Ahad, Oktober 30, 2011
Sg Klah Hot Springs
Dah agak lama juga dengar nama tempat ni. Baru semalam berkesempatan ke situ. Itu pun kerana ada rombongan yang dianjurkan oleh tabika anak saya.
Perjalanan 2 jam dari Dengkil dengan menaiki kereta, exit di tol Sungkai, Perak kemudian selepas tol belok ke kiri dan terus mengikut papan tanda yang tersedia, maka sampailah ke tempat yang terletak di tanah Felda ini.
Ternyata satu perjalanan yang berbaloi kerana tempat tersebut agak menarik. Jauh dari hiruk pikuk kota dan bebas dari segala macam pencemaran, ianya adalah satu destinasi yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga.
Terdapat kolam air dari gunung dan kolam air panas disini. Sebuah kolam untuk kanak-kanak yang agak besar dan mempunyai gelongsor air yang juga sesuai untuk orang dewasa. Bukan setakat itu, pilihan utk bersantai bersama keluarga dalam kolam air panas juga terdapat banyak pilihan. Dengan suhu antara 30 hingga 35 darjah celcius. Malah terdapat satu kolam air panas yg agak besar dan sesuai untuk berenang.
Saya sangat mengesyorkan tempat ini kerana ianya sesuai utk seisi keluarga. Semua kemudahan termasuk surau ada disediakan dan ianya berada dalam keadaan yang cukup baik. Harga tiket untuk dewasa RM10 dan kanak2 (3-11 thn) RM8 bagi saya sungguh berpatutan dan yang menariknya, bukan seperti taman tema air biasa, anda bebas untuk membawa bekal makanan disini. Bagi yang ingin bermalam, ada bilik hotel dan villa yang bertaraf 3 bintang siap untuk diduduki.
Insya Allah saya akan berkunjung lagi kesini jika diizinkan dan saya sangat mengesyorkan jika anda semua ingin bersantai bersama keluarga disini.
Sabtu, Oktober 29, 2011
Ribut Melanda Dengkil
Satu suasana yang belum pernah berlaku kini telah berlaku. Satu ribut yang berlaku sekelip mata telah menerbangkan atap rumah dan meranapkan sebuah pondok bas siang tadi.
Ini semuanya kehendak Allah SWT. Allah telah mengeluarkan peringatan yang paling jelas kepada saya dan seluruh warga Dengkil khususnya, yg selama ini hanya melihat dan mendengar musibah yang menimpa dari jauh. Kini perkara tersebut terjadi didepan mata.
Setelah saya bersama rombongan ADUN Dengkil meninjau seluruh rumah yang terlibat, terdapat 12 buah rumah yang mengalami kerosakan minor dibahagian bumbung dan sebuah rumah mengalami kerosakan dibahagian garaj. Sebuah kenderaan ditimpa pokok dan sebuah lagi kenderaan kemek ditimpa atap yang terbang.
Insya Allah, segala kerosakan yang berlaku akan segera dibaiki dan ucapan terima kasih kepada kedua-dua wakil rakyat, Ahli Parlimen Sepang dan ADUN Dengkil atas sumbangan yang diberikan dalam masa yang begitu cepat. Semoga mangsa yang terlibat bersabar dan saya serta seluruh penduduk kampung amnya harus segera bermuhasabah atas perkara ini.
Jumaat, Oktober 28, 2011
Kerana RM50 laman web FAM di Hack.
Khamis, Oktober 27, 2011
HIMPUN & Gila Politik
Selepas HIMPUN berlalu, saya baca banyak komen mengenainya. Ada yang jujur memuji dan ada yang jujur menyindir. Kepada yang memuji saya ingin katakan bahawa HIMPUN hanya satu permulaan. Banyak lagi langkah yang perlu diusahakan bagi menyelamatkan jatidiri umat daripada terus dicairkan dan dileburkan oleh arus liberal. Segala usaha itu memerlukan komitmen semua. Harapan saya ialah semoga anda tidak hanya jujur memuji, malah jujur dalam berjanji dan sanggup berjuang bersama sehingga ke penghujung nyawa. Jangan menghilangkan diri di pertengahan jalan.
