Isnin, Februari 28, 2011

Cikgu Cabul Sebelum Rotan?


Assalamualaikum WBT,

Membaca berita yang agak hangat di Harian Metro membuatkan saya menggelengkan kepala. Seorang guru, pendidik kepada pelajar-pelajarnya sanggup mencabul anak-anak didiknya. Walaupun jauh berbeza dengan Haruan Makan Anak seperti yang pernah saya utarakan, namun kes ini perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan kredibiliti seorang guru.

Namun terdetik juga difikiran, 12 orang pelajar perempuan dicabuli oleh seorang guru lelaki. 12 lawan 1. Budak sekolah menengah pulak tu. Kenapa membiarkan diri dicabul seorang demi seorang tanpa rasa ingin melawan pada ketika itu. Suka saya memetik petikan dari Cikgu Intan, "Dah tahu guru tu meraba kamu, seluk sana seluk sini, apa kata MELAWAN. Bagi penampar sedas, penerajang sebiji...itu baru dinamakan mempertahankan diri. Ini tidak, pi tadah badan, memang la...gediks juga tu....Lemah sangat ke 12 orang ni? ha??? Pelik!" .

Masuk akal juga apa yang diperkatakan. Mungkin juga murid-murid ini telah berkonspirasi sesama sendiri untuk mengenakan guru ini. 12 lawan 1. Sudah tentu 12 yang menang berbanding 1. Namun tidak perlu kita ulas perkara ini dengan panjang lebar dan perkara ini juga telah menjadi kes polis.

Jika benar kejadian ini berlaku adalah satu perkara yang sangat memalukan. Namun begitu janganlah disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga pula. Kerana dalam setandan pisang tidak mustahil akan ada satu dua yang rosak. Guru, harus terus dihormati. Kerana mereka ibarat ibubapa kedua kepada anak-anak kita. Hal ini telah saya jelaskan di sini. Jika benar guru tersebut mencabul dan mengambil kesempatan atas muridnya, hukumlah dengan seadilnya agar jadi pengajaran kepada yang lain.

Ahad, Februari 27, 2011

Tupai-tupai


Assalamualaikum WBT,

Semalam bawa family makan steamboat di Restoran Tupai-Tupai K.Lumpur. Dah ada 3 cawangan dah Tupai Tupai ni. Yang aku tau memang ada satu kat Bangi. Kini dia dah buka satu lagi cawangan di Seksyen 13, Shah Alam.

Ada yang bagitau kat Bangi pun best. Tapi sejak aku 'jatuh cinta' dengan steamboat kat restoran ni, kalau rasa nak makan steamboat aku akan kesini. Kira setia pada yang satu la aku ni. Hehehe. Kalau nak dibandingkan dengan Restoran Nelayan Titiwangsa memang kalau ada orang ajak aku kesana nak belanja pun aku fikir 2-3 kali dulu. Kalau rasa ada mood nak pergi aku pergi lah.

Semalam sebelum maghrib hujan pulak tu. Jadi, sejuk-sejuk layan steamboat macam ni memang terbaik lah. Yang penting jgn makan yang berat-berat. Kita main ratah-ratah je. Baru puashati nak membelasahnya. Dengan harga RM28.00 nett untuk dewasa dan RM15.00 nett untuk kanak-kanak melayan steamboat macam ni memang berbaloi. Dengan pilihan yang rambang mata dibuatnya, disusuli dengan pencuci mulut yang menceriakan kanak-kanak terutamanya, akan kasi 4 1/2 bintang untuk makanannya.

Tetapi berlainan pula kisahnya dengan surau yang disediakan. Sangat mendukacitakan. Kecil dan hanya ada satu pintu masuk untuk lelaki dan wanita. Mujur ada pemisah antara lelaki dan wanita. Kalau tidak dah macam kat Indonesia pula aku rasa. Tandasnya memang bersih dan agak selesa. Mohon pihak pengurusannya Tupai Tupai lebih peka dan pastikan keselesaan pengunjung yang beragama Islam untuk solat disitu.

Sabtu, Februari 26, 2011

Kenapa saya tidak mahu berpolitik

Assalamualaikum WBT,

Baru sekejap seorang rakan menghubungi saya dari Merlimau.
Saya bertanya kepadanya "Eh, buat apa kau pergi Merlimau?"
Dia menjawab "Kau ni elok dibuang dari Malaysia je. Apa yang terjadi kat Malaysia pun kau tak tau".
Saya bertanya "Alamak. Apasal lak ko cakap macam tu? Ada apa kat sana tu?"
Dia menjawab "Hari ni kan hari penamaan calon .... bla bla bla (dia terus membebel marahkan saya)".

Hahahaha.. Sorry la bro. Serius lupa yang hari ni hari penamaan calon kat Merlimau pasal ada PRK. Bukan tak tau langsung. Tau... Tapi tak berapa nak ambil tau.

Kenapa saya tak ambil tau?

1) Sebab bukan di kawasan saya.
2) Dah tentu saya tak layak mengundi
3) Saya bukan jenis YES BOSS.

2 sebab di atas clear. Tapi mesti ada yang tertanya-tanya sebab yang ke-3.

Ada kawan bagitau nak jadi orang politik kena ada sikap YES BOSS..
Maka akan kekal lama dalam politik dan boleh dapat jawatan yang besar.
Bagi saya, jika pemimpin diatas saya buat silap dan perlu teguran takkan saya nak kata YES.
Tapi inilah senario politik di Malaysia. Tak kira parti apa pun, pengikut fanatik parti politik A atau B
yang saya nampak dari mata kasar saya akan sentiasa berkata YES pada pemimpin atasan mereka tak kira benda itu salah ataupun betul. Kalau betul memang patut la kita kata YES. Tapi kalau dah salah pun kata YES, memang bermasalah la bagi saya.

Jadi, adalah lebih baik saya tumpukan diri saya untuk jaga hubungan saya dengan Allah, dengan ahli keluarga saya, dengan masyarakat di sekeliling saya dan tumpukan perhatian pada kerja yang saya lakukan. Mengharapkan kerja pada orang politik pun memang takkan kemana kerana rezeki bukan ditangan mereka.
Ada juga rakan yang berpesan, berkawan dengan orang politik ni kena hati-hati. Kalau boleh jangan percaya sangat, sebab pagi dia kata A, petang dia akan kata B.

Dan yang paling mendukacitakan tu, bila lihat seorang kawan yang terkena.
Kehulur kehilir mengikut orang politik. Modal usah cakaplah. Masa lagi. Hasilnya? Nak tulis panjang-panjang pun tak guna. Jadi itulah sebabnya kenapa saya tidak mahu berpolitik. Yang saya tahu, saya akan jadi warganegara yang bertanggungjawab dengan tunaikan kewajipan saya masa mengundi nanti. Siapa yang saya akan undi? Rahsia.....

Jumaat, Februari 25, 2011

Penagih Facebook


Assalamualaikum WBT,

Biasanya kita panggil Penagih Dadah. Tapi untuk pemilik akaun Facebook yang tidak lengkap hidupnya sehari dan akan memperuntukkan berjam-jam sehari mengadap Facebook kita gelar Penagih Facebook. 
Kenapa? 
Gambar diatas telah menceritakannya.

Facebook is digital heroin

Jadi, jika tidak mahu digelar penagih, hentikanlah tabiat mengadap Facebook berjam-jam sehari. Akan tetapi jika anda rasa hari anda tidak lengkap tanpa anda membuka akaun Facebook anda, anda masih boleh digelar penagih. Tapi bukanlah penagih kepada benda yang diharamkan. Cuma penagih Facebook je. Tapi jika semua urusan harian terabai dan rutin seharian turut berubah hinggakan solat pun jadi lewat sudah sah-sah haramnya. Kita yang gunakannya, jadi kita kena bijaklah untuk mengawalnya.

