oleh JAMILUL ANBIA MOHD DENIN
Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Amanmengenal pasti 12 jenis taktik paling popular yang digunakan golonganpenjenayah kolar putih. Dengan jumlah kerugian membabitkan RM16.5 jutasepanjang tahun lalu, Timbalan Pengarah II (JSJK) Bukit Aman, DatukAbdul Razak Ab Ghani, menyifatkan kes jenayah penipuan di Negara inimembimbangkan, manakala taktik penipuan semakin licik dan canggih.
"Saya ber pendapat sikap tamak masyarakat menjadi punca utama gejalapenipuan terancang sukar dibenteras sepenuhnya,Biarpun tahap pendidikan rakyat kita membanggakan, namun kerana wangmereka mudah gelap mata hingga ramai ditipu dengan air liur sahaja.,"katanya.
Dua belas taktik penipuan paling popular sepanjang 2006 adalah sepertiberikut:
1)Taktik: Jual beli tanahJumlah kes: 79Jumlah kerugian: RM4.6 jutaModus operandi:Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnyaberpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkanlebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh.Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuatpembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati gerantanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanahdan tanah ditawarkan itu milik orang lain.
2) Taktik: Bomoh buang sialJumlah kes:120Jumlah kerugian:RM2. 8 jutaModus operandi:Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang danberkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatankhas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama danmangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipuapabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada jugamangsa wanita dicabul dan ditiduri.
3) Taktik:Jual beli keretaJumlah kes:71Jumlah kerugian:RM2. 1 jutaModus operandi:Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikanpinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Merekamenawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa danmenyelesaikan urusan pinjaman dengan bank.Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutanbayaran atau menerima saman lalu lintas.Selepas melakukan pemeriksaan,mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggotasindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.
4) Taktik: Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasiJumlah kes: 45Jumlah kerugian: RM1.6 jutaModus operandi:Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxisyang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.Mangsaditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bankbaru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkansemua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri.Kebanyakkan mangsaadalah penduduk dikawasan kampung.
5) Taktik: Menang hadiah utama loteriJumlah kes:135Jumlah kerugian:RM1. 3 jutaModus operandi:Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnyamereka memenangi hadiah utama loteri enam digit. Anggota sindiket,termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yangbanyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah.Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana merekawarga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan memintabayaran sebanyak RM10, 000.Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauhlebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000.Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemasdengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabilamendapati tiket loteri diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dangam.
6) Taktik: Beli barang runcit dengan cek palsuJumlah kes:63Jumlah kerugian:RM1. 3 jutaModus operandi:Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksadibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaianbesarnya menggunakan cek, dengan alasan mereka syarikat yang harusditibuhkan.Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku,manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.
7)Taktik:Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan KastamJumlah kes:106Jumlah kerugian:RM782, 510Modus operandi:Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,kereta dankomputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya baranglelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau depositsebelum barangan dihantar kemudian. Namun,penghantaran tidak dibuat dananggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.
8)Taktik:Menang peraduan Akademi Fantasia 4 (Af4)Jumlah kes:330Jumlah kerugian:RM700, 000Modus operandi:Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah keranamemenangi hadiah peraduan AF4 sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlumembuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.Mangsamenyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidakdiserahkan.Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataanmengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat.
9)Taktik:Gores dan menangJumlah kes:53Jumlah kerugian:RM281, 334Modus operandi:Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah,kedai atau tempatawam.Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahuihadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai.Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasihanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu.Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urutatau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.
10)taktik:Tawaran pakej haji dan umrahJumlah kes:13Jumlah kerugian: RM264,000Modus operandi:Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikatagensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada hargamurah dan cepat.Namun, selepas mangsa membuat bayaran,pakej ditawarkandidapati tidak wujud.Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersediamemulakan perjalanan.
11)Taktik: Tawaran bantuan kebajikandan rumah kos rendahJumlah kes:45Jumlah kerugian:RM178, 000Modus operandi:Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskinatau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan KebajikanMasyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuankewangan tetap bulanan atau rumah kos rendah pada harga potongan lebih70 peratus. Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wangdidalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran,kononnya deposit pembelian rumah.Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untukkeluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa dimintatunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12)Taktik:Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau MacauJumlah kes:6Jumlah kerugian:RM161, 000Modus operandi:Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunaimencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun,diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepasbayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com