Kepada yang menyindir, "tahniah" saya ucapkan kerana anda terpilih dalam kelompok ramai yang membentuk fenomena "pasukan sorak". Macam-macam bunyi boleh didengar. Entah apa-apa. Walaupun tiada kelayakan tertentu untuk direkrut jadi "pasukan sorak", tidak perlu ijazah dan sebagainya, tidak semua orang yang pandai bersorak, sama ada untuk menaikkan semangat pasukan sendiri mahupun melemahkan semangat pasukan lawan. Begitupun, pemain-pemain dipesan supaya mempunyai ketahanan mental yang tinggi, kerana perlawanan sebenarnya di dalam gelanggang, bukan di belakang garisan gol. Anda mesti kenal siapa lawan anda yang sebenarnya. Jangan hiraukan lolongan orang-orang di tepian itu. Biarkan saja mereka dengan kenakalan mereka yang melucukan.
Bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada para pemimpin di luar sana agar didiklah sikit anak-anak buah agar bersopan dalam berkata-kata dan memberi komen dalam media alternatif. Membiarkan mereka melemparkan kata-kata kesat, kasar dan kerap juga lucah hanya merendahkan martabat organisasi yang mereka sokong. Tetapi nilai itu hanya pada pandangan orang yang bermaruah sahaja. Orang yang tidak bermaruah, tidak kisah.
Pandangan yang menyeluruh terhadap sesuatu permasalahan dan kekal mengambil kira pandangan keseluruhan itu ketika menangani sesuatu isu adalah amat penting.
Kita semua bukan seperti orang buta yang mahu mengenal rupa bentuk gajah. Tetapi sayangnya apabila tiba masa beraksi, kita seolah-olah menyimpulkan bahawa gajah hanya berbentuk seperti sebatang tiang sahaja. Kalau ada orang yang mengatakan gajah seperti dinding, maka kita melenting mengatakan tidak betul. Sedangkan kita semua celik dan tahu rupa bentuk gajah yang sebenarnya. Pelik, tapi benar.
Ramai orang tahu bahawa permasalahan umat Islam hari ini terlalu banyak, bercabang-cabang, meliputi soal politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang, sosial, kejiwaan, kekeluargaan dan lain-lain. Selain penyakit-penyakit itu, umat Islam juga mengalami serangan pemikiran dari luar (Barat) dan dari dalam akibat kejahilan yang melata tentang hakikat agama ini. Merawat salah satu fenomena penyakit ini dan melawan salah satu serangan itu, tidak mencukupi. Ini pandangan secara menyeluruh.
Tetapi yang menyedihkan kebanyakan pemimpin umat Islam di negara kita, dan diikuti oleh pengikut-pengikut mereka, beraksi tidak menurut pandangan yang menyeluruh itu. Setiap isu, setiap insan, setiap pihak, bahkan warna sekalipun, mesti dikategorikan sama ada bersama ataupun menentang. Antara dua itu saja. Ramai juga yang terpengaruh dengan logik George W. Bush. Jadilah macam orang-orang buta yang bertelagah mengenai rupa bentuk gajah. Sedangkan semuanya betul belaka.
Pemikiran sempit ini sudah sampai ke tahap yang berbahaya. Mereka menganggap perjuangan ini ibarat sebuah perlawanan bola dalam gelanggang dengan ditontoni ribuan penyokong. Dalam minda penyokong dan pemain hanya ada satu istilah; kalahkan, kalahkan, kalahkan. Kalau kita kalah lagi, kita akan lawan semula, sampai menang. Kalau kita menang nanti, mereka pula akan berusaha mengalahkan kita. Begitulah adat permainan. Sudah jadi macam perseteruan antara Manchester United dengan Manchester City pula. Kalau orang England gila bola, orang Melayu kita gila politik. Adakah jika orang England dikatakan agamanya ialah bola, maka kita mahu dikatakan agama kita ialah politik? Mohon perlindungan Allah.