Khamis, Februari 24, 2011

Aksi ghairah ditempat awam


Assalamualaikum WBT,


  • Gambar diatas saya rakam malam tadi di Stadium Shah Alam sewaktu menonton perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia menentang Pakistan.
  • Takde niat nak memalukan kerana saya ambil gambar bahagian bawah dan tak nampak muka.
  • Tujuan gambar dirakam adalah untuk menceritakan masalah ini yang semakin parah.
  • Bukan setakat pegang-pegang, tapi sessi urut mengurut dan gosok menggosok disaksikan ramai orang awam yang berada disitu. 
  • Jika ditempat yang terbuka begini sudah tiada segan silu, bagaimana pula keadaannya ditempat yang tersembunyi?
  • Moga Allah pelihara kita semua dan ahli keluarga kita serta seluruh umat Islam dari malapetaka.

Rabu, Februari 23, 2011

Haruan Makan Anak

Assalamualaikum WBT,

Satu perkara yang menjadi penyakit yang sangat serius dalam masyarakat kita adalah kes Haruan Makan Anak.Seorang bapa sebagai pelindung kepada keluarga sanggup menodai anak sendiri. Perkara ini bukanlah asing dan baru dinegara kita, tetapi telah lama dan saya yakin masih berleluasa.

Perihal dalam rumahtangga keluarga lain sudah tentu menjadi rahsia. Tidak kiralah apa juga yang terjadi didalam rumah tersebut jika boleh disorok dalam pengetahuan umum sudah pasti akan disorok dan dikunci dari pengetahuan orang ramai. Tetapi adalah sangat mendukacitakan jika kes Haruan Makan Anak ini turut dirahsiakan. Lebih-lebih lagi ianya dirahsiakan oleh ibu mangsa ataupun isteri si Binatang ini tadi.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkara yang ditakuti ini dirahsiakan kerana, si isteri masih bergantung harap pada suaminya. Hutang piutang yang banyak membuatkan si isteri takut jika suaminya diseret masuk kedalam penjara. Dibebani dengan hutang 'Ah-Long', pinjaman kereta, rumah sewa, serta kerana ingin menjaga maruah keluarga telah menjadi penghalang perkara ini dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimana dengan masa depan anak terbabit? Mungkin ketiadaan tindakan yang diambil keatas Binatang yang bertanggungjawab merosakkannya akan menyebabkan dirinya merasa tertekan dan perkara buruk yang lain bakal terjadi. Inilah yang membimbangkan kita. Mungkin rakan-rakan pembaca boleh berkongsi apa yang harus dilakukan oleh isteri Binatang ini sebenarnya?

Pada yang berani tampil membuat laporan polis satu penghargaan harus diberikan. Kerana Binatang ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana dia telah merosakkan masa depan anaknya sendiri. Dan lebih mengharukan mangsa akan terus dihantui peristiwa hitam ini sehinggalah dia mati.

Tetapi bagaimana pula dengan yang tidak mahu membuat laporan polis? Faktor-faktor yang saya sebutkan tadi menjadi penghalangnya. Mungkin pendapat rakan pembaca mampu menyedarkan ibu mangsa ataupun isteri Binatang ini tampil membuat laporan polis. Silalah kemukakan pendapat yang bernas dan bukan lahir dari emosi. Cuba letak diri kita ditempat ibu mangsa dan apa yang harus kita lakukan.

Selasa, Februari 22, 2011

Baik pakai bikini je.


Assalamualaikum WBT,

Ahad lepas saya sekeluarga ke Sogo membuat persiapan terakhir bagi menyambut kelahiran anak saya yang ke-5 yang dijangka pada awal April. Tetapi jika mengikut anak-anak yang lain sebelum ini, kebiasaannya awal 2-3 minggu. Jadi, mengikut jangkaan saya sendiri mungkin pada pertengahan Mac.

Selepas zohor kami mencari tempat untuk makan tengahhari. Saya dan isteri lebih suka nasi berlauk. Tetapi anak-anak lebih berminat dengan makanan segera dan KFC pilihan utama. Walaupun naik muak makan ayam ni, saya dan isteri terpaksa mengalah dengan anak-anak dan turutkan kemahuan mereka.

Sewaktu saya tiba, jumlah pelanggan tidak terlalu ramai. Mungkin bukan di dalam shopping mall, jadi mudah kami mencari tempat. Sewaktu saya berbaris sepasang kekasih (pada pandangan saya), mungkin juga suami isteri, masuk dan terus berbaris dikaunter. Lelakinya boleh dikategori berpakaian sopan dan menutup aurat akan tetapi pasangannya hanya berseluar pendek yang amat sangat dan kelihatannya seperti seluar dalam. Bajunya pula ketat dan sendat hingga membuat hampir keselurahan pelanggan di restoran tersebut memandang ke arah pasangan tersebut. Untuk makluman, majoriti pelanggan adalah berkeluarga dan ada anak-anak kecil seperti saya.

Sewaktu pasangan tadi telah mengambil tempat yang tidak jauh dari tempat saya duduk, seorang wanita mungkin seorang ustazah mendekati pasangan terbabit. Saya tidak mendengar apa yang dikatakan oleh ustazah tersebut tetapi dengan nada marah perempuan yang berpakaian agak menjolok mata itu dengan nada marah berkata begini "Cuba lihat perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. Apa beza dengan saya? Dua-dua pun tak tutup aurat. Jadi apa masalahnya? Kenapa yang itu tidak ditegur?" 

Perghhhh... Pandai pula bercakap perempuan ni. Belum sempat ustazah tadi menghabiskan hujahnya, pasangan tadi terus beredar dari restoran itu tanpa menghabiskan makanannya. Ternyata tindakan ustazah itu harus dipuji. Saya pun tidak sekuat itu. Namun yang dikesali tindakan perempuan itu mempersoalkan cara wanita lain berpakaian yang kalau dikira berkali ganda lebih sopan dari dirinya yang berpakaian ala-ala amoi nak ke pasar malam. Saya sempat berkata pada isteri saya, jikalau begitu baik pakai bikini je. Lebih sejuk...

Begitulah halusnya bagaimana syaitan menipu manusia. Sedikit demi sedikit dari membuka bahagian tangan seterusnya mendedahkan bahagian leher dan seteresnya berpakaian tetapi telanjang yang akhirnya jadilah seperti perempuan tadi. Namun, jangan kita perkecilkan wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna walaupun masih ada kekurangan. Semoga Allah SWT beri hidayah dan kekuatan pada mereka agar mereka berjaya melaksanakannya dan terlepas dari fitnah.

Isnin, Februari 21, 2011

Haji yang tidak mahu solat

Assalamualaikum WBT,

  • Inilah adalah satu kisah benar mengenai seorang Haji yang tidak mahu solat lagi setelah pulang dari Mekah.
  • Haji ini ialah seorang biasa yang kadangkala menunaikan solat fardhu di masjid sebelum dia pergi ke Mekah  untuk menunaikan fardhu haji.
  • Apabila dia kembali dari Mekah dia tidak pernah lagi datang ke masjid untuk menunaikan solat fardhu dan dikhabarkan yang dia langsung tidak menunaikan solat.
  • Apabila ditanya dia menjawab begini "Solat di Mekah adalah bersamaan 100 ribu kali solat ditempat lain. Hampir 40 hari aku berada di Mekah, maka aku tidak perlu untuk solat lagi kerana jika aku hidup sehingga 80 tahun maka Allah masih berhutang dengan aku".
  • Kisah yang agak kelakar tapi inilah hakikatnya apabila agama diukur dengan logik.
  • Semoga haji tersebut kembali kejalan yang benar dan kembali menunaikan solat.

Moral cerita - Masih wujud lagi Pak Pandir dizaman moden ini.

Ahad, Februari 20, 2011

Mari gunakan bahasa yang betul


Assalamualaikum WBT,

Dalam 3-4 hari yang lepas ada buat jalan-jalan mengunjungi blog-blog yang jumlahnya semakin bertambah berbanding sewaktu aku mula membuka blog yang tak popular ini. Kegilaan remaja-remaja menulis diblog meningkat mendadak dan majoritinya adalah pelajar-pelajar IPTA mahupun IPTS. Kreativiti mereka terserlah dengan blog yang berbagai gaya dan penulisan yang tidak kurang menariknya.

