Sabtu, April 21, 2012

Video Bob Kuman masih hidup.

Assalamualaikum WBT,

Terkejut dengan BBM dari group mengatakan Bob Kuman dah meninggal hari ni. Terus check twitter search Bob Kuman. Penuh tweet mengatakan Bob Kuman dah meninggal. Terus aku dapatkan pengesahan dari yang berkenaan dan ternyata berita itu palsu. Pada yang memulakannya aku tak tau nak cakap apa kerana Bob Kuman ada pesanan seperti dibawah.

Sila lihat video ini .

Rabu, April 18, 2012

Uban - Syampu pulak yang disalahkan.


Assalamualaikum WBT,

"Eeeyyy.. dah beruban ko ye. Baru 28 tahun" kata si A.
"Eleh ko tu pun dah ada uban jugak tu. Lagi la ko baru 23 tahun" kata si B.
"Ini semua salah syampu la ni. Syampu tak sesuai." kata si C.

Laa.. Kenapa pulak syampu yang disalahkan? Mula la masing risau dan bermula aktiviti mencabut uban ketiga-tiga kawan tadi seperti dibawah ini umpama mencari kutu.


Tapi, kenapa syampu yang disalahkan? Mafhum sebuah hadis,

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Dalam sebuah hadis yang lain pula,

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)

Jadi kita sama-sama renungkan la sendiri. Berapa banyak uban dah kita cabut dah buang semata-mata kerana ingin kelihatan terus muda dan muda. Walhal usia yang berbaki semakin pendek pada hakikatnya. Jangan risau dah mula beruban kerana itu satu peringatan yang sangat baik untuk diri kita.

Syampu takde mengena pun sebab terjadinya uban tu. Tu tanda Allah sayang pada kita. Dan hukum mencabut uban pula mengikut jumhur ulama' adalah makruh. Jadi, biarlah uban itu terus mewarnai rambut kita dan bagi yang wanita, tidak ada yang perlu dimalukan kerana sudah tentu yang muhrim sahaja dapat melihat uban itu.

Khamis, April 12, 2012

7.0 SR Gempa Bumi landa Mexico

Assalamualaikum WBT,

Belum pun reda kisah gempa bumi di Acheh, satu lagi gempa bumi yang boleh diklasifikasikan sebagai kuat melanda Mexico City pagi ini waktu Malaysia.

Namun demikian, belum ada kerosakan dan kecederaan yang dilaporkan. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah dengan serta merta meninggalkan semua perkara yang mengundang kemurkaan Allah dan buat amalan-amalan bagi menarik rahmatNya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, April 11, 2012

Peringatan untuk kita : 3 gempa bumi kuat dalam masa 2 jam.

Seorang ibu menggendong bayinya yang baru berusia tujuh hari di kawasan Baiturrahman, Banda Aceh, Rabu (Tribunnews.com)
Assalamualaikum WBT,

Setelah satu gempa bumi kuat pada 2004 melanda kawasan sama dengan 9.1 SR, hari ini, kawasan tersebut, Acheh digegarkan dengan gempa bumi kurang 0.2 SR iaitu 8.9 SR yang berlaku pada jam 4.38 ptg (waktu Malaysia). Sebanyak 8 gegaran susulan dirakamkan dan sangat mengejutkan kerana gegaran susulan pada kali keenam dan ketujuh merekod bacaan 8.8 SR dan 8.1 SR.

Berikut adalah bacaan-bacaan SR yang dirakamkan.

  1. 4.38 ptg - 8.9 SR
  2. 5.28 ptg - 6.1 SR
  3. 5.48 ptg - 6.2 SR
  4. 6.09 ptg - 6.1 SR
  5. 6.21 ptg - 5.7 SR
  6. 6.43 ptg - 8.8 SR
  7. 6.44 ptg - 8.1 SR
  8. 6.50 ptg - 6.5 SR

Pada awalnya amaran tsunami telah dikeluarkan dan ditarik balik lebih kurang jam 9.30 malam tadi. Namun begitu kita jangan mudah untuk menarik nafas lega kerana tiada ancaman tsunami yang berlaku. Gempa bumi yang terjadi semuanya adalah kehendak Allah yang memberi peringatan demi peringatan kepada kita semua agar terus taat pada segala perintahNya. Mudah-mudahan peringatan ini memberikan kesedaran kepada kita semua agar tidak lalai kerana dunia ini nyata sudah semakin tenat dan sudah semakin hampir ke penghujungnya.

