Sabtu, Januari 22, 2011

Kad Jemputan Kawin




Salam...

Musim orang nikah kahwin akan bersambung kembali bermula selepas raya cina. Ataupun kalau ikut kalender hijrah selepas bulan Safar. Banyak yang berpantang utk nikah dalam bulan Safar. Tak tau dari mana nas diorang dpt mengatakan bulan Safar dilarang menikah pun aku tak tau la. Yang pasti kad-kad jemputan telah mula berlonggok kat rumah aku ni.

Rumah aku macam tmpt transit utk kad2 jemputan kahwin ni. Semua diorang longgok kat sini. Untuk mak aku, makcik aku, ucu aku dan adik beradik aku. Dan bermacam-macam fesyen dan rekabentuk kad jemputan kawin. Dan yang paling famous sekarang ni ialah bakal pengantin meletakkan gambar berdua-duaan di hadapan kad. Ada pulak tu, dah macam album pun ada.

Yang menjadi musykil aku ni, mak bapak atuk nenek dorang ni tak menegah ke. Budak2 tu mmg dah itu la pesennya. Mak bapak pun buat tak hirau. Ada org kata "Ala..trend zaman sekarang. Dorang pun dah bertunang. Tak salah pun". Tak salah bergambar rapat2 sebelum nikah? Ustaz mana lak yg ajar tu? Hmmmpp.. Bila yg bathil jadi kebiasaan, maka yg haq akan jadi pelik dan jelik. Sedangkan, yg haq itulah kebenarannya. Tapi kalau dah menikah, nak letak gambar peluk2 pun, saper nak marah. Tapi tak manis lah. Hehehehe...

Khamis, Januari 20, 2011

Bantuan Anda Diperlukan Untuk Saudara Seagama Kita.



Saya berharap semoga tidak ada rakan-rakan pembaca yang tersalah anggap kepada saya kerana saya kerap menulis tentang mangsa kebakaran seperti dalam gambar diatas.

Saya tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mangsa dan tidak pernah mengenalinya. Saya hanya mengetahui nasibnya apabila membaca akhbar hari ini.

Perasaan simpati timbul dalam diri saya apabila melihat keadaannya, tambahan pula beliau seorang anak yatim piatu.

Lantas saya mengambil kesempatan ini untuk menolongnya melalui cara yang saya boleh tolong.

Benar kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya betul-betul tak sampai hati melihat keadaan mangsa semasa melawatnya petang tadi. Dari rauk wajahnya boleh dilihat yang beliau berada dalam keadaan yang benar-benar sakit. Masyallah kawan-kawan sekalian, saya tak tahu nak tulis macam mana lagi nak gambarkan keadaan beliau.

Cuba anda semua bayangkan usianya baru 22 tahun, beliau telah menghadapi dugaan yang sebegitu dasyat. Beliau bukannya seorang remaja yang jenis mengarut, beliau seorang remaja yang baik.

Lihatlah masa kejadian menimpa beliau yang mana kejadian itu berlaku pada jam 9 pagi ketika beliau sedang bekerja. Itu sudah cukup untuk menggambarkan peribadinya. Jam 9 pagi kebiasaannya bagi remaja-remaja yang mengarut masih lagi berlengkor di atas katil. Tetapi tidak bagi beliau kerana jam 9 pagi beliau telah bekerja bagi mencari rezeki sesen dua.

Oleh yang demikian sukalah saya ingin menyarankan agar rakan-rakan pembaca atau pemimpin-pemimpin yang berkemampuan, hulurlah sedikit sumbangan anda sekadar yang termampu kepada beliau.

Tak dapat Rm 100 bagi RM 50, tak dapat RM 50 bagi RM 20, tak dapat RM 20 bagi RM 10. Tak dapat juga nak bagi RM 10 bagi RM 5. Tak mampu juga nak bagi RM 5, tolonglah doakan agar beliau cepat sembuh dan panjang umur.