Akan tetapi yang agak menducitakan apabila kebanyakkan dari mereka ini juga telah dengan sengaja merosakkan bahasa. Sehingga adakalanya sukar untuk difahami apa yang ditulis. Penggunaan ayat-ayat ringkas (ayat sms) terus digunapakai walaupun untuk menulis diblog. Sedangkan tiada had perkataan pun jika hendak menulis sesuatu 'posting' . Jika mesej yang disampaikan melalui SMS, penggunaan ayat ringkas mungkin sesuai kerana ada hadnya. Lebih had akan dicaj 2 atau 3 atau bergantung pada kandungan SMS yang ingin dihantar. Contohnya jika menulis dibawah 160 huruf termasuk space dan dihantar kepada seorang pengirim caj RM0.10 sen akan dikenakan. Tetapi jika terlebih 1 huruf pun selepas 160 huruf (161 keatas) akan dicaj RM0.20 sen pula. Dan jumlah ini mungkin bertambah lagi dengan kenaikan RM0.10 sen bergantung kepada panjangnya SMS yang dihantar. Jumlah yang dinyatakan ini bukanlah jumlah yang tepat kerana ia bergantung kepada Syarikat Komunikasi yang berkenaan.

Jadi, kenapa perlu menggunakan ayat-ayat ringkas? 

Penggunaan ayat dan bahasa yang betul juga akan memudahkan bangsa dan warganegara lain untuk membaca tulisan diblog kita. Walaupun peratusannya kecil, tetapi jika kita cuba untuk membuat pengalihan bahasa (translate) untuk blog kita ini, kita tidak akan tergelak dan bangsa asing akan mudah untuk memahaminya. Sebagai contoh "Saya tidak suka kamu" jika dibuat pengalihan bahasa melalui Google kepada bahasa English akan memberi makna "I do not like you". Tetapi jika kita gunakan "Sy x suka kamu" akan menjadi "Sy x like you".

Bahasa jiwa bangsa. Oleh itu, marilah kita sama-sama menggunakan bahasa yang betul. Pencampuran bahasa tidak menjadi masalah. Selagi orang yang ingin membacanya memahami kandungan tulisan kita adalah sudah memadai. Kerana dunia blog ini adalah tanpa sempadan. Dimana sahaja selagi mereka mempunyai capaian internet selagi itulah mereka boleh melihat kandungan diblog kita. Mari gunakan bahasa yang betul dan selamat menulis.

Sabtu, Februari 19, 2011

Aku tak puas hati


Assalamualaikum WBT,

Tajuk hari ni sesuai dengan hari Sabtu kita santai-santai. Dah banyak hari aku post topik berat-berat.
Bagi peminat rancangan Raja Lawak tak perlu lagi aku perkenalkan gambar tiga orang jejaka di atas.
Tapi untuk yang tak kenal sebab tak pernah tengok Raja Lawak, sebab takde Astro kat rumah, kumpulan diorang ni lah yang tersingkir malam tadi. Kumpulan Lucky. Luck diorang sampai minggu ke-7 je.

Merujuk pada tajuk yang aku berikan diatas, memang aku sangat tak berpuashati dengan penyingkiran mereka. Walaupun lawak mereka ni biasa-biasa je, tapi kalau dibandingkan dari minggu pertama hingga ke malam tadi dah masuk minggu ketujuh, nampak peningkatan yang mereka lakukan. Idea mereka ada dan aturan sketsa mereka kemas.

Sepatutnya yang tersingkir malam tadi ialah Leman. Yang memang dengan ni aku agar blur sikit bila dia buat lawak. Tapi nak buat macam mana, bukan juri yang buat keputusan. Yang buat keputusan adalah sms yang mereka terima. Tapi betul ke?

Entahlah kan. Kadang-kadang bila kita tengok balik carta kedudukan tu macam ada game disitu yang disusun oleh pihak Astro. Mungkin bertujuan untuk memancing undi yang lebih banyak jadi, peserta-peserta yang bagus-bagus ni diletak dibawah. Tapi, alhamdulillah, seposen pun duit aku tak pernah keluar untuk mengundi. Hehehe..

Jumaat, Februari 18, 2011

Main dengan Isteri Orang?


Assalamualaikum WBT,

Gambar diatas adalah sebuah tajuk yang mungkin sudah basi bagi kita. Kita juga sering membicarakan isu keruntuhan moral dikalangan remaja dan banyaknya kes-kes tangkapan khalwat dikalangan remaja-remaja yang belum berkahwin dan ada juga yang masih belajar.

Tetapi tidakkah kita tahu bahawa kebelakangan ini telah menular satu perkara yang sangat membimbangkan kita. Kes khalwat dan persetubuhan haram diantara suami orang dengan isteri orang. Astaghfirullahhal'azim..... Beristighfar panjang saya mendengarnya. Ini bukan perkara yang biasa. Kerana kalau mengikut hukuman Islam yang sebenar (hudud) perzinaan antara suami orang dan isteri orang ini kedua-duanya boleh dikenakan hukuman rejam hingga mati. Ya.. REJAM hingga mati.

Kenapa hukuman seberat itu yang dikenakan?

Bagi saya, hukuman ini memang setimpal buat pelakunya kerana mereka ini telah mencemarkan institusi kekeluargaan itu sendiri. Remaja-remaja yang berkahwin berzina yang akhirnya melahirkan anak tidak sah taraf kita tahu dari mana asal usulnya. Sudah pasti anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai bapa yang sah. Akan tetapi ISTERI ORANG yang berzina tidak kira samaada dengan suami orang, gigolo, Pakistan mahupun Bangla, sedangkan dia masih mempunyai suami yang sah, dan ditakdirkan mengandung hasil persetubuhan haram tadi, bagaimana nak dilabelkan anak yang lahir itu? Anak tidak sah taraf juga kah? Sedangkan isteri tadi masih mempunyai suami yang sah.

Inilah gejala yang merungsingkan kita sebenarnya. Bagaimana keturunan manusia akan datang? Tidak perlu saya masukkan link berita mahupun cerita tentang kes tangkapan khalwat dan persetubuhan haram isteri orang ini. Rasa benci sangat. Kalau dah tertangkap senang cerita. Bagi yang tak tertangkap bagaimana pula? Dan lebih ditakuti jika persetubuhan haram itu membuahkan hasil.

Sebab itulah pentingnya untuk kita ambil peduli atau dalam bahasa lain, jaga tepi kain orang. Jiran-jiran baru kita, hendaklah kita pastikan kesahihan perkahwinan mereka. Hotel-hotel pula perlu diberi peringatan keras agar pasangan yang mahu menginap perlu menunjukkan kad pernikahan mereka. Gejala ini adalah satu gejala yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT. Dan kita semua bertanggungjawab untuk mencegah agar kemurkaan Allah SWT tidak tertimpa di negara kita ini.

Khamis, Februari 17, 2011

Solat ada excuse ke?


Assalamualaikum WBT,

Gambar diatas dirakam oleh rakan FB merangkap orang kampung saya. Gambar ini dirakamkan didalam ERL sewaktu perjalanannya pulang dari KL Sentral ke Putrajaya. Pemuda tersebut sedang menunaikan solat maghrib.

Inilah satu contoh terpuji yang perlu diikuti. Namun yang menyedihkan kebanyakkan orang kini solat bila ada masa lapang. Saya pernah membuat posting tentang ini.

Ada pulak boleh ber'excuse' dalam solat. Siapa cakap ada excuse dalam solat? Excuse untuk perempuan yang datang haid dan dalam keadaan nifas sahaja. Yang lain selagi ada nyawa dan berakal, wajib untuk menunaikan solat dalam apa jua keadaan.