Terkini : Gempa bumi kuat di Acheh (Amaran tsunami dikeluarkan termasuk Malaysia)

Banda Aceh, Indonesia (AP) - Satu amaran tsunami telah dikeluarkan bagi negara-negara di seluruh Lautan Hindi selepas satu gempa bumi besar melanda perairan Indonesia berhampiran Acheh.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa 8,7 skala Richter berpusat 20 batu (33 kilometer) bawah dasar laut di sekitar 269 batu (434kilometer) dari ibu kota wilayah Aceh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata amaran tsunami adalah berkuat kuasa bagi Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar,Thailand, Maldives dan lain-lain pulau-pulau Lautan India, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan dan Singapura.

Amaran tsunami bermakna terdapat potensi untuk tsunami berlaku dan ianya akan terjadi ataupun tidak terjadi hanya dengan izin Allah. Amaran awal tsunami telah dikeluarkan untuk bandar-bandar di sepanjang pantai pulau Sumatera.

Gegaran itu dirasai di Singapura, Thailand, Bangladesh, Malaysia dan India. Pangsapuri bertingkat tinggi dan pejabat-pejabat di pantai barat Malaysia bergegar selama sekurang-kurangnya satu minit.

Suatu gegaran gergasi 9.1 magnitud gempa bumi pada 26 Disember, 2004, mencetuskan tsunami di Lautan India yang mengorbankan 230,000 orang, hampir tiga suku daripada mereka di Aceh. Semoga Allah beri keselamatan pada mereka semua.


Sumber : Reuters

Isnin, April 09, 2012

Kenaboi 4X4 Off-Road Challenge


Assalamualaikum WBT,

Semalam setelah sekian lama tak berOff-Road, D'Harung 4X4 Adventure Team sekali lagi meredah trek hutan di Kenaboi. Walaupun laluan ini sudah sebati dengan team kami namun yang membuatkan kami menyukainya kerana setiap kali kami kesini pasti akan menempuh pengalaman yang berbeza-beza.

Kali ini bermula dari start point off-road hingga ke perkampungan orang Asli berhampiran Kenaboi kami mengambil masa 10 jam. Banyak perubahan dilaluan yang semakin mencabar. Dan disetiap halangan yang kami tempuh 'winch' sudah pasti digunakan. 

4 buah 4WD yang turut serta beserta 13 krew. Cabaran utama dilaluan ini ialah pokok buluh yang melintang menghalang laluan. Tebing sungai yang pecah turut menjadi cabaran utama buat kami. Walaupun kepenatan namun kami semua sangat berpuashati kerana dapat laluan yang sungguh mencabar buat kali ini hingga 2 kereta terpaksa dibantu kerana sudah terlalu hampir dengan tebing gaung yang sangat tinggi.

Antara aksi video yang sempat dirakamkan boleh dilihat DISINI bertajuk Kenaboi Offroad Challenge. Antara gambar-gambar yang sempat dirakam juga boleh dilihat DISINI
Video yang dipaparkan dibawah ini ialah antara aksi saya yang dirakam kawan-kawan.


Sabtu, April 07, 2012

Out of Service.


Assalamualaikum WBT,

Biasa terlihat perkataan ini di mesin ATM?
Apa perasaan anda terlihat perkataan ini yang tertera saat anda sangat memerlukannya?

Untuk mengeluarkan wang mungkin boleh cari bank yang lain. Kerana meps memudahkan urusan anda untuk mengeluarkan wang tak kira di mana-mana mesin ATM pun. Akan tetapi bagaimana pula jika ianya berlaku di CDM (Cash Deposit Machine)?