Nukilan,
Ustaz Mohd Hazizi bin Abdul Rahman,
Ketua Biro Latihan Kepimpinan,
Ikatan Muslimin Malaysia
Sent from Blackberry device
Rabu, Oktober 26, 2011
Ahad, Oktober 23, 2011
Video Ngeri Kemalangan Maut Moto GP Sepang
Pelumba dari Itali, Marco Simoncelli maut dalam kemalangan sewaktu pelumbaan Moto GP di Sepang hari ini. Saksikan video pelanggaran tersebut sebelum di ban oleh Youtube.
Khamis, Oktober 20, 2011
Surat Cinta Budak Darjah 1
Surat tulisan budak darjah 3 masa kini. Moga Allah pelihara anak-anakku dari perkara sebegini.
Selasa, Oktober 11, 2011
Surat Kepada Menteri Penerangan Komunikasi & Kebudayaan.
YB Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Lambakan filem dan drama seram yang satu ketika dulu pernah diharamkan penayangannya dan kini setelah kembali 'dihalalkan' agaknya, penerbit drama dan filem berlumba-lumba mengeluarkan modal bagi menghasilkan cerita bercorak seram. Tak kiralah seram serius mahupun seram komedi. Yang penting ada tema seram.
Hasilnya, anak saya yang berusia 5 tahun kini jadi terlalu penakut untuk ke tandas. Bukan kerana dia melihat cerita sebegitu kerana anak-anak saya dikawal oleh mama mereka apabila ingin menonton televisyen. Tetapi saban hari mendengar cerita-cerita tentang apa yang ditonton oleh kawan-kawannya di tadika. Huh! Itu baru mendengar cerita. Bagaimana agaknya jika dia sendiri yang menonton.
Tahap penakutnya bukan setakat nak ke tandas, disuruh masuk ke dalam bilik yang tidak dipasangkan lampu (tapi masih terang ada cahaya luar) untuk mengambil barang, sedangkan saya hanya berada diluar bilik pun dia tak berani. Terbaru, sejak dari bulan puasa cikgunya dah bagitau nak buat rombongan ke Sungai Klah Hot Spring hujung bulan ini. Maka dia pun beria-ia nak pergi. Semalam dia mengubah fikirannya dan berkata, "Kita tak payah pergilah ayah. Jimat duit ayah". Dan saya pun jadi hairan. Bila ditanya mamanya dia menceritakan yang kawannya bagitau dekat kolam mandi tu ada tangan ghaib akan tarik kaki budak-budak masuk tempat dalam. Bila disiasat rupanya kawannya itu tidak pergi dan mungkin ibu atau bapanya telah menakut-nakutkannya dengan bercerita hal sebegitu.
Alahai.... Ada juga kes mak bapak yang agak senteng fikirannya dengan menakut-nakutkan anak sebegitu. Kenapalah minda anak-anak yang masih kecil ini perlu disogokkan dengan perkara-perkara sebegini. Penggiat filem dan drama tempatan, dah takde cerita lain ke? Dan yang paling penting, kementerian yang bertanggungjawab meng'halal'kan semula cerita-cerita sebegini yang banyak merosakkan minda dan secara peribadi saya tak nampak apa pun kebaikannya. Kenapa dulu tak boleh sekarang dah boleh yang kerananya anak saya dulu berani kini jadi penakut.
Jangan pula nanti disebabkan ini orang terus membenci dan tidak percaya lagi dengan kerajaan sedia ada kerana pendirian yang tidak tetap ini. Sebab orang akan kata, hari ni janji A, tak mustahil esok akan bagi yang B. Jadi, timbang-timbanglah untuk mengharamkan semula cerita-cerita sebegini.
Sekian. Terima Kasih.