Kadang-kadang sedih sangat tengok kawan-kawan yang dengan sengaja meninggalkan solat. Kalau tak sanggup buat macam pemuda diatas tu yang mana aku sendiri pun tak sanggup, kat Malaysia ni terlalu byk tempat yang memudahkan kita untuk bersolat. Dimana-mana sahaja pasti ada surau atau ruangan yang disediakan khas untuk kita tunaikan solat. Jadi takde alasan dan tiada excuse. Oleh itu marilah kita solat sebelum kita disolatkan.

Check dulu sebelum send.


Assalamualaikum WBT,

Trend forward 'memoward' email kini sudah menjadi kebiasaan di alam cyber ni. Lebih-lebih lagi kerjanya terlalu mudah. Cuma perlu masukkan alamat email yang hendak dikirimkan dan tekan send. Yang paling ghairah orang nak forward email apabila ada berita tentang kecurian, kehilangan, penculikan dan yang sewaktu dengannya.

Tapi tidakkah kita sedar selama ini, ada email yang kita forwardkan kepada rakan-rakan kita yang mana rakan kita tadi forward kepada saudara maranya pula, yang mana saudara mara tadi forward kan kepada orang kampungnya pula, dan ..... kalau nak tulis kesemuanya sampai esok pagi tak abis. Sambung balik. Ada email yang kita forwardkan itu adalah PALSU. Ya.. saya ulangi.. adalah PALSU.

Tujuannya baik.. tapi dari satu segi mendatangkan kesusahan kepada orang lain.
Banyak kali dah saya dapat email palsu sebegini. Tajuknya serius. Mengenai penculikan, kehilangan kereta dan maklumatnya lengkap siap dengan nombor telefon untuk dihubungi. Bila kita hubungi orang yang dihubungi tu boleh jawab terus tanpa kita soal. "Maaf ye saya takde anak hilang." Dan ada juga yang menjawab "Encik, saya ni bukan kaunter pertanyaan..".

Cubalah yang kena dajal tu nombor kita. Sekejap-sekejap orang telefon. Tak ke letih kita dibuatnya. Kalau kita kat opis ok lagi, kita boleh caj bateri henpon kita tu, tapi kalau kita diluar sampai habis bateri henpon kita orang asyik call je. Pastu bini nak call suruh belikan asam boi masa kita balik keje nanti dah tak dapat. Sapa sendiri yang susah. Kita jugak. Nak nak pulak tu, malam ni malam jumaat. Memang melepas...

Jadi, peringatan buat mereka-mereka yang dapat email macam ni tolong la check dulu sebelum forward. Call dulu nombor yang disertakan sebelum anda tekan SEND. Sebagai moderator untuk beberapa group di Yahoo Group saya akan pastikan kesahihan email yang berbentuk begini sebelum saya melepaskannya. Kesian orang yang jadi mangsa tu.
Ingat.. Cek dulu sebelum tekan Send.

Teruk sangat ke taraf hidup rakyat sekarang?


Assalamualaikum WBT,

Tajuk diatas saya ceduk dari sebuah yahoogroup. Jawapan saya secara sinis, taraf hidup rakyat sekarang semakin baik dan semakin kaya. Saya mempunyai asas yang sungguh kuat untuk berkata begini.

Pertamanya, kerajaan Malaysia telah membuat kajian yang terperinci tentang taraf hidup penduduk Malaysia ni. Cogankata rakyat didahulukan menjadi keutamaan. Jadi, walaupun pendapatan yang diterima oleh penduduk tetap sama tetapi atas maksud untuk mendahulukan rakyat, barang-barang keperluan penduduk harganya meningkat mendadak. Yang rasa dahulu kenaikan harga barang ni rakyat. Jadi mungkin itulah maksud rakyat didahulukan mengikut pemahaman saya.

Keduanya, gaya hidup masyarakat di Malaysia juga satu faktor kenapa saya kata taraf hidup di Malaysia ni makin baik. Tak percaya. Tengok sahaja shopping2 mall bila hujung minggu atau hari cuti. Penuh. Sampai nak parking pun susah. Itu shopping mall yang mana semua orang boleh pergi hatta takde seposen pun dalam poket. Di padang golf kalau hari cuti pun penuh padahal waktu itulah caj yang dikenakan paling tinggi.

Jadi, kalau dilihat dari mata kasar saya ni, taraf hidup rakyat adalah semakin baik 'sebenarnya' walaupun harga barang meningkat mendadak, jumlah bayaran untuk satu-satu kontrak dari dulu tak pernah berubah walaupun kos kerja meningkat, rakyat masih mampu nak kesana kemari dan macam-macam lagi. Dari segi rakyat kita lihat baik walaupun masih ada yang berduka. Tetapi kalau kita lihat dari segi kerajaan sekarang bagaikan sudah kekurangan wang yang mana kita sendiri boleh sama-sama bincangkan.

Rabu, Februari 16, 2011

Header baru dari Abg Teror


Assalamualaikum WBT,

Hari ni baru dapat header baru dari Abg Teror . Memang baik Abang Teror ni. Tanpa sebarang upah dia sanggup buat header untuk kita. Lebih2 lagi utk blogger yg tak kreatif macam saya ni. Jutaan terima kasih untuk Abg Teror. Walaupun baru buka blog utk tempoh 2 bulan lebih je, tapi dah boleh duduk diranking ke 678 Malaysia. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Keep up your good work bro.

Meroyan - Punca dan rawatan


Assalamualaikum WBT,

Giler kentang pagi-pagi tajuk macam pakar sakit puan lak aku ni. Tapi aku tak kira, aku nak tulis gak. Kalau ada kekurangan dan kesilapan perbetulkanlah ye.

Terkejut semalam bila baca berita ini yang mana kes bunuh anak sendiri ni makin membimbangkan. Lagi berita mengenainya ada disini dan disini.

Sebagai manusia yang waras sukar kita nak memikirkan bagaimana seorang ibu tergamak membunuhnya anaknya sendiri. Anak yang dikandung selama 9 bulan lebih, dan bila sudah berada didepan mata boleh sewenang-wenangnya dibunuh. Adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Kenapa ini terjadi?

Meroyan atau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, selepas melahirkan anak. Ini boleh berlarutan dalam jangka masa yang lama dan akhirnya menyebabkan pengidapnya menjadi kurang siuman. Inilah punca utama kenapa ibu-ibu tadi tergamak membunuh anaknya.

Meroyan terjadi disebabkan tekanan perasaan yang keterlaluan dan tidak diberi perhatian. Kebanyakkan wanita suka memendamkan masalah yang dihadapinya. Bila telah sampai kepada klimaks, keadaan sudah tidak boleh dikawal yang akhirnya mengakibatkan perasaannya bercampur baur dan sukar untuk dikawal. Diwaktu inilah kelakuannya akan jadi seperti orang yang tidak siuman dan akan berakhir dengan sesuatu yang sangat tidak diingini.

Antara rawatan yang dicadangkan jika berlaku meroyan adalah seperti berikut :

* Penilaian perubatan untuk menyingkir masaalah physiologi
* Terapi kelakuan kognitive (Cognitive behavioral therapy (contoh: (Psychotherapi)
* Kemungkinan ubat-ubatan
* Kumpulan sokongan
* Lawatan rumah/pelawat
* Permakanan kesihatan
* Pola tidur yang tetap/sihat

Dan sebagai jalan pencegahannya, perkara sepert ini perlu diambilkira untuk diamalkan.

* Sentiasa berzikir pada Allah SWT
* Tidak memendam perasaan utk tempoh yang lama
* Sentiasa berfikiran positif

Menulis blog mungkin satu kaedah yang sesuai bagi meluahkan rasa ketidakpuasan yang bersarang dalam hati. Kadangkala wanita-wanita ini tidak mempunyai teman untuk berbicara dan menulis diblog satu langkah yang saya fikir ada keberkesanannya. Mungkin belum ada fakta kerana tiada lagi kajian dibuat mengenainya, tetapi cubalah.

