm said.
Keep on blogging.
To me you're doing just fine.
May Allah bless us all.
Sayyid.