Isnin, April 14, 2008

Dialog Ayam dan Itik

Cuba bayangkan suasana bila ayam dan itik bercakap antara satu sama lain. Begitulah yang berlaku bila apabila ada sesuatu yang hilang dalam komunikasi - kefahaman.Ia berlaku sama pada semua orang. Termasuklah suami-isteri.Macam komunikasi kakak pakdi dan orang gajinya."Bik, masak kobis ye."Si orang gaji kaku. 5 minit. 10 minit. Kaku. Majikan mana yang tidak naik angin. Disuruh masak kobis tapi duduk terpaku."Ini! Masak kobis." (Sambil tunjukkan kobis)"Oo.. ini sayur [disebut dalam loghatnya]."Itulah jugak yang berlaku di semua tempat. Kita tak cuba nak faham, tapi lebih fikir diri kita sahaja. Kalau aku kata A, maka A lah. Peduli apa kalau orang tu faham ALIF.Cuba perhatikan situasi di bawah. A adalah pejuang hak asasi, B adalah seorang Muslim.A: Teruklah JAWI ni. Ni dah langgar kebebasan rakyat Malaysia . Perlu ke operasi cegah maksiat ni? Zalim ni zalim. Pergi pub pun tak boleh. Habis tu semua nak duduk rumah je ke malam-malam?B: Engkau ni, diorang yang kena tangkap tu buat maksiat. Berjoget sana sini. Minum arak. Campur lelaki perempuan.A: Hak dia lah. Kenapa nak campur urusan peribadi? Kerajaan takde hak dalam tentukan moral seseorang.B: Siapa kata? Habis tu maksiat siapa nak cegah?A: Mana boleh!B: Boleh!Dialog A dan B takkan habis. Kerana seorang itu menggunakan panduan "Hak Asasi Manusia", seorang lagi panduan Quran Sunnah. Memang sukar untuk mendapat persetujuan.Kita kena faham, selagi mana Deklarasai Hak Asasi Sedunia tidak bercanggah dengan panduan Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas, maka Muslim boleh guna pakai Deklarasi tersebut. Muslim tidak boleh menggunakan alasan Hak Asasi untuk halalkan benda yang diharamkan Islam. Itu salah.Kalau ikut skop Hak Asasi, memang betul lah cakap si A. Dan si B salah. Tetapi kalau ikutkan skop Islam, A telah salah, B betul. Itu yang kita kena faham. Sebab apabila orang itu telah mengucap Syahadatain, maka sama ada dia suka atau tidak, maka dia perlu bercakap, bertindak mengikut acuan Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas.Masalahnya sekarang masing-masing tidak mahu faham dan tidak berusaha untuk faham. Pejuang Hak Asasi hanya fikirkan "Hak Asasi" mereka sahaja tanpa fikirkan panduan Quran Sunnah Ijma dan Qiyas ini. Sebab itu pakdi kata, kalau bukan Muslim tak mahu ikut tidak mengapa, tetapi untuk Muslim, mereka wajib patuh.Walau begitu, ada kesamaan dalam perbezaan tersebut. Iaitu jangan berlaku zalim. Jadi, dalam isu JAWI dulu, seharusnya isu prosedur, adab dan etika pegawai penguatkuasa yang dipersoalkan. Bukan enakmen tersebut, kerana enakmen tersebut adalah menetapi keperluan amar ma'ruf nahi mungkar seperti dalam ajaran Islam.Islam telah anjurkan dialog untuk saling faham memahami. Umumnya, rakyat Malaysia sendiri sudah maklum isu agama dan kaum tidak boleh semudah-mudahnya dibicarakan tanpa memikirkan sensitiviti orang lain.Atas alasan inilah, pakdi tidak setuju kalau non-Muslim cuba masuk campur urusan dalaman umat Islam. Bukanlah ia bermaksud tidak masuk campur secara total, tapi ada hadnya kalau mahu berbicara, bukan ikut sedap mulut. Kerosakan akan berlaku KALAU pakdi cuba tunjuk pandai dalam agama Kristian, sedangkan bible pun pakdi tak pernah usik. Lalu pakdi pun hantar memorandum atas nama HAK ASASI untuk suruh semua paderi dalam semua mazhab kristian agar boleh dibenarkan berkahwin."Semua Paderi Kristian tidak mengira mazhab mesti dibenarkan berkahwin."Adakah tindakan begini wajar? Ini kalian fikir sendiri. Sudah tentu ada mazhab Kristian yang marah dengan tindakan