Selasa, Februari 15, 2011

Kesian Blogger dan Jabatan Agama

Assalamualaikum WBT,

Tertarik dengan tulisan rakan blogger Marni yang menyiarkan tajuk Fatwa vs Tindakan. Memang aku dok perati gak kalau2 ada stesen TV dan radio yang menyiarkan iklan mempromosikan Valentine's Day ni. Tapi dalam pencarian tu memang tak jumpa. Alhamdulillah...

Namun disebalik ketiadaan promosi dalam bentuk iklan yang jika pada satu ketika dulu memang rancak, lain pula kaedah promosinya. Blogger-blogger yang perihatin bertungkus lumuslah siang malam menyusun ayat yang terbaik agar pasangan-pasangan Islam mahupun yang sudah bernikah atau belum, tidak meraikan Valentine's Day. Jabatan Agama Islam di setiap negeri bertungkus lumus memberi amaran dan membuat tindakan penguatkuasaan.

Tapi apa kan daya. Pengaruh TV sangat kuat dalam masyarakat kita. Kenapa perlu disiarkan cerita-cerita berbentuk percintaan yang romantis yang bersesuaian dengan tema Valentine's Day itu sendiri. Tak lain tak bukan memang bertujuan merangsang pasangan yang bercinta ni merasai kehangatannya dan seterusnya akan meraikan hari yang telah dilarang keras untuk diraikan. Akibat promosi secara tersirat ini, yang tak ingat Hari Valentine pun boleh jadi ingat dan seterusnya meraikannya.

Nah, kesian blogger-blogger semua dan kesian juga buat penguatkuasa jabatan agama. Rupa-rupanya ada medium yang lagi hebat dalam menggalakkan perkara yang dilarang ini berterusan. Ditambah pula dengan statement bangang ini yang terus menimbulkan kekeliruan...

Rupanya masih ada yang bangang


Assalamualaikum WBT,

Sedih bila baca Berita Harian Online dengan tajuk Ratusan di cekup Ops Cegah Maksiat Hari Kekasih. .

Puas aku merayu kat dorang-dorang ni dalam posting aku lepas. Tapi mereka-mereka ni masih berdegil dan dalam kata lain masih BANGANG. Nak kata dorang tak tau keharaman V-Day ni, yang ditangkap tu bukan calang-calang orang. Ada penuntut IPT dan ada juga penjawat awam.

Tapi aku rasa operasi yang dibuat tidak meluas kerana jika kita lihat sendiri operasi lebih banyak tertumpu ke hotel-hotel bajet. Bagaimana dengan hotel-hotel 3 bintang dan keatas?

Mungkin pihak berkenaan kena buat penguatkuasaan ke atas hotel-hotel pula selepas ini. Pasangan-pasangan yang hendak check-in perlu mengemukakan sijil nikah terlebih dahulu. Dan penguatkuasa mempunyai hak jika mendapati hotel terbabit menyewakan bilik pada pasangan yang belum nikah maka, saman saja hotel tu. Jangan tau nak kutip keuntungan sahaja.

Salam Maulidur Rasul 1432H


Assalamualaikum WBT,

Buat semua pembaca yang dihormati Salam Maulidur Rasul 1432H.
Semoga dapat kita sama-sama menghayati kasih sayang dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW terhadap kita sebagai ummatnya.
Bukti kita mencintai Baginda SAW adalah sejauh mana sunnah Baginda SAW ada dalam diri kita dan kita amalkan.

Satu contoh yang mudah, seorang remaja yang fanatik dengan seorang artis akan meniru sebaik mungkin untuk kelihatan sama seperti artis itu juga.
Tapi perlukah kita jadikan artis-artis sebagai idola kita?
Jangan nak buat hal pulak.

Bukan kita sahaja, malah artis, menteri dan siapa sahaja yang bergelar manusia perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola mereka. Walaupun kita tak pernah lihat wajah Nabi SAW, tetapi sunnahnya telah ditinggalkan untuk panduan kita dan seluruh manusia sehingga hari kiamat.

Semoga dengan hari yang sangat bersejarah ini akan menguatkan lagi kecintaan kita terhadap Baginda SAW.

Isnin, Februari 14, 2011

Bagaimana cara hidup kita?


Assalamualaikum WBT,

Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, idola seluruh umat Islam diseluruh dunia, marilah kita sama-sama semak kembali berapa banyak cara hidup kita yang telah jauh dari cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Kita semua sedia maklum, bahawa hanya dengan mengamalkan cara hidup seperti yang Baginda SAW telah tunjukkan, kejayaan pasti datang. Walaupun nampak kuno dan tak sesuai pada pandangan sesetengah pihak, namun percayalah apa juga cara hidup yang tidak bertepatan dengan sunnah Baginda SAW adalah ciptaan Yahudi yang sememangnya tidak mahu kita mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.

Antara sifat Nabi Muhammad SAW ialah Baginda selalu memulakan salam dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.
Kita?

Kebiasaan Nabi Muhammad SAW pula seperti orang yang selalu bersedih, sentiasa banyak berfikir, tidak pernah rehat dalam waktu yang panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya dari banyak cakapnya, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.
Kita?

Bukan itu sahaja, cara kehidupan harian daripada kita bangun dari tidur hingga saat kita nak tidur kembali pun telah Nabi SAW tunjukkan. Jika tidak tahu, carilah alim ulama dan belajarlah dengan mereka. Indah sungguh kehidupan ini jika dapatkan mengamalkan seluruh sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan kita.
Bolehkan kita?

Ada juga suara-suara sinis yang berkata
"Itu Nabi... Kita ni siapa..."
Hallo kawan, Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan sehinggalah hari kiamat. Semua sahabat-sahabatnya telah ikut cara yang sama. Jadi, jika kita juga ingin menuju ketempat yang mereka tuju iaitu Syurga, kita kena ikutlah. Jangan lah kita pandai-pandai nak ubah sunnah Nabi SAW mengikut cara dan selera kita. Kalau tak kena gaya .... Na'uzubillahhiminzalik.

Ahad, Februari 13, 2011

Malang sungguh Pemuda UMNO ada ketua macam ni

Assalamualaikum WBT,

Aku memang tak suka nak berbicara pasal politik. Sebab bila berbahas bab-bab politik ni akhirnya akan mengundang perpecahan dan permusuhan sesama sendiri. Tapi bila aku baca kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia di sini hati aku jadi sakit dibuatnya. Jadi mungkin ini jawapan untuk teka teki aku dalam perenggan terakhir catatan aku semalam . Takmo nak tulis panjang-panjang. Korang nilai la sendiri.

Tolong...lah jangan jadi bangang.

Assalamualaikum WBT,


Agak ganas sikit tajuk bagi posting kali ini. Walaupun tajuk ganas, namun isinya lembut...


14 Februari setiap tahun akan diraikan oleh pasangan yang sedang asyik masyuk bercinta. Aku pun tak faham kenapa la diorang ni terutamanya yang beragama Islam menjadikan tarikh 14 Februari sebagai tarikh untuk mereka raikan. Sedangkan banyak sangat artikel tentang perkara ini dengan pelbagai versi telah dipaparkan. Antaranya dan yang paling tepat ialah versi yang ini.

"Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian."
Jadi aku tak faham sungguhlah kenapa muda mudi kita yang beragama Islam sibuk-sibuk nak pergi celebrate benda ni. Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM juga dengan jelas mengatakan keharamannya. Pasangan-pasangan kekasih sebelum berkahwin ni pun satu hal. Posting yang lepas aku ada bercerita tentang panggilan-panggilan manja yang menggelikan telinga aku mendengarnya. Langkah untuk kita sama-sama ambil peduli juga telah aku terangkan dalam posting Jumaat lepas.

Jadi, buat muda-mudi yang sedang dilamun cinta tu, aku merayu ni..  
     Tolong...lah jangan jadi BANGANG


Sabtu, Februari 12, 2011

Satu je dalam dunia


Salam...