Isnin, Oktober 10, 2011
Berhati-hati dengan apa yang kita makan, pakai dan guna
Kita juga telah tergempar baru-baru ini dengan hadirnya DNA babi di dalam produk Mentega. Dah berpuluh tahun lamanya, hanya baru ini sahaja kita sedar setelah berkoyan masuk badan.
Kita juga ketahui bahawa sarapan kesihatan kanak-kanak yang giat dicanang oleh beberapa pengusaha makanan juga mempunyai kandungan GULA YANG AMAT TINGGI. Hanya baru-baru ini sahaja kerajaan menyiarkan tindakan dan pemantauan terhadap pemakanan anak-anak di sekolah supaya tidak boyak (obese). Selain daripada BOYAK, akibat gula cukup banyak - termasuklah hiperaktif, diabetes, sakit kulit, gangguan hormon dan banyak lagi.
Ia memaparkan bahawa RAMAI PENGUSAHA masih tidak ambil peduli dengan produk yang mereka offer pada kita dan kesannya. Yang penting untung. ... untung.... untung.
Oleh itu, kita sendiri yang perlu menyusun keperluan keluarga dengan lebih bertanggungjawab.
Walaupun kita berniat baik di dalam pemberian kepada ahli keluarga, kita perlu perihatin dan ketahui apa yang masuk ke dalam badan, apa yang dipakai dan apa yang diguna setiap.
Agar ahli keluarga kita dapat sejahtera seumur hidup dan mendoakan kita setelah pemergian.
Sumber : manntrexe@yahoo.com
Sabtu, Oktober 08, 2011
Lelaki 'Iblis' liwat bayi sendiri berusia 23 hari
Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari dirumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, kelmarin.
Astaghfirullahhal'azim....
Nilai kemanusiaan semakin tiada. Apabila usaha atas iman ditinggalkan, semakin banyak perkara-perkara pelik menimpa umat ini. Semua orang rasa marah bercampur sedih atas perkara tersebut. Tetapi apa tindakannya? Tidak mustahil bayi yang lahir hasil persetubuhan haram, manusia lebih sewenang-wenangnya melakukan sesuatu yang diluar norma manusia kerana bapa sendiri pun sanggup bertindak lebih buas dari binatang terhadap anaknya.
Kenapa?
Masalah iman. Bila iman tidak diusahakan dan hanya sekadar berpuashati dengan tahap iman dan amal ibadat yang ada, inilah akibatnya. Siapa yang perlu buat usaha atas iman? Jawapan ialah semua umat Muhammad SAW tidak terkecuali seorang pun. Kerana dengan iman, semua masalah baik kecil mahupun besar ada jalan penyelesaiannya.
Bagaimana usaha atas iman?
Banyak bercakap tentang Allah, kisah2 Nabi, tentang akhirat, dan banyak ingat mengingati antara satu sama lain. Serta banyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu dan cintakan untuk amal sunnah Rasulullah SAW. Jika ini berlaku maka, manusia akan cinta dan rindu untuk beramal, benci melakukan dosa, tidak bertuankan nafsu dan bangkit menentang maksiat serta kezaliman.
Inilah jalan penyelesaiannya. Umat Islam hari ini perlu kembali bersatu merapatkan saf bergotong royong untuk mengusahakan perkara berikut hidup disetiap rumah Allah dan setiap rumah :-
1) Dakwah
2) Taklim
3) Ibadat
4) Khidmat
Semoga Allah SWT beri kefahaman dan kekuatan kepada kita semua untuk kita amal dan sampaikan pada orang lain.
Sent from Blackberry device
Khamis, Oktober 06, 2011
CINTA & KENTUT
CINTA dan KENTUT tidak boleh ditahan, keduanya boleh menjadi lega bila terlaksana.
CINTA tertahan = Sengsara,
KENTUT ditahan = Menderita
Kalau CINTA dan KENTUT keras bersuara, tentu perasaan kita lega.
CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.
CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.
CINTA itu halus, KENTUT itu virus.
CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang,
KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.