Inilah yang masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan pengguna CDM termasuk saya. Kalau bank tu letaknya sebelah rumah mungkin tak jadi isu. Ini dah la jauh. Meredah banyak lampu isyarat akhirnya tiba disambut dengan OUT OF SERVICE. Rasa nak hempas pun ada. Jadi, bila ada peminjam yang terlewat menjelaskan ansuran bulanan mereka, jangan pula sibuk nak telefon tak kira waktu. Padahal mereka dah datang ke bank yang ada sediakan kemudahan CDM tetapi tak boleh nak masukkan duit.

Begitu juga jika ada peminjam yang terkurang bayar jangan sibuk-sibuk nak hantar surat bagai. Kadangkala ada peminjam yang dah berlebih-lebih nak bayar, tapi CDM tu 'lorat' semacam tak mahu menerima beberapa keping wang yang sama. Nak masuk RM1000 dah jadi RM850 sebab 3 keping wang RM50 tak diterima padahal baru je keluar dari ATM mesin bank sama.

Jadi, bila ada orang dari bank call, kita jawab elok-elok.

  1. Saya dah pergi bank. Tapi mesin CDM Out Of Service. Saya nak buat camne lagi. Nanti suruh bank letak CDM kat setiap lorong taman perumahan ye. 
  2. Saya masukkan duit berlebih-lebih. Bukan duit rupiah. Tapi mesin awak yang tak mahu terima. Saya nak buat macammana. Kita bayar dia yang tolak.

Huh! Banyak masalah CDM ni. Dan minta sangatlah bank-bank berkenaan bantu kami agar masalah ini tidak terlalu kerap berlaku. Kami bukan guna air di kereta kami untuk berulang alik ke bank. Kami juga bukan selalu 'free' asik nak pergi ke bank je. Jadi bantulah kami. Jangan pula kata online banking kan ada... Abis, nak masukkan duit bagi membolehkan untuk buat transaksi melalui online tu melalui CPU ke?

Jumaat, April 06, 2012

Foto Panas di Facebook


Assalamualaikum WBT,

Adakah anda tahu apa saja yang anda baca dan lihat melalui Facebook akan diketahui oleh orang lain. Namun sangat mendukacitakan jika perkara tersebut adalah sesuatu yang agak sensasi dan sememangnya dicari oleh ramai pengguna di laman cyber ini.

Lebih mendukacitakan jika yang berminat untuk mengambil tahu kisah sensasi seperti di atas datangnya dari mereka yang meletakkan gambar profil mereka dengan berkopiah. Lelaki yang sentiasa berkopiah putih sudah pastinya mempunyai akhlak yang baik dan tidak akan terpengaruh untuk mengetahui cerita-cerita seperti diatas.

Bukan maksud saya orang tidak berkopiah boleh melihat dan membaca cerita-cerita yang disertakan gambar lucah begitu. Tetapi bila orang lihat seorang lelaki dengan berkopiah putih sudah tentu akan menjadi satu contoh untuk diikuti oleh orang lain. Kopiah yang lekat dikepala adalah satu benteng kepada diri untuk melakukan sesuatu yang tidak manis.

Tidak bermaksud juga ingin mencari kesalahan orang lain, tetapi sebagai seorang Islam sudah tentu orang Islam yang lain adalah saudara saya. Dan sebagai saudara tanggungjawab tegur menegur itu adalah satu perkara yang dituntut. Saya tahu dan sedar ramai yang tak selesa dan akan berkata "Dia ni suka cari kesalahan orang je". Jika perkara dah tertera didepan mata takkan kita nak diamkan sahaja. Dan saya sangat suka jika saya melakukan kesilapan orang menegur saya. Bukan nak suruh orang lain jadi hipokrit tapi tak perlulah perbuatan kita itu ditonton oleh orang lain.

Berhati-hatilah dalam melayari dunia cyber ini. Ini kerana ada suara-suara nakal yang suka berkata "Alah..pakai je tudung labuh. Perangai lagi teruk dari kita". "Eleh.. berkopiah je lebih..." Yang berkata pula adalah saudara seIslamnya sendiri. Maka jadilah Islam itu terus bersengketa dan prinsip persaudaraan terus terhakis. Semoga Allah SWT lindungi kita dan sentiasa memperbetulkan amal perbuatan kita.