Sejak pandai menggunakan google untuk mencari apa sahaja, saya telah perasan satu perkara. Nama isteri saya hanya satu je dalam dunia ni. Tiada orang lain yang menggunakan nama yang sama. Kalau ikut google la. Tak tau la pulak kalau-kalau ada orang lain yang ada nama yang sama seperti isteri saya tetapi tidak pernah langsung menggunakan internet dan disebabkan itu, saya tidak dapat mengesan kewujudan nama tersebut.

RUZLIFAH. Itulah nama isteri saya. Kalau ada yang tahu nama tersebut mereka pernah dengar dan kenal tolong maklumkan pada saya. Nanti saya akan buat pembetulan. Tapi dengan bantuan google dalam urusan harian, ternyata ianya banyak membantu. Untuk mencari resipi buat kuih apam pun isteri saya hanya perlu google sahaja.

Kadangkala banyak pertanyaan-pertanyaan ringkas yang kadangkala boleh terhurai dengan hanya meng'google' apa yang dicari. Tetapi kita tak boleh salahkan orang yang bertanya. Sebab, malu bertanya sesat jalan. Tapi banyak sangat tanya nanti dah tak nampak jalan. Jadi, untuk lebih mudah kita google je.

Namun begitu bukan semua perkara kita boleh google. Untuk mendapatkan lebih kefahaman adalah lebih baik kita cari gurunya. Tapi kalau nak tau nama kita dalam ranking nombor berapa dalam senarai google dan berapa ramai manusia yang mempunyai nama yang sama dengan kita, silalah google.

Jumaat, Februari 11, 2011

Statistik anak tidak sah taraf semakin membimbangkan.


Salam...

Kelahiran bayi adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang bernikah dengan sah. Tetapi menjadi igauan ngeri buat wanita-wanita yang mengandung tanpa mempunyai suami yang sah. Namun, bayi tersebut tetap dilahirkan dan telah dicop sebagai anak tidak sah taraf.

Bagi mereka yang masih mempunyai perikemanusiaan, walaupun melahirkan anak tidak sah taraf, akan terus menyayangi anak tersebut. Jika tidak sanggup utk dipelihara, sekurang-kurangnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat utk tindakan selanjutnya. Manakala yang bersifat lebih teruk dari binatang, sanggup mencampakkan bayi tersebut di tong-tong sampah, tangga-tangga masjid dan dimana saja yang difikirkan sesuai.


Statistik di atas dicatatkan oleh JPN bagi tempoh 2005-2009 yang saya perolehi disini . Statistik diatas bukanglah satu perkara mustahil jika kita baca sebanyak 623 anak tidak sah taraf dilahirkan untuk negeri Terengganu sahaja sepanjang tahun lepas. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan sepupu saya seorang doktor di HKL yang mengatakan, setiap hari ada sahaja anak tidak sah taraf yang lahir di HKL. Bagaimana pula dengan tempat2 lain?

Perkara ini sudah menjadi barah yang bagi pendapat saya masih boleh dirawat. Tetapi kaedah 'rawatannya' bukanlah dengan mengeluarkan artikel-artikel berkaitan, ataupun mengedarkan risalah-risalah, tetapi perlu satu pendekatan yang berlainan. Tindakan penguatkuasa membuat serbuan dan tangkapan keatas pelakunya juga satu tindakan yang wajar kita puji. Tapi bagaimana keberkesanannya?

Setiap tahun perkara ini semakin bertambah. Dengan artikel -artikel yang ditulis bagi menakutkan mereka2 ni tidak mendatangkan kesan walau sedikit pun. Ini kerana mata hati mereka telah buta. Ini bukan tanggungjawab penguatkuasa sahaja, malah kita semua bertanggungjawab atas perkara ini. Bagaimana langkah yang kita perlu ambil?

Kita semua mempunyai anak. Dan mahukah kita semua melihat anak2 kita berpeleseran dgn pasangan mereka di shopping mall mahupun di taman2 rekreasi tanpa orang lain mempedulikan perbuatan mereka? Sebagai bapa saya lebih rela anak saya ditegur oleh orang lain jika perbuatannya menyalahi adat dan agama. Jadi, kita semua adalah ibubapa kepada semua anak2 muda yang ada diluar sana. Mulakanlah langkah untuk AMBIL PEDULI keatas setiap perlakuan mereka. Jika tidak berani bertindak sendirian kumpulkan beberapa orang yang saya yakin tidak suka dengan perlakuan sumbang mereka didepan mata mereka yang akhirnya berakhir dibilik-bilik hotel. Hanya mengharapkan penguatkuasa menjalankan tugas mereka akan mengundang peningkatan angka ini setiap tahun. Saya AMBIL PEDULI. Anda bagaimana?

Khamis, Februari 10, 2011

Saya seorang je yang pandai.


Salam...

Gambar diatas saya rakamkan malam semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang kerumah daripada stadium Shah Alam. Kejadian berlaku di Dengkil. Sepatutnya saya tak lalu jalan tersebut. Disebabkan perut lapar dan saya mencari burger yang istimewa di Dengkil, saya lajakkan sedikit perjalanan saya.

Bukan kerana kemalangan di atas yang saya nak cerita. Tapi saya difahamkan pemandu van tersebut berada dalam keadaan mabuk dan kalau diperhatikan mmg agak mustahil dijalan yg begitu lurus van tersebut boleh memanjat divider dan berhenti disitu. Pandai pulak di adjust tu. Ngam2 tengah2.

Sewaktu isteri saya mula belajar memandu, saya la guru pertamanya. Namun, saya ni memang takde talent nak jadi guru kerana jika saya menjadi guru habis semua anak murid saya akan kena marah dan tengking setiap hari. Ini termasuklah jika saya mengajar anak saya. Saya akui saya mudah marah jika mereka susah sangat nak faham. Sifat buruk inilah saya kena kikis dari dalam diri saya.

Saya seorang je yang pandai? Kenapa?

Inilah pesan saya kepada diri sendiri dan juga pada isteri saya.
Sewaktu memandu, kita kena anggap hanya diri kita sahaja yang pandai.
Pemandu lain semua bodoh kurang cerdik. Apabila kita ada perasaan begitu kita akan lebih berwaspada dan berjaga-jaga sewaktu memandu. Disimpang contohnya, kita kena beranggapan pemandu yang akan keluar dari simpang itu bodoh kurang cerdik kerana mungkin dia akan main keluar sahaja. Kita juga harus berwaspada di lampu isyarat kerana mungkin ada pemandu bodoh kurang cerdik akan main jalan sahaja walaupun lampunya merah.
Dan apa jua keadaan sekalipun.

Jadi sewaktu memandu kita semua kena anggap SAYA SEORANG JE YANG PANDAI. Insya Allah, kita akan menjadi lebih tenang semasa memandu dan sifat baran sewaktu memandu akan lenyap kerana dah sah-sah pemandu yang melakukan kesalahan dijalanraya tu kurang cerdik daripada kita. Jadi nak baran-baran pun takde guna. Untuk jadi pemandu yang berhemat, inilah yang amalkan.

Syabas Malaysia


Salam...

Tahniah buat semua pemain negara yang bermain dengan baik malam ni. Kejayaan menumpaskan Hong Kong (ranking ke 143) adalah satu petanda yang bolasepak Malaysia (ranking ke 140) kian maju dan sedang menuju puncak. Syabas kepada semua pemain.

Buat semua penyokong yang hadir ke stadium malam tadi, syabas diucapkan. Walaupun hanya perlawanan persahabatan dan harga tiket yang agak mahal (RM20.00), namun gigih juga utk dtg ke stadium. Walaupun tak ramai, namun suasana meriah dengan gelagat Ultras Malaya yang tak berhenti-henti menyanyi dan menari sungguh menghiburkan.


Jika harga tiket jika murah sikit, mungkin akan mengundang lebih ramai penonton ke stadium. FAM kena kaji ni. Dah la semua barang naik tak heengatt.. harga tiket pun korang nak naikkan. Kalau tak silap game MSL di Shah Alam tiketnya naik lima hengget. Deyyy FAM, patut2 la. Sian mat2 rempit tak dapat tgk bola. Agaknya FAM ni suka budak2 rempit ni abiskan masa dgn merempit je agaknya.

Rabu, Februari 09, 2011

Jom pegi stadium


Salam...

8.45 malam ini pasukan Harimau Malaya kita menerima kunjungan Hong Kong di Stadium Shah Alam. Jom ramai-ramai kita kasi gegar Stadium Shah Alam. Aku pun nak lepas geram sebab masa final lawan Indon hari tu aku dapat duk atas lantai je. Sakit betul hati bayar tiket mahal2. Harap takde la live malam ni bior padan muka yg mengharapkan ada live dan malas nak stadium. Muahahahahahahaha..

Daun kucai


Salam...

Isteri aku baru je update kat wall FB dia "sambil tergelak sendiri....daun kucai= daun bawang...". Hehehehe.. Siapa la punya keje tu ye.

Siapa lagi kalau tak laki dia ni. Siapa laki dia? Siapa lagi kalau bukan aku. Hehehe. Macam mana aku boleh tersilap beli daun bawang dengan daun kucai. Mungkin aku tension semalam masa kat pasar malam.

Sebab yang pertama - aku tension pasal ikan dah habis licin. Hanya seorang apek je yang jual ikan semalam. Tak abis beraya lagi apek-apek ni.

Sebab yang kedua - harga barang mahal betul.. Selalu sayur 3 ikat 2 hengget. Sekarang dah jadi seikat sehengget. Pulak tu, ciput.. je. Nak kena ambik 2 ikat utk keluarga besar macam aku ni bagi sekali makan. Barang lain toksah citer la.

Sebab yang ketiga - aku nak buktikan yang orang lelaki kalau ke pasar takkan lebih dari 20 minit berbanding perempuan yang akan habiskan masa hampir sejam di pasar. Hehehe.

Jadi, jawapan2 ni untuk isteri tersayang yang semalam memang membebel lepas tgk barang2 yang aku beli dipasar sendirian. Dia pun tak berapa sihat memandangkan kandungannya dah masuk minggu yg ke-32. Dia tulis kat FB aku jawab kat blog. Hehehe.

Bloglist


Salam...

Sekarang ni masih lagi dalam mood sedang mengemaskini blog yang dah lama dibiarkan sepi. Hingga pernah satu ketika saya terpaksa hide seketika kerana tiada ruang waktu utk menulis.

Buat masa ini saya sedang mengemaskini bloglist utk memudahkan saya melihatkan posting-posting yang terkini secara live dari blog saya ni. Jadi, saya akan add semua blog yg saya follow utk tujuan tersebut. Orang berbudi kita berbahasa, saya dah follow blog anda, tolong la follow blog saya juga.. hehehe.

Selasa, Februari 08, 2011

GOLF untuk Golongan Orang Lemah Fikiran?


Salam...

Bila orang bercerita tentang golf je mula la kita terbayang... Wahhh.. ini permainan orang-orang kaya. Satu sukan bagi bos-bos, orang yang sudah pencen atau sudah menghampiri usia nak pencen, usahawan-usahawan berjaya, tokey-tokey, dan yg bersamaan dengannya lah.

Jika anda tidak pernah langsung memegang kayu golf baik iron, wood ataupun driver baik anda diam-diam je. Bak mai golfer yang tak berapa terer ni bercerita pasal GOLF.

Siapa kata sukan golf ni untuk orang kaya-kaya je?
Mari kita buat kira-kira dulu. Kalau kita main di padang golf UPM untuk hari biasa jika cukup 4 orang pemain (satu flight), bagi permainan 18 lubang seorang hanya perlu bayar RM55.00 sahaja. Kalau di Bukit Unggul pula bagi hari Isnin dan Selasa untuk 18 lubang hanya perlu bayar RM58.00 sahaja. Biasanya 18 lubang untuk golfer2 yang baru ni boleh habis dalam masa 5 jam paling lama la tu. Biasa saya hanya buat 3 jam setengah ke 4 jam. Itu pun bergantung pada keadaan padang yg tak jem. Jangan ingat jalanraya je jem. Dalam padang golf pun jem tau. Kenapa jem? Sebab semua orang mampu untuk bermain golf. 4 jam ke 5 jam permaian golf tu boleh kita main hampir 20 games permainan bowling yang bersamaan RM100.00 bagi yang caj RM5.00 utk 1 games. Walhal bowling semua orang boleh main. Tak kira bos ke, kuli ke, pencacai ke. Jadi tanggapan mengatakan golf untuk orang-orang kaya je adalah silap sama sekali. Sebab saya tak kaya pun. Tapi mampu untuk bermain golf.

Kita balik ke tajuk asal. GOLF untuk Golongan Orang Lemah Fikiran?.
Kah kah kah dan kah.
Pepatah orang putih ada sebut, dont judge a book by it cover.
Tak kenal maka tak cinta. Jadi jangan buat anggapan melulu.
Memang la nampak apa la sangat main golf ni. Bola kecik pegi pukul jauh2 nak masukkan dalam lubang yang kecik.
Itulah permainan.

Melalui sukan golf, pemainnya akan dilatih dengan sifat sabar, sentiasa fokus, pandai mengawal tekanan, bagaimana untuk mengatur strategi, berfikiran terbuka dan yakin pada diri sendiri. Jadi, tang mana yang lemahnya. Jangan cakap senang. Kalau yang tak pernah pegang kayu golf tu saya berani cabarlah, kalau boleh terbangkan bola golf keudara, takyah jauh-jauh la, baru boleh anda kata senang atau susah.

Saya sendiri, sebelum masuk ke padang golf berlatih hampir setahun di driving range.
Setelah betul-betul yakin, dan telah menguasai kesemua iron, wood dan driver, maka barulah saya bermain di padang. Tetapi latihan di driving range tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. Kita bukan pro. Pemain pro seperti Tiger Woods pun kerap menghabiskan masanya di driving range berjam-jam lamanya utk berlatih. Nak main di driving range ni pun bukannya mahal sangat. 100 biji bola paling mahal pun kena bayar RM10.00.

Bukan nak promote anda semua untuk bermain golf. Tapi nak betulkan persepsi sesetengah orang yang tak tau tentang sukan golf ni. Sebab itulah sukan golf menawarkan antara hadiah yang termahal. Seorang pemain pro mampu bergelar seorang jutawan dengan hanya bermain golf. Sebab sukan golf memerlukan kita SABAR, FOKUS, sentiasa BERTENANG, pandai mengatur STRATEGI, berfikiran TAJAM dan YAKIN PADA DIRI SENDIRI. (kalau ada golfer yg baca tolong tambah lagi kat ruangan komen ye).

Isnin, Februari 07, 2011

Cinta Online Punya Penangan






Salam...

Baru sekejap tadi menonton Buletin Utama dan terkejut masih lagi ada kes penipuan cyber ni. Padahal dah berulang kali diingatkan dan bermacam2 saluran di alam maya ni telah berkongsi cerita yang sama tentang sindikit ini. Forum-forum di yahoogroups, blog-blog, Facebook dan macam2 lagilah. Kalau nak disenaraikan kesemuanya mau kejang tangan aku nak menaipnya.

Kes penipuan pastinya melibatkan wang ringgit. Dengan hanya bermodalkan kata-kata manis sudah cukup untuk mengutip ribuan ringgit dan si pemberi berputih mata dan kecewa kerana tertipu dengan cinta palsu ataupun aku istilahkan Cinta Online. Kadang-kadang heran jugak bila tengok yang kena tipu ni bukan calang2 manusia. Mempunyai kelulusan tinggi, pekerjaan yang baik dan pangkat yang besar. Tapi boleh juga kena tipu melalui online ni. Agaknya menggunakan internet sekadar untuk bersembang dan bermain games sahaja kot. Hmmmpp entahlah. Makin canggih dunia, makin senang orang kena tipu. 

Resam pasangan bercinta


Salam...

Pada satu malam di hari Selasa (tarikh tak ingat) selepas maghrib aku seperti biasa menjadi pemandu peribadi isteri aku untuk membawanya ke pasar malam. Biasanya anak aku yg paling kecil akan menemankan aku didalam kereta sementara aku menunggu isteri aku membeli barangan di pasar utk makan minum kami sekeluarga bagi tempoh seminggu.

Dah duduk dalam kereta aku pun dengar la radio. Selalu dengar Sinar FM. Tapi semenjak dua menjak ni layan Suria FM macam best pulak. Lagu lama dan baru diselangselikan. Terdengar ada beberapa orang pemanggil buat panggilan meluahkan rasa. Ada la seorang pemanggil tu buat panggilan dan luahkan rasa kecewanya pada makwenya kerana tidak menjawab panggilan telefonnya. "B, abang tgh kecewa ni" . Lebih kurang begitu lah ayatnya. Aku yg tak pernah2 nak buat panggilan ke radio terus je pantas mendail kerana telinga aku dah geli dengar ayat mamat tadi tu.

Jadi, nak menghilangkan rasa geli dan gatal di telinga, aku call la. Dapat pulak tu. DJ yg bertugas menjawab dan terus tanya apa yang aku nak luahkan. Aku pun cakap "Sebenarnya aku geli la bro dengar pasangan yang bercouple sebelum kawin ni panggil B, Ma, Pa, Baby, dan macam2 lagi lah. Geli telinga ni". Dan akhirnya terus jadi topik hangat untuk malam tu. Buat pendengar setia Suria FM dan ada yg mendengar malam tu ttg topik ni, inilah orangnya yg mencetuskan topik yg hangat diperbincangkan malam tu. Ada yang setuju dan ada yang tak bersetuju.

Yang tak bersetuju dengan pendapat aku sudah tentulah pasangan2 couple yg belum berkahwin dan memilih cara yang sama. Bukan apa, couple tu satu masalah. Tambah lak masalah lain dengan panggilan2 manja yang akhirnya lebih menjurus kepada benda-benda yang tak baik. Kalau dah berdua-dua mmg takkan ada yang baiknya sebab yang ketiga adalah syaitan. Mana ada syaitan suruh buat benda baik. Jadi sendiri mau fikirlah. Tak salah aku kata masalah pembuangan bayi di tong sampah bermula dengan panggilan ala-ala manja yang buat telinga aku menanah mendengornya.

Ahad, Februari 06, 2011

Astro First


Salam...

Langkah Astro First menayangkan filem-filem tempatan setelah 2 minggu ditayangkan dipanggung wayang boleh dikatakan langkah yg bijak. Ini kerana bagi mereka-mereka yg kurang gemar menonton dipanggung akan berpeluang utk menonton filem tersebut lebih awal dari biasa. Dan tak perlu lagi nak beli dvd dan akan mengurangkan masalah dvd cetak rompak.

Setakat 4 filem yg ada sekarang ni, dah 2 filem yg saya beli. Dengan kos 15 hengget bagi satu filem, ada yg kata mahal. Tapi kalau nak dibandingkan dengan menonton dipanggung lebih mahal lagi. Dengan kos 15 hengget, kita akan diberi akses utk menonton filem yg kita pilih selama 48 jam dari masa diaktifkan dan berulang-ulang. Dan kita bebas utk menonton ikut kelapangan kita. Bukan kita sorang, satu keluarga malah satu kampung pun kalau nak kita ajak menonton dirumah kita selama tempoh tersebut tak jadi masalah.

Setakat ni, aku rasa berbaloi bila beli filem diatas. Berulang kali aku tengok. Walaupun simple dan merapu tapi aku rasa terhibur. Bukan nak promo suruh korang semua tgk filem tu, tapi kira ok la citer tu berbanding Ngangkung. Tapi jgn la pulak korang bandingkan dgn filem luar yg sememangnya tak terlawan filem2 buatan Malaysia ni. Selamat menonton....

Sabtu, Februari 05, 2011

Kereta Hilang

Salam.

Kereta kawan aku seperti dalam gambar telah hilang pada 3 Februari 2011 di workshop di Keramat.
Ada yg perasan lokasi terakhir adalah di Klang.
Jika ada terjumpa atau terserempak dgn kereta ni tolong hubungi tuan punya kereta 0192342534 (Rezaki Misman)
atau hubungi balai polis berhampiran. Kerjasama anda sangat diharapkan.
Terima kasih.



UPDATE : Kereta tersebut telah pun dijumpai oleh pihak polis malam ini hasil maklumat orang ramai. Terima kasih semua.

Jumaat, Februari 04, 2011

Santai @ Times Square KL



Salam...

Semalam dan hari ini cuti umum satu Malaysia. Ada yg ambil kesempatan balik ke kampung, melancong, berkelah dan macam-macam lagi lah. Ikut perancangan asal, aku nak bawak anak2 ke Tiara Beach Resort PD. Oleh kerana kesibukkan kerja terpaksa la aku batalkan. Tapi untuk menghampakan mereka aku luangkan sedikit masa semalam utk bawak dorang ke Berjaya Times Square. Tu pun atas permintaan mereka.

Walaupun agak memenatkan, tapi as long as dorang happy sudah cukup memberi kepuasan pada aku walaupun penat sebab tak cukup tido. Time2 cuti CNY camni, macam biasa lah, mall, tempat picnic, theme park, semuanya penuh. Times Square tak terkecuali. Mmg ramai org tapi tak seramai kalau nak dibandingkan di waterpark. Kebetulan aku lalu di Desa Waterpark semalam tgk kereta parking sampai ketepi-tepi jalan. Kat dalam tak tau la camne.

Theme Park Times Square ni ada 2 part. Kat tingkat 5 khusus utk dewasa, dan tingkat 7 utk kanak2. Tapi yg buat aku tension tu, bila permainan seperti gambar diatas pun ada mereka2 yg boleh dikategorikan dewasa sibuk beratur nak naik. Aku ni terpaksalah beratur sama sebab anak aku yg dua tahun saper nak pegang. Yg datang bercouple dok menyibuk buat apa. Mmg la berbayar. Tapi agak2 la mainan yg camni pun semua nak dinaiknya. Takde thrill langsung. Kelakar tgk gelagat dorang ni. Aku pun puas la jadi budak-budak semalam.

Tapi ada satu part yg paling lucu. Sebelum masuk theme park semalam, aku makan dulu kat McD. Penuh jugak. Jadi adalah satu table utk 6 org yg hanya diduduki oleh satu pasang couple. Wife aku dgn selamba suruh anak2 aku duduk kat sebelah dorang dan kitorang bersesak-sesak la kat situ. Lelaki yg dok citer dgn pompuan tu buat aku rasa lucu sangat2. Antara bait2 dialognya "I ni takde upline. I la nombor 1. Kalau u jadi I punya downline u mmg untung. Sbb benda ni baru lagi. Banyak org tak tau. Kalau ramai org tau, DiGi, Maxis & Celcom gerenti tutup. Bila I cerita kat kawan2 I semua sanggup labur sampai 10k walaupun modalnya 3k je."... Kih kih kih. Harap minah tu tak terjerat. Tak tau kesudahannya sbb aku dah blah dulu. Masa aku sampai pun dorang dah abis makan. Tapi sampai aku abis makan dorang tak blah2 lagi. Punya la excited mamat tu bercerita. Lagi aku lepak situ, takut terkeluar balik prosperity burger yg aku makan tu. Macam2 hal.

Sebelum balik, pegi makan dulu kat Village View Bangi. Then nak maghrib sampai rumah. Masa tu badan rasa tak sedap. Macam nak demam. Petua org tua-tua bgtau kalau rasa nak demam mandi mula dari bawah. So aku try lah. Mmg ada efek yg menakjubkan. Terasa bahang keluar keatas. Dan alhamdulillah dgn izin Allah, hari ini aku sihat macam biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...