pakdi sebab cuba masuk campur urusan agama mereka.Jarang manusia nak fikirkan keperluan orang lain. Tetapi hanya dirinya sahaja. Sebab itulah Islam anjurkan kita saling kenal mengenal dan menghormati. Aku faham prinsip kau, kau faham prinsip aku, kita cari titik persamaan.Pakdi tunjukkan seterusnya dialog ayam-itik.A: Islam kata hudud ni patut dikenakan pada non-Muslim.B: Apa ni, boleh ke paksa kami non-Muslim terima hudud? Hormatilah hak kami!A: Ok, kita buat 2 sistem. Satu untuk orang Islam, satu bukan.B: Apa ni, nanti huru hara. Kekal dengan penal code dah lah.A: Mana boleh, orang Islam ada hak untuk dihukum dengan Syariat.B: Huru hara. Atas nama keharmonian, jangan buat hudud. Hudud ni bercanggah dengan hak asasi.A: Mana boleh! Hak Allah itu lebih utama. Jangan duduk atas bumi Allah kalau taknak terima Syariat Allah. Lagipun kami hanya hukum penjenayah, bukan orang yang tak bersalah.B: Gila apa! 2 Sistem tak adil.A: Dah korang taknak terima hudud, kami tak boleh paksa. Kenalah buat 2 sistem.B: Peduli apa, jangan buat!Ini hanyalah CONTOH. Justeru silalah saling faham memahami. Bukan saling salah menyalahkan. Pakdi bukan orang yang pandai dalam agama lain dan hak asasi, sebab itu pakdi tak menulis pasal hukum hakam agama lain dan memperjuangkan hak asasi. Tapi cuba lihat betapa ramai orang bukan Islam cuba cakap pasal hukum itu hukum ini dalam Islam, dan mempertikaikannya, tanpa asas ilmu."Poligami ni tak adil""Tudung ni panas.""Azan ni bising."Tetapi pakdi faham Islam adalah cara hidup yang lengkap. Semua umat Islam wajib hidup mengikut acuan Quran Sunnah Ijma dan Qiyas. Hal ini yang non-Muslim kena faham. Kalau Muslim tidak ikut acuan-acuan ini, maka nerakalah tempat baginya.Kalau tidak mahu menerima Quran Sunnah Ijma Qiyas itu adalah panduan hidup orang Islam, maka memang sukar untuk berbicara mengenai Islam, sebab masing-masing berbicara menggunakan pandangan yang berbeza. Pandangan hak asasi lah, pandangan logik lah, pandangan sosialis lah, dan cuba memaksa orang Islam terima pandangan tersebut. Lalu berterusanlah menjadi ayam dan itik.Sedangkan bagi orang Islam, kita boleh menerima apa sahaja yang baik selagi mana ia tidak bertentangan dengan Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas. Kalau bertentangan, kita kena tinggalkan.Bertanyalah kalau tidak tahu, bukan berlagak pandai.Masalah ini juga berlaku sesama Muslim, khususnya penganut Mazhab yang tidak ada ilmu yang cukup. A bermazhab Hanafi, B bermazhab Syafie.A: Macam mana ni, bapak aku tak nak jadi wali.B: Alah, nikah ajelah. Perlu ke wali?A: Perlulah. Ingat aku tak tahu hukum?B: Mana ada. Kakak aku kahwin sendiri je. Mana guna wali.A: Kau sesat ke?B: Apa tuduh aku sesat ni?Atas sebab inilah as-Syahid Imam Hassan al-Banna kata "Jangan bergaduh dalam perkara khilaf ulama', kena berlapang dada." Kerana perbezaan mazhab ini tidak merentasi perkara dasar, melainkan cabang agama sahaja.Justeru, kita kena fahami orang lain. Si bukan Islam kena faham yang si Muslim wajib dihukum dengan Syariat, dan bukan undang-undang lain. Si Muslim juga kena hormati hak-hak penganut agama lain, dan jangan menghina mereka.Inilah yang Islam anjurkan. Tak tahu bertanya. Berdialog dengan mereka yang lebih tahu. Bukan jadi pandai sendiri. Dan bertanya tu pada semua orang, bukan hanya mereka yang sealiran dengan kita sahaja. Nanti ia sesat lagi menyesatkan. Keadaan yang harmoni menjadi huru-hara.Komunikasi kita yang ada kelompangan seperti ayam itik inilah yang perlu dielakkan.Wallahua'lam.
Sumber by Pakdi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...