CINTA bagi kebanyakan orang muda, "Ahhh, CINTA monyet…!"
KENTUT didepan banyak orang, "Sialan, monyet lu…!"
CINTA dan KENTUT sama-sama sering dicari:
Kalau sudah CINTA: "Dimana engkau duhai kekasih?"
Kalau sudah KENTUT: "Siapa nih yang KENTUT? Hayoo, ngaku ar…?!!!"
CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.
CINTA menyatukan persepsi,
KENTUT menyatukan emosi...
Kentut pon wangi time bercinta kan?? hahaha! Selamat kentut.
Sent from Blackberry device
Rabu, Oktober 05, 2011
Selasa, Oktober 04, 2011
Apa yang tak kena dengan billboard ini?
Isnin, Oktober 03, 2011
Harga Terkini Homestay Dengkil.
Ahad, Oktober 02, 2011
Dedah aurat dorong wanita jadi perosak rumahtangga
Tajuknya agak keras, namun inilah hakikatnya dan saya petik artikel ini dari penulisan Ustaz Zahazan di Berita Harian. Marilah kita berlapang dada membacanya dan semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayah kepada kita semua.
Ibadah seperti solat dan puasa Ramadhan adalah wajib. Begitu juga menutup aurat. Menurut Syeikh Mutawalli as-Sya'rawi dalam kitab beliau Anta Tas'al wal Islamu Yujiib iaitu: "Ada sebahagian wanita Muslimah yang menganggap pakaian menutup aurat mengekang kebebasannya dalam berdandan, bahkan dalam pergaulannya".
Sebenarnya banyak hikmah disebalik perintah menutup aurat. Sebagai contoh, bertujuan melindungi dan memelihara diri mereka ketika memasuki usia tua. Tanda usia tua bagi wanita iaitu berhentinya haid (menopaus).
Ketika itu kecantikan wanita beransur pudar, tubuh tidak lagi padat dan kulit mula kendur. Ketika ini wanita banyak merenung dan berasa putus asa kerana tidak lagi mampu melakukan hubungan seksual secara optimum untuk memuaskan keperluan suami.
Dia memerlukan kesetiaan, pengertian dan kasih sayang suami. Islam dengan ajaran yg sempurna melindungi diri & memelihara tubuhnya yg tidak lagi cantik dan menarik dengan mencipta kebahagiaan dan ketenteraman bagi rumah tangga.
Seseorang gadis perlu menyedari dia tidak dapat mempertahankan kecantikan dan daya tarikannya. Jika suaminya keluar rumah dan melihat ramai wanita muda cantik dan berdandan menarik dengan mempamerkan rambut, lengan dan betis yang menawan, pasti suami tergoda dan membandingkan dengan isterinya yang tua di rumah.
Setiap hari suami melihat keadaan itu dan setiap kali itulah dia membandingkan dengan isterinya di rumah. Keadaan ini membuatkan cinta terhadap isteri makin berkurang kerana perwatakkannya itu selalu menggoda nafsu seksnya. Ini menyebabkan kurangnya keharmonian keluarga, serta cinta dan kasih sayang semakin pudar.
Justeru, Islam melarang wanitanya terutama yang masih muda untuk mempamerkan kecantikan dan keindahan tubuh agar dia dilindungi daripada perbuatan wanita muda lain yg akan mengganggu rumahtangganya.
Wanita cantik yg selalu mengganggu lelaki dan disukai ramai pemuda, kelak tiba masanya banyak lelaki membencinya. Tidak ada lagi lelaki yang memandangnya, bahkan mereka akan menjauhinya sambil mencemuhnya.
Kesimpulannya, wanita yg tidak menutup aurat menjadi pendorong berlakunya kerosakan rumahtangga orang lain. Oleh sebab itu, kembalilah kepada Islam yang sebenar. Tutuplah aurat dengan sempurna agar kesejahteraan umat terjaga dan terjamin serta diredhai oleh Allah SWT.
Wallahua'lam.
Sent from Blackberry device



