Ahad, Februari 06, 2011

Astro First


Salam...

Langkah Astro First menayangkan filem-filem tempatan setelah 2 minggu ditayangkan dipanggung wayang boleh dikatakan langkah yg bijak. Ini kerana bagi mereka-mereka yg kurang gemar menonton dipanggung akan berpeluang utk menonton filem tersebut lebih awal dari biasa. Dan tak perlu lagi nak beli dvd dan akan mengurangkan masalah dvd cetak rompak.

Setakat 4 filem yg ada sekarang ni, dah 2 filem yg saya beli. Dengan kos 15 hengget bagi satu filem, ada yg kata mahal. Tapi kalau nak dibandingkan dengan menonton dipanggung lebih mahal lagi. Dengan kos 15 hengget, kita akan diberi akses utk menonton filem yg kita pilih selama 48 jam dari masa diaktifkan dan berulang-ulang. Dan kita bebas utk menonton ikut kelapangan kita. Bukan kita sorang, satu keluarga malah satu kampung pun kalau nak kita ajak menonton dirumah kita selama tempoh tersebut tak jadi masalah.

Setakat ni, aku rasa berbaloi bila beli filem diatas. Berulang kali aku tengok. Walaupun simple dan merapu tapi aku rasa terhibur. Bukan nak promo suruh korang semua tgk filem tu, tapi kira ok la citer tu berbanding Ngangkung. Tapi jgn la pulak korang bandingkan dgn filem luar yg sememangnya tak terlawan filem2 buatan Malaysia ni. Selamat menonton....

3 ulasan:

  1. Mulanya kakcik juga nak beli HKLBR tu.. tapi, walaupun dalam tempoh 48 jam belum tentu ada masa nak menontonnya. :)

    BalasPadam
  2. Sbb tu saya beli dihujung minggu :)

    BalasPadam
  3. saya baru beli hklbr tu. Tekan-tekan remote tak de rancangan menarik..

    best2..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...