EXCO Selangor kena tumbuk?

Assalamualaikum WBT,

Baru mendapat maklumat dari seorang rakan, ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah ditumbuk oleh seorang lelaki pagi tadi.

Adui.. Biar betul? Kalau betul, mana pegi bodyguard2 Exco tu? Takkan tengok je bos kena tumbuk.

Maklumat lanjut kita tunggu sama-sama.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lelaki yang berhati mulia, namun....

Assalamualaikum WBT,

Seorang lelaki sanggup berhenti dalam keadaan hujan lebat bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Elite Highway petang semalam.

Sikap prihatin lelaki yang berhati mulia ini akhirnya telah mengakibatkan dirinya mengalami satu detik yang boleh meragut nyawanya sendiri dan kini dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di Hospital Putrajaya. Petir telah menyambar sewaktu dia sedang menelefon pihak berwajib untuk meminta bantuan.

Ikuti kisah penuhnya di Ondscene.my

Sebagai insan yang mempunyai hati dan perasaan marilah kita sama-sama membantu lelaki yang berhati mulia ini. Buat rakan-rakan yang tinggal di sekitar Putrajaya boleh hadirkan diri ke Hospital Putrajaya dan hulurkan sumbangan ikhlas anda bagi meringankan beban lelaki yang berhati mulia ini.

Isnin, April 02, 2012

Lap pakai tisu sahaja


Assalamualaikum WBT,

Cantik dan kelihatan menarik tandas di atas. Sangat selesa jika ingin melepaskan 'hajat'. Namun begitu ada sesuatu yang kurang disitu. Apa agaknya ye....

Ya.. Untuk urusan membuang segala sisa yang ada dalam usus mungkin sudah selesai. Tetapi untuk menyucikan diri dari bekas-bekas yang masih tersisa di anggota yang sering menjadi perhatian ini, bagaimana pula jika tiada paip air disitu. Tak kelihatan kepala paip yang memungkinkan air akan keluar dari dalam mangkuk tandas apetah lagi saluran getah paip (orang jawa panggil tolerr). Jadi apa cara nak membersihkan sisa tersebut. Lap pakai tisu sahaja la kot sebagai jalan penyelesaiannya.

Sanggupkah kita?

Sejak dari dilahirkan sehinggalah kita pandai 'mencebok' sendiri, air bersih menjadi sumber utama bagi tujuan untuk 'bercebok'. Kini kita 'diajar' pula untuk 'bercebok' dengan menggunakan tisu sahaja.

Benarkah begitu?

Inilah masalah yang saya hadapi di dua kompleks membeli belah yang terdapat di Kuala Lumpur. Mujur saya tidak terlalu darurat untuk menunaikan 'hajat' dan setelah mendapati tiada sumber air disitu saya tahankan dulu sebelum bertemu dengan pam minyak berdekatan. Walaupun tandas di pam minyak tidak sewangi dan seselesa seperti dalam tandas di mall tadi, namun sumber air yang terdapat didalamnya membuatkan saya berasa sangat selesa untuk melepaskan 'hajat' yang terpendam.

Kini saya terfikir, bagaimana keadaan saudara seagama saya yang bekerja dalam bangunan mall tersebut yang sudah pasti akan menggunakan tandas di bangunan itu untuk melepaskan 'hajat'nya.

Ahad, April 01, 2012

Kelebihan Twitter


Assalamualaikum WBT,

Ramai rakan saya mempunyai akaun twitter. Walaupun dah 2-3 tahun mempunyai akaun twitter, kebanyakkan dari mereka bertweet tidak lebih dari 10 kali. Namun, tak kurang hebat bila ada yang baru membuka akaun twitter dalam tempoh 3 bulan tapi sudah bertweet lebih dari 5000 kali.

Twitter Vs Facebook. Bagi saya keduanya ada kelebihan tersendiri. Rasanya tak perlu saya terangkan kelebihan Facebook kerana saya percaya anda semua sudah mempunyai akaun Facebook masing-masing dan saya percaya juga dalam setiap 100 pembaca catatan ini tidak lebih dari 30 orang mempunyai akaun twitter dan tak lebih 15 yang betul2 aktif.

Apa itu twitter?


Twitter adalah social networking dan microblogging yang membolehkan pengguna untuk menghantar dan membaca mesej yang dikenali sebagai tweet melalui timeline.Tweet adalah pesanan ringkas dan hanya boleh ditulis sehingga 140 huruf (character) dan dipaparkan di timeline seterusnya dihantar secara automatik kepada semua rangkaian yang telah dihubungkan kepada anda yang dikenali sebagai follower. 

Jadi secara jelasnya Twitter ni sama macam menghantar apa juga pesanan secara ringkas dan  boleh dibaca terus oleh sesiapa yang mengikuti akaun kita dan juga sesiapa juga yang mencari setiap patah ayat yang terkandung dalam pesanan kita. 

Ini bermakna twitter adalah satu medium carian terpantas dan terkini yang sememangnya sangat berguna pada kita. Sebagai contoh sewaktu kecoh KLCC dikatakan terbakar, saya hanya perlu pergi pada ruangan search dan type KLCC dan saya akan lihat ramai yang bertweet perihal KLCC yang dikatakan terbakar itu. Akhirnya saya telah jumpa satu tweet maklumat yang tepat beserta gambar dimana bukan KLCC yang terbakar, tetapi sebuah Restoran dalam Suria KLCC telah terbakar.

Bukan itu sahaja. Apa jua yang kita kehendaki akan dipaparkan. Sebagai contoh lagi, semalam sepatutnya saya ke Alamanda untuk mencari barang. Sebelum pergi saya buka akaun twitter dan type perkataan Alamanda. Hasilnya saya melihat Farah Fauzana telah tweet yang dia akan ke Alamanda. Jadi, saya terus membatalkan hasrat saya ke Alamanda kerana saya pasti akan berlaku kesesakan dan sukar nak cari tempat letak kereta. 

Mari kita lihat contoh bergambar.

Saya menaip perkataan Arsenal diruangan search

Inilah hasil yang keluar. Sedih bila dapat tahu RVP injured wooo.
Itulah kelebihannya twitter. Walaupun orang yang memasukkan maklumat itu tidak pernah saya follow dan dia juga tidak follow saya tetapi saya telah mendapat info tentang Arsenal dari tweet yang dibuat olehnya. Twitter juga satu sistem penyebaran maklumat yang paling cepat hingga boleh menjangkau ke 1,000,000 keatas pengguna twitter lain hanya dengan meRetweet (RT) tweet asal yang dibuat oleh kita. Sebagai contoh, saya hanya mempunyai 150 followers. Farah Fauzana ada 200,000 followers. Saya pernah tweet kepada Farah Fauzana mohon utk RT maklumat sebuah kereta hilang dan Farah Fauzana telah RT info saya dan maklumat tersebut telah sampai kepada 200,150 orang. Dan dalam masa sama jika 200,150 org ini turut RT info tersebut tak mustahil 1,000,000 orang dapat info sama dalam masa yang cukup ringkas. Tak macam Facebook yang mana dah 2-3 hari baru sampai kat kita.

Huh! Bukan main panjang lebar lak. 

Trending di Facebook juga akan mengetahui topik apa yang sedang hangat diperkatakan. 


Begitu juga dengan hashtag # yang dibuat. Kita hanya perlu menaip # yang berkenaan dan kita akan melihat semua orang yang sedang bertweet dgn meletakkan # yang sama.


Jadi, pada yang belum ada akaun twitter, silalah buka akaun twitter anda sekarang. Pada yang sudah ada aktif-aktifkan diri anda. Jika anda ingin mencari saya di twitter search saja azwandengkil dan anda sudah boleh follow saya jika anda mahu. Untuk memudahkan kita berinteraksi dan mendapat maklumbalas yang cepat dari Menteri, Wakil Rakyat mahupun Kerabat Diraja, Twitter lah jawapannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...