Kalau semua pakat-pakat tolong yang berat akan jadi ringan. Itulah adat kita hidup bermasyarakat. Hari ini hari orang, mungkin hari esok hari kita. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang tolong kita pula. Allah maha kaya.

Apatah lagi orang yang kita tolong ini adalah anak yatim piatu. Besar ganjaran yang kita dapat kelak.

Saya tidak memaksa anda semua menderma untuknya. Semuanya terpulang kepada diri anda serta kemampuan anda. Saya hanya tukang sampai sahaja.

Kepada yang ingin menderma, di bawah ini adalah nombor akaun kakak mangsa.

NAMA : MARYUNI BINTI MISKON

BANK: CIMB

NO AKAUN : 1257 0000 203529


Kepada sesiapa yang ingin melawat mangsa, sila ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Anda tiba sahaja di Hospital Klang, tuju ke kaunter pendaftaran masuk wad, atau kaunter pertanyaan dan tanya nama Mohamad Haruman Bin Miskon, pasti kakitangan di sana boleh beritahu anda sekelip mata sahaja di wad mana beliau berada.

Waktu melawat HTAR Klang adalah pada jam 12.30 tgh - 2 petang dan jam 5 ptg - 7 ptg. Hari biasa, hari cuti umum, hari ahad atau pada hari lahir rbf sekali pun waktu melawatnya sama sahaja.

Rabu, Januari 12, 2011

Jersi Malaysia



Salam...

Sejak Malaysia menang AFF Cup tempoh hari, mana2 pergi je mesti akan jumpa orang pakai jersi Malaysia. Kat pasar malam, shopping complex, cinema, taman bunga, padang golf, kebun binatang, stesen bas, dan mana2 aje la. Satu perkembangan yang sihat sebenarnya.

Kalau sebelum ni macam2 kaler jersi kita boleh lihat org pakai. Semua luar negara punya. Dan yang paling sedih jersi yg ada lambang salib pun org Islam kita boleh pakai je. Bukan setakat pergi pasar malam, gi solat jumaat pun ada org pakai jersi yg ada lambang salib ni. Jadi, pada penggemar jersi ni, elok la pakai je jersi Malaysia walau dimana aje. Insya Allah takde unsur2 yg boleh rosakkan akidah. Aku banyak gak koleksi jersi ni. Tapi aku suka pakai jersi time tengok bola kat stadium je. Tak sabar betul nak tgk Selangor turun kembali beraksi di Shah Alam. Cuma, jersi baru Selangor utk season yg ni aku belum beli lagi.

Isnin, Januari 10, 2011

JPJ tunggu depan rumah

Salam...

Terkejut baca surat kabau hari ni. KUASA JPJ DIPERLUAS...
- JPJ kini berkuasa mengambil tindakan terhadap pengguna kenderaan yang melakukan kesalahan di semua jenis laluan termasuk jalan kampung, ladang dan kawasan taman perumahan.
Dan banyak lagi la...
Maka selepas ini nak keluar rumah untuk ke masjid dengan bermotosikal akan terpaksa menggunakan helmet.
Kalau selama ni tak pernah nak bawak dokumen seperti IC dan lesen memandu, maka akan terpaksa la berbuat demikian walaupun untuk ke masjid.
Aper punya turr daa...
Kelakar pun ada. Bukan makin menyenangkan. Malah menyusahkan dan bikin org awam naik angin.
lantak la labu... Jalan ko, ko nak saman aku kalau aku salah, aku ambik.
Tapi bila ko berani masuk dalam kawasan rumah dan tanah aku walaupun utk reverse bontot kete ko je, aku saman sebab ko menceroboh tanah aku.

Ahad, Januari 09, 2011

Nasi arab




Salam...

Lepas maghrib tadi entertain anak2 bawak dorang gi makan nasi arab. Mak buyung pun teringin nak pekena ayam ungkep kat Restoran Saba. Nasi arab kat sini mmg terbaik. Siang malam penuh je kedai ni. Makan la kambing ungkep (Hanith Lamb). Perghh.. terbaik terbaik terbaik...

Bila sebut pasal kambing ramai yg menolak. Takut darah tinggi la, ada bau la, pening kepala la, dan macam-macam lagi la. Nabi SAW pun makan daging kambing. Dan mengikut kajian doktor kandungan kolesterol yg terdapat dalam daging lembu adalah lebih tinggi dari daging kambing. Jadi, camne la org boleh makan daging lembu tapi tak makan daging kambing.

Wife aku sebelum ni mmg tak makan daging kambing. Sebut je, meliuk-liuk leher dia macam geli sgt. Tapi bila aku ajar makan kari kambing maka sejak itulah cintanya telah berputik. Seminggu sekali mesti nak pekena kari kambing.

So, kalau korang belum try makan nasi arab korang boleh la cuba kat Restoran Saba di Cyberjaya. Mmg terbaik. Aku tak jemu2 makan kat situ. Makan nasi je dah best. Layan lak dengan kambing ungkepnya. Mmg terbaik lah. Cakap pun tak guna. Korang cubalah sendiri. Kalau takut sesat call je aku dan sbg upahnya belanja aku sepinggan Hanith Lamb.

Jumaat, Januari 07, 2011

Raja Lawak kembali...



Salam...

Raja Lawak kembali lagi meriuh serta memeriahkan malam Sabtu kita. Bermula jam 9.00 malam ini rancangan Raja Lawak akan memulakan siaran pertamanya utk musim yang kelima. Berbanding dengan Akademi Fantasia, acara tarian terkinja-kinja dan tah apa-apa lagi tah, baik la aku tengok Raja Lawak sebagai medium hiburan aku.

Semoga dengan kehadiran Raja Lawak kali ini akan menghasilkan pelawak-pelawak yang terbaik seperti Jojan, Zizan, Nabil & Sepah. Yg lain2 tu tah apa2 tah. Maka utk 10 minggu akan datang bermula malam ini aktiviti malam Sabtu aku akan terpacak depan tv nak tengok Raja Lawak. Kalau ada yg ajak keluar minum ke, nak meeting malam2 Sabtu ke, atau apa2 jelah harap maaf kalau aku tak datang. Tapi kalau ada game bola kat Shah Alam melibatkan Selangor itu mungkin kena ejas balik. Hehehe..

Khamis, Januari 06, 2011

Minyak punya hal



Salam..

Lama giler tak menulis. Tapi rasa tak best lak dah lama ada blog tak biarkan camtu je.
Walaupun hold seketika namun ada gak yg menjenguk masuk. Jadi, baik lah aku sambung kembali catatan luahan hati buat syok sendiri.

Buat masa ini, isu minyak masak pula menjadi hangat. Kekurangan stok bekalan minyak masak dikedai runcit, pasar mini, mahupun pasaraya besar menjadi tajuk banyak akhbar. Dulu gula. Sampaikan aku terpaksa call kementerian yg jaga hal ehwal gula utk dapatkan bekalan.

Kenapa masalah ini terjadi? Lantak pegi la sebab apa pun. Malas nak fikir. Yang kena fikir kementerian berkenaan la. Apalak aku yang nak kena fikir. Bukan dorang bayar gaji aku pun. Sebagai negara pengeksport minyak sawit terbesar dunia adalah sangat memalukan perkara seperti ini terjadi. Seolah-olah kementerian terbabit gagal.

Jadi, tolong2 la selesaikan masalah ni secepat mungkin. Kesian makcik2 yg jual pisang goreng terpaksa tutup awal ataupun kesian pembeli2 pisang goreng yang akan dpt pisang goreng yg agak kureng daripada biasa sbb digoreng menggunakan minyak semalam. Buat malu je dgn negara luar. Isk.. letih la nak fikir.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...