Isnin, April 20, 2009

Nurin yang ke-4 telah lahir...

Salam..

Alhamdulillah pada 18/4/2009 pukul 7.15pm isteri aku telah selamat melahirkan 'Nurin' kami yang ke-4 dengan kaedah biasa di Hospital Serdang. Kali ini aku merasakan sendiri pengalaman duduk di labor room dari tengahhari lagi. Walaupun agak lama berada di labor room tapi alhamdulillah sakit nak bersalin tu sekejap je. Masuk pukul 10.30 pagi cm. Pukul 6.45pm 6.5cm. Start pukul 7.00pm bini aku dah sakit rasa nak bersalin. Aku panggil la nurse. Nurse tu dtg check tp lepas tu keluar dah selamba je cakap "lambat lagi.. tadi doktor cakap baru 6cm". Ini bukan anak pertama. Bini aku tau la camner rasa nak bersalin. Aku tak puashati panggil nurse yang lain dan dia dtg tgk terus terkejut. "Eh, kenapa cepat sangat ni".. Huh.. Saspen tu. Alhamdulillah, didepan mata aku lihat bagaimana anak aku dilahirkan... Insaf.. Janganlah sesekali kita menderhaka pada ibu kita.Syukur yang tak terhingga pada Allah SWT atas kurniaan rezeki dan anugerah yang sangat bermakna ini. Dikesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih pada kawan2 yang tak putus2 mendoakan keselamatan isteri dan baby aku. Terima kasih juga diucapkan pada semua jururawat dan doktor yang bertugas pada hari tersebut dan juga semua staff di wad 5E Hospital Serdang. Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalas jasa baik anda semua. Nama? Belum lagi. Yang pasti Nurin tetap ada mengikut ketiga-tiga kakaknya Nurin Nadhirah, Nurin Zulaikha & Nurin Maisarah. Mungkin kawan2 ada cadangan? Bolehlah syer2 kat sini.


(Klik utk besarkan)

14 ulasan:

  1. tembamnyer....tahniah!!cadanganyer..Nurin Mawaddah..ok tak>?

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama20/4/09 9:27 PG

    so cute ur baby.....
    tahniah abg azwan.....

    BalasPadam
  3. tahniahniah tahnia

    wah!! senasib la kita ... kak juga ada 4 org anak perempuan huhuu lelaki tak adeee....yg sulung 20, 18. 15 dan 11 yg kecik....terima menantu jer laa lelaki nanti hehehhe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. bertambah lagi zuriat penyambung warisan.. Tahniah.. syomelllll!!!

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama20/4/09 9:55 PG

    nurin Qaisara @
    nurin khalilah

    BalasPadam
  6. or maybe nurin natasha. sy suka name tuh. dulu2 ade lar berangan guna nickname tuh.

    BalasPadam
  7. Tahniah....ada 4 anak dara ler skarg yer....serupa lah kita guna nama Nurin untuk anak perempuan.....

    BalasPadam
  8. alhamdulillah... tahniah utk kelahiran bayi ke 4 yg sempurna tu... comel gak...

    BalasPadam
  9. Tahniah. Comel sungguh bayi tuan. Cadangan nye, Nurin Aisyah. Hi hi.

    BalasPadam
  10. Tahniah untuk Azwan sekeluarga.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Tahniah buat anda sefamily. :)
    Seronok dgr org dpt baby girl.
    Sy more boy. Sorg je girl. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  12. tahniah..sebaya ngan anak aku 23 mac'09 - nurunnajah akram tamyes

    BalasPadam
  13. Salam,

    Tahniah Wan. Moga bertambah la rezeki ya...